March 19, 2024

Artikel kali ini, saya ingin memperkenalkan Taman Paku-Pakis yang terletak di UKM Bangi. Taman Paku-pakis UKM ini telah mendapat pengiktirafan ‘Botanic Gardens Conservation International’ iaitu merupakan satu Badan Pemuliharaan Dunia yang berpusat di England. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1987 bertujuan untuk menjalin kerjasama serantau bagi tujuan pemuliharaan, pemeliharaan dan mempromosikan kepelbagaian tumbuhan di seluruh dunia.

Pengumpulan spesies paku pakis telah dimulakan sejak tahun 1982 dan telah dirasmikan pada tahun 18 Mei 1990 oleh Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena perayaan Ulang Tahun UKM yang ke-20 tahun.

Menurut sumber, sehingga kini Taman Paku Pakis ini mempunyai koleksi lebih 200 spesis paku pakis dan menjadikannya antara Taman yang mempunyai koleksi paku pakis antara yang terbesar di dunia.

Kesempatan melawat Taman ini, dapat saya mengenali pelbagai spesis paku pakis yang mempunyai keunikan dan kegunaannya tersendiri samada dikomersilkan sebagai tanaman hiasan atau digunakan di dalam perubatan tradisional.

Antara spesis paku pakis ( gambar bawah ) yang dijadikan tanaman hiasan dan mempunyai harga yang baik di pasaran.

Antara jenis paku pakis yang banyak terdapat di Taman ini adalah seperti Paku Gajah dan Paku Pohon.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :18383

3 thoughts on “Taman Paku-Pakis UKM

  1. Sy nk tny bbrp soalan:-
    1.Utk tanam pokok paku pakis di kawasan cerun..mcm mn kaedahnya
    2.Brp harga sepokok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam