Buah Terap

buah-terap

Kesempatan ke Kota Kinabalu tempoh hari sudah pasti Penulis tidak terlepas peluang menjejakkan kaki ke pasar melihat jualan khususnya jualan buah-buahan. Maklumlah di Sabah memang banyak buah-buahan yang jarang ada dijual di Semenanjung. Penulis bernasib baik kerana ketika ini Buah Terap banyak dijual di sini selain buah binjai@belunu.

Harga sebiji buah yang beratnya 1.5kg berharga RM4-5. Penjual dengan baik hati menolong membuka kulit buah tersebut dan memasukkan ke dalam bekas plastik. Jadi mudah untuk di bawa pulang. Nak buka kulit buah ini tidaklah sukar seperti membuka kulit cempedak kerana ia tidak memerlukan pisau..

buah-terap2

Buah Terap (Artocarpus odoratissimus) atau buah Tarap memang tidak asing lagi di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengenalinya dengan buah marang dan pingan. Isinya berwarna putih dan mempunyai duri yang berceracak yang tersusun rapi. Buah ini tergolong dalam family buah cempedak, nangka, sukun, kulur, tempunik dan banyak lagi.

Ramai yang menyangkakan buah ini sama seperti buah tempunik (Artocarpus rigidus ) yang juga terdapat di Semenanjung. Walau bagaimanapun, yang membezakannya ialah warna isi buah tempunik adalah berwarna oren manakala isi buah terap bewarna putih. Selain itu, menurut sumber rasa isinya juga tidak sama.

Sejenis lagi Terap yang jarang dijumpai ialah Terap bulu (Artocarpus sericicarpus) , dimana kulit luarnya mempunyai duri yang berbulu/rerambut. Isinya lebih nipis berbanding terap.

buah-terap3

Buah Terap yang telah dikupas sedap dimakan segar dan juga boleh dibuat cucur,  bubur dan pengat . Biji buah terap yang telah direbus juga boleh dimakan. Selain itu, buah Terap mentah/muda pula boleh dibuat gulai. 

Jika anda mempunyai cerita lain mengenai buah ini, boleh kongsikannya di sini.

Number of View :15784

5 comments

  1. Penulis buat kesalahan dalam blognya mengatakan Buah Terap salah satu buah yang jarang ditemui di Semanjung Malaysia..Bagi, buah ini memang tidak ada di Semanjung Malaysia…..saya pernah mencari di Joho,Terangganu,kelantan semasa musim buah terap di Sabah….Orang Kuala berang, Terangganu kata ada, tetapi tidak ada….

  2. di tempat saya di sarawak buah ini juga dikenali sebagai buah terap. Pokok terap ini menyerupai pokok sukun kerana keduanya dalam family yang sama. Masa kecil saya tidak suka memakan buah ini kerana kurang selesa dengan baunya yang agak menyengat. Pada masa sekarang kalau tiba musimnya buah ini banyak dijual orang di tepi jalan dengan harga antara RM1-RM2.50 sebiji. Di Brunai dan Sabah buah ini dikenali sebagai buah ‘Tarap’ dan ianya sangat popular di sana …

  3. buah terap ni sedap.. nk dptkn bukan sng, pokok tggi sgt dn besar, ada ja pokok kt semenanjung ni, sy dlu tgok je jatuh dlm air, ada lagi pokok dia yg besar gedabak tu, biji terap sdp sgt kalau di goreng mcm mkn kuaci, biji labu… tapi ada lagi satu ssh nk jmpa dh kt kg sy ni, lupa plak nama dia, mcm buah terap, cempedak juga.. isi kecik mcm terap, warna oren2 kuning, ada org pggil cmpendak hutan, kena tya otai ni hehe..sy lupe nma buah tu

  4. Hi,

    May I know how I can get this fruit? I need 100 psc!

    Can you kindly reply asap!

    many thanks

    regards,
    Fong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam