March 19, 2024

buah-jentik-jentik
Pokok jentik-jentik atau nama saintifiknya Baccaurea polyneura dikatakan berasal dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo. Asal usul nama jentik-jentik adalah disebabkan kerana keunikan buahnya, iaitu buah yang cukup masak apabila dijentik akan terus terbuka. Buah jentik-jentik seakan-akan buah rambai cuma saiz buah ini lebih kecil. Buah bergantungan pada tangkai, berwarna kekuningan dan bertukar kemerahan apabila masak. Kebiasannya, terdapat tiga biji dalam satu buah dan isinya berjus, berwarna merah. Rasanya masam-masam manis.

.daun-jentik-jentik

Oleh kerana saiz buahnya yang kecil, jadi ia memang sukar atau tidak puas dimakan. Oleh sebab itu, ia bukanlah buah pilihan ramai. Penulis tidak pasti samada, pokok ini masih lagi banyak terdapat di Malaysia atau sudah semakin pupus. Jika di kampung anda masih lagi terdapat pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :36828

6 thoughts on “Buah Jentik-jentik

  1. tak pernah tengok n kenal dgn buah jentik-jentik ni. ni 1st time dengar n tengok

  2. Salam, saya ada tanam 2 batang pokok jentik2 di dusun, tetapi sayang ahad lepas 1 batang tersungkur ke bumi akibat pukulan ribut yg melanda daerah jeram, selangor. Usia mengjangkau 8 tahun, tapi masih belum berbuah, daun rimbun dan insyaAllah jika berlindung di bawah apabila hujan, tidak akan basah lencun. wassallam

  3. kat kampung saya boleh lagi dpat buah nie. org sana (Merbok, Kedah) panggil buah jentik. masa raya puasa 2013 hari tue terjumpa buah nie org jual kat tepi jalan. Sedap.. sekarang nie memang susah dah nak jumpa buah nie.

  4. sedap buah ni, kena jentik baru tggl kulit, tu nama dia jentik2..ada jntik2 besar, ada yg kecil.. msm2 manis, trlebih mkn cirit birit hehe

  5. saya pernah beli di pasar malam sintok masa belajar di uum…jentik semua buah…nmpak ala2 anggur yang merah..dah puas menilik..baru makan…sedapnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam