March 19, 2024

Bunga Kopsia atau nama saintifiknya Kopsia fruticosa tergolong dalam famili Apocynaceae. Pokok yang dikatakan berasal dari India ini juga dikenali dengan nama Cabai Hutan. Kebiasaanya 1 jambak bunga mempunyai 10-12 kuntum bunga dan setiap kuntum bunga mempunyai 5 kelopak bunga. Di bahagian tengah corong terdapat gelung bewarna merah.

Daunnya jenis ringkas dan tersusun secara bertentangan. Terdapat urat daun yang jelas di bahagian bawah. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhannya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan



Pokok Kopsia sangat mudah dibiakkan menggunakan keratan batang. Cantasan pokok boleh dibuat bagi mendapatkan bentuk pokok yang digemari.

Menurut sumber, pokok kopsia juga digunakan dalam rawatan tradisional. Daun pokok ditumbuk lumat dan ditampal pada hidung yang ada ulser. Selain itu ia juga boleh merawat penyakit bisul dan kudis.

Sejauh mana ia diamalkan di Malaysia, saya sendiri tidak pasti. Anda boleh memberi komen di sini.



>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :8407

1 thought on “Bunga Kopsia

  1. Siapa sangka aktiviti penanaman pokok bunga semakin menerima sambutan daripada orang ramai ketika terjadinya musim Covid-19?

    Tidak dinafikan, ia sedikit-sebanyak membuatkan kita rasa lebih tenang apabila dikelilingi oleh hidupan hijau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam