March 19, 2024

kacang-tanduk

Kacang Tanduk – sekali pandang rupanya, memang amat pelik sekali kerana ia tidak merupai bentuk kacang yang biasa. Penulis mengenali kacang tanduk sudah lama dahulu, namun belum pernah sekali merasainya. Ketika ini, kacang ini sudah banyak dijumpai dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant dan sebagainya. Jadi, artikel kali ini, penulis cuma ingin kongsikan beberapa fakta yang sempat dikumpulkan dari beberapa rujukan dan komen-komen dari rakan-rakan dalam Grup dan Blog mengenai kacang ini.

Kacang tanduk atau Water caltrop dikatakan berasal dari Cina dan Taiwan. Pokoknya seakan menyerupai pokok teratai dan ditanam di dalam air. Kacang Tanduk biasanya dijual semasa Mid Autumn Festival atau Moon Cake Fesival atau Lantern Festival. Mid Autumn Festival setiap tahun jatuh pada 15hb bulan 8 kalender Cina, bersamaan dengan 9hb September untuk tahun ini. Kacang tanduk adalah salah satu makanan yang popular selain dari kuih bulan.

Cara makan kacang tanduk adalah dengan cara merebusnya sahaja seperti cara kita rebus kacang tanah. Untuk makan, pecahkan kulit tanduk dan nampaklah isi kacangnya berwarna putih.

Jika anda mempunyai info mengenai kacang ini bolehlah kongsikannya di sini 🙂

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :56090

6 thoughts on “Kacang Tanduk

  1. salam.. sy pernah mkn kacang tanduk ni masa kecik2 dlu, pkok mcm pkok teratai juga, ats air kwsan terusan air area kedah satu masa dahulu, kacang ada dlm tanduk tu, lemak2 rasa dia, ssh nk cari juga sbb semua pkok ada kacang dn berada ats air yg dlm, dpt mkn pn sorg sebiji, dua je.. boleh mkn mcm tu je terus.

  2. Salam semua.
    Pertama kali saya jumpa kacang tanduk kerbau d pasaraya. Ingatkn anak kelawar yg dkeringkn.. masa tu hubby saya bertanya pada seorang aso cina..katanya ini jenis kacang. Rasanya mcm buah berangan. Kebetulan kami mmg suka mkn buah berangan. Setelah direbus..rasanya cam biji cempedak..sedap….

  3. SAYA PERNAH MAKAN KACANG INI TETAPI TIDAK TAHU NAMANYA. DULU KITA BELI KAT PASAR . REBUS DENGAN GARAM. SEDAP.SEKARANG DI KL BOLEH BELI DI MANA

  4. Sy kenal kacang ni stelah umur mncecah 47 thn. Seorang rakan bawa beberapa biji kcg ni katanya benih kacang tanduk kerbau. Sy ambil dan semai di dalm air di rumah. Niat untuk mkn n beri ruang untuk ank2 kenal pokok kacang yg istimewa ini. Alhamdulillah..dah mula tumbuh dgn baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam