Pameran Keunikan Bonsai

bonsai1

Bagi yang meminati seni bonsai, bolehlah berkunjung ke Pameran Keunikan Bonsai yang berlangsung dari 15 Mac-15 April di Muzium Semulajadi, Presint 15, Putrajaya. Antara acaranya ialah pertandingan Bonsai, jualan produk Bonsai, lelongan bonsai dan sebagainya. Tiket masuk RM2 je!!

bonsai

Perkataan Bonsai adalah ini adalah dalam bahasa Jepun yang berasal dari perkataan Cina iaitu ‘penzai’ yang bermaksud pokok dalam bekas. Bonsai adalah gabungan 2 perkataan iaitu ‘bon’ yang bermaksud bekas kecil manakala ‘sai’ ialah pokok. Seni Bonsai bukan sahaja mampu mempamerkan daya  kreativati malah dapat melatih seseorang menjadi tenang dan sabar.

bonsai3

Nama saintifik pokok di atas  ini ialah Buxus harlandii. Umur pokok Bonsai ini dikatakan sudah menjangkau  80 tahun.

bonsai4

Pokok ini dikenali dengan nama pokok Melati atau nama sainfiknya Wrightia religiosa merupakan pokok yang diminati untuk dijadikan bonsai. Pokok Bonsai di atas dikatakan berusia 40 tahun dan untuk membentuknya mengambil masa 10 tahun.

bonsai5

Hasil seni bonsai yang cantik dan menarik sangat bergantung kepada kesesuaian jenis pokok yang dipilih untuk dijadikan bonsai. Ciri penting yang perlu ada pada pokok untuk dijadikan bonsai ialah tahan lasak, mempunyai jangka hayat yang panjang, berdaun kecil dan mudah serasi dengan persekitarannya.

bonsai6

Pokok Bonsai mungkin kelihatan sama pada pandangan orang biasa tetapi sebenarnya setiap bonsai memiliki ciri-ciri yang berbeza dan gaya tersendiri yang membuatkannya unik. Umumnya gaya asas bonsai ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu gaya batang tunggal, gaya batang berganda dan gaya pokok berkumpulan.

bonsai7

Seni bonsai memerlukan kesabaran, ketekunan dan kreativiti. Mereka yang  ingin mempelajari seni bonsai mestilah mahir dalam teknik memangkas dan menggunakan dawai bagi membentuk pokok bonsai. Aspek lain yang penting ialah penjagaan bonsai. Air dan nutrien adalah penting dalam penjagaan bonsai. Pokok boleh cepat mati jika air tidak mencukupi.

bonsai8

Perkembangan dunia bonsai ini memang menarik kerana ia berkembang hampir ke serata dunia. Di Malaysia sahaja dikatakan terdapat lebih dari 10 persatuan bonsai yang telah ditubuhkan. Kebanyakkan ahlinya adalah terdiri dari masyarakat Cina.

bonsai9

Memang banyak lagi pokok bonsai yang cantik-cantik dipamerkan di sana tetapi maaflah tak dapat nak tunjukkan semuanya di sini. Lebih elok jika anda sendiri ke sana jika berkesempatan. Terdapat juga jualan pasu, buku-buku bonsai dan peralatan-peralatan membuat bonsai seperti dawai dan gunting.

Number of View :22878

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam