March 19, 2024
sayur-leek Artikel kali ini Penulis ingin memperkenalkan sejenis sayur yang mana Penulis sendiri belum pernah masak atau menggunakannya dalam masakan. Mengikut rujukan, sayur Leek ini juga dikenali sebagai Bawang Sayur yang kebiasaannya ditanam di tanah tinggi. Sayur Leek  banyak terdapat dijual di pasar hypermarket bersama lain-lain sayur-sayur tanah tinggi seperti kobis dan sebagainya. Apa pun, penulis mengucapkan terima kasih kepada rakan di Fanpage yang sudi berkongsikan mengenai masakan yang boleh dibuat menggunakan sayur Leek. Antaranya ialah seperti berikut; 1. Tumis bawang putih bersama dengan udang. Kemudian tambah sayur ini (hiris nipis memanjang) dan kepingan taukuah yang telah digoreng. Tambah sedikit perasa garam. 2. Sayur in juga sedap dibuat sup campur bersama ubi kentang. 3. Masak mee Goreng juga boleh campur dengan sayur leek. 4. Masak sup dan chap chai bersama udang dan cendawan pun boleh juga.
Jika anda mempunyai lain-lain resepi yang menarik boleh kongsikannya disini..
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan >>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :26316

2 thoughts on “Sayur Leeks

  1. beberapa tahun dahulu saya pernah cuba-cuba membeli sayur ini di pasar. Oleh kerana pokoknya seperti pokok bawang, saya menamakannya sayur daun bawang. Sampai di rumah saya terus memasaknya dengan cara menumis dengan ikan bilis, hirisan isi ayam, udang dan bahan perasa. Setelah masak saya dapati ianya sangat sedap dan manis. Pembaca bolehlah mencubanya …

    Andika, Sarawak.

  2. hah sayur leek ni boleh masak untuk kuah bakso sebab dia wangi gila..n klu xslap nma dia daun bawang putih.. boleh tgk my blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam