Kelumpang Burung

Kelumpang Burung atau nama saintifiknya Sterculia parviflora tergolong dalam famili Sterculiaceae atau dahulunya tergolong dalam famili Malvaceae subfamili Sterculioideae. Pokok ini dikatakan berasal dari Indonesia, India dan Malaysia.

Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Daunnya lebar dan besar. Pokok Kelumpang Burung banyak dijumpai ditanam di kawasan-kawasan taman perumahan sebagai tanaman landskap. Jika anda berkunjung ke Putrajaya, beberapa pokok boleh dijumpai di sepanjang jalan berdekatan dengan Presint 18 R4.

Penulis tidak pasti samada pokok kelumpang burung bermusim atau tidak; tetapi diketahui terdapat lain-lain tempat yang juga didapati  sedang mengeluarkan buah. Pada ketika gambar ini diambil ( lebih sebulan yang lalu ), pokok  mengeluarkan sangat banyak buah. Pada ketika artikel ini ditulis, di dapati pengeluaran buah sudah sampai ke penghujungnya.

Buahnya berwarna hijau ketika masih muda dan apabila sudah matang ia akan bertukar kepada warna merah kekuningan, oren kemerahan atau merah terang. Apabila buah telah masak kulitnya akan merekah dan mendedahkan bijinya.

Bolehkah buah ini dimakan? Menurut beberapa rujukan, biji buahnya boleh dimasak menjadi minyak dan bijinya boleh dimakan. Namun, seperti namanya, buahnya sangat digemari oleh burung selain tupai dan monyet. Pokok ini sangat mudah dibiakkan melalui biji benih.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman dengan pokok ini atau pernah menggunakannya, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :5342
Baca:  Buah Kulim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam