March 19, 2024

ulam-raja

“Pucuk dicita Ulam Mendatang”. Begitulah ungkapan pepatah melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam kehidupan suatu masa dahulu. Apakah pucuk dan ulam itu berbeza? Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu. Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, ulam-ulam mempunyai khasiat daripada segi pemakanan dan perubatan. Ini kerana, khasiat yang terkandung didalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.

cekur

Sehingga kini, dipercayai terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia. Ulam-ulam ini terdiri dari perbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar seperti petai dan kerdas. Berdasarkan kebiasaannya, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan. Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi. Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya pegaga, rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus, daun tenggek burung dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.

kacangbotol

Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat, daun salam, selasih dandi dan pucuk mata pelanduk dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, dan pucuk gajus.

selasih

Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C. Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.

Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini  tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman. Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Jadi, saya sedang mengenalpasti dan mencari serta mempromosikan ulam-ulaman  yang mungkin semakin dilupai. Anda yang tinggal di kawasan kampung tentu pernah atau banyak mencuba / merasai pelbagai jenis ulam-ulaman. Di harap anda boleh kongsikan di sini… Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :76808

70 thoughts on “Ulam-Ulaman

  1. saya pernah makan ulam yang dipanggil daun tenggek burung.
    Di tempat saya susah nak dapat. bagaimana cara nak tanam?

  2. Di mana boleh dibeli benih tanam-tanaman/sayuran yang berkualiti? MARDI atau jabatan Pertanian ada buat jualan benih-benih tak?

  3. Saya ada menanam pokok Mengkudu Hutan di hadapan rumah, pucuk nya direbus dan boleh dimakan dengan cicah sambal tetapi pahit.

    1. Putik Nangka boleh buat ulam makan dengan sambal kelapa.
    2. Temu – seperti kunyit boleh dibuat ulam.
    3. Sambung Nyawa

    sila ke web saya sekira berminat menanam secara kecilan : http://affnan-aquaponics.blogspot.com

  4. salam .minggu lepas sy mendapat tip tentang ulaman yg khasiatnya dapat menghilangkan sakit kepala/migraine.Ulaman tu ialah “goncaq” nama sebelah utara dan sebelah pantai timur dipanggil “guce”.Pokok ni selalunya 3 mtr tinggi. buah kecil2 berwarna hitam bila masak.Buahnya masam manis dan pucuknya masam manis lemak.

  5. pucuk dicita, ulam mdtg.. maknany kita mhrpkn sdikit shj tp Allah bg lbh.
    *
    bg sexy jika mkn ulam byk2 pun tp nasi btmbah 3, 4 pinggan n lauk penuh stalam dmakan sorg n shari 3x pun x elok jgk kan.. so bsdrhanalah. jom! puasa isnin khamis, solat bjemaah n baca Al Quran n buang cfat mazmumah kita. jika kchatn kita tjaga, Insya Allah pnyakit ssh nk btamu. nk qiam, rukuk n sujud pun selesa.

  6. makan berulam ini ada baik ada juga kurang baiknya- kurang baiknya kita akan makan bertambah +makan dengan banyak. Jenis ulam yang poaling saya suka ialah pucuk betik, tak perlu rebus, ambil pelepah daun yang paling muda siat lapisan luarnya terus makan ,kalau nak kurangkan pahit rendam dengan air garam, umbut dan sulur lengkuas dan kantan juga sedap dibuat ulam. lain-lain jenis-ulam yang pernah saya makan selasih,mengkudu,kemangi,sentang,tenggek burung,gajus,putat buah dan daun, geli-geli,pucuk gelugur,pucuk kacang panjang, jenis sayuran kekacang,buah dan jenis daun yang boleh dimakan mentah,pergaga,selom,ulam raja,tapi sekarang saya sangat berulam kobis cina-sedappppp.

  7. boleh tak admin carikan pokok gelam tikus, biasanya pucuk gelam tikus ni dijadikan ulam

  8. assalamualaikum,
    sesiapa yang mpunyai pokok semambu, boleh x bgitaw saya..u pyelidikan.

  9. salam. Rebung pun boleh dibuat ulam tp mesti direbus betul2 dulu utk buang rasa pahit dan racun di dalamnya. Di sarawak khasnya orang iban suka memakan umbut lalis iatu sejenis rotan hidup dlm hutan. Umbut ini selain boleh dibuat ulam boleh juga diolah untuk berbagai masakan. Rasanya memang pahit tetapi sedap. Kalau bagi org tak tahan pahit pasti memuntahkannya kembali, tp bg yg dah biasa rasa pahit itulah yg dicari-cari. Terkenal sbg ubat darah tinggi.

  10. Assalamualaikum wth, izinkan saya mengambil beberapa catatan tuan bagi tujuan kajian saya tentang ulam-ulaman. Jazakallah

  11. Sy nak tanya…gambar yg paling akhir tu…apa nama pokoknya…sy ke kedai runcit td…sekejap je habis pucuk kayu tu…tp tk tahu namanya…mak cik d kedai tu bgtahu masak lemak putih sedap..rebus dn makan dgn sambal belacan pn sedap…

  12. Assallam

    Nak tanya sikit. Ada tak info & gambar pasal kacang raja?

    Kalu ada tolong share

    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam