March 19, 2024

pokokjandakaya

Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Mussaenda erythrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai sudur yang merimbun dan lebat. Ia merupakan sejenis pokok yang sering dijadikan sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat atau sebagai pokok hiasan di kawasan taman.

pokokjandakaya2

Kebiasaannya pokok janda kaya ini mempunyai 2 jenis varieti iaitu bunga yang berwarna  merah dan putih. Spesis yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh dibiak melalui keratan batang dan tut. Pokok  ini sesuai ditanam kawasan yan menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.

pokokjandakaya3

Asal usul nama pokok ini saya tidak pasti. Apakah perkaitan antara pokok ini dengan janda yang kaya. Adakah pada masa dahulu pokok ini banyak ditanam oleh janda-janda yang kaya? atau Adakah pokok ini dahulu banyak dijumpai di kawasan janda baik. Jika anda tahu cerita disebalik pokok ini bolehlah dikongsikan di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :46890

5 thoughts on “Pokok Janda Kaya

  1. saya pun tertanya-tanya gak nape agaknya namanya janda kaya?????
    satu lagi pokok janda merana (salix),,,kenapa agaknya namanya begitu?????

  2. saya rasa sebab bunganya yang banyak tu lah yang menyebabkan ianya dipanggil ‘kaya’. tapi gelaran untuk ‘janda’ tu x sure lak. penuh misteri pokok ni ye.

  3. mungkin kaler bunga nya kot di panggil janda kaya…?
    kan dalam cerita melayu janda kaya pakai baju pink bawak payung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam