March 19, 2024

senduduk-putih

Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia  banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.

senduduk-putih2

Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Sejauh mana amalan ini dipratikkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini di harap kongsikan bersama.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :49351

10 thoughts on “Senduduk Putih

  1. Pernah jumpa pokok senduduk putih ni dirumah kakak saya di muar johor. Memang ada banyak khasiat tapi sukar ditemui…Ada juga orang kata pokok ni adalah belaan makhluk halus…

  2. salam,

    kat rumah mak saya ade pokok senduduk putih ni die ditanam oleh mak saya tapi saya x pasti benihnya dapat dari mana.memang banyak khasiat pokok ni……

  3. assalamualaikum
    Pernah tanam pokok ni,kata orang bunga bunian sebab senduduk hanya warna ungu.Tapi entahlah logiknya di mana tapi yang pasti senduduk putih ini cantik.Kelopak bunganya agak besar dari senduduk biasa.Cara nak membiakkan pokok ini yang pasti memang tak akan hidup kalau hanya dicucuk dalam tanah.

  4. di rumah saya di johor bahru ada pokok ni. boleh dijumpai di tepi2 parit..makcik jiran ada ambil pokok dari tepi parit dan tanam kat depan rumah kami..hidup subur pokok ni..jadik perhatian orang pulak..cantik pokok ni

  5. Pokok senduduk putih memang mendapat tempat di nursery bunga ada harga sebab ada kegunaan untuk perubatan ,tetapi senduduk ungu yang tumbuh liar di kampung-kampung daunnya digunakan untuk menghilangkan pahit pucuk betik dan bunga betik jantan yang direbus bersama daun jambu batu sebelum dipotong dan dicampur ramuan membuat kerabu pusuk betik , sedapp..

  6. salam . saya ada menanam anak senduduk putih. Saya jumpa ketika sy memotong rumput di kawasan masjid. saya meminta dgn seorang penjaga masjid. saya sy bawa balik utk tanam di hadapan rumah sy. sekarang anak benih senduduk putih ada dgn sy . sapa2 berminat call sy 0197811811 terima kasih

  7. Assalam….sy ada tanam dua pasu dihadapan rumah…bunga senduduk putih dia kembang waktu pagi..bila hampir petang bunga dia layu…kelopak bunga dia rasa tawar cam jambu air…pucuk muda rasa kelat masa mula kunyah..lps tu terasa mcm mkn jambu batu muda pun ada….sy selalu amal mkn bunge dan daun muda..tapi sy x pasti khasiat senduduk putih ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam