March 19, 2024

angel-trumpet

Bunga Brugmansia atau juga yang dikenali Angel Trumpet ini banyak saya jumpai di tanam di Cameron Highlands. Saya tidak pasti adakah ini panggilan nama yang betul bagi bunga ini. Jika salah, boleh berikan komen. Mengikut rujukan, bunga jenis seperti ini sebenarnya ada beberapa spesis. Antaranya ialah Brugmansia suaveolens, Brugmansia aurea, Brugmansia arborea, Brugmansia cubensis, Brugmansia pittieri dan beberapa spesis lain. Namun, bunga yang dijumpai di Cameron Highlands ini adalah samada dari spesis Brugmansia suaveolens atau Brugmansia aurea.

angel-trumpet2
Pokok Brugmansia adalah jenis pokok berkayu atau pokok renek, bunga melengkung, bersaiz besar, panjangnya boleh mencecah sehingga 24inci dan bunganya berbau wangi. Terdapat beberapa varieti warna yang terdapat pada bunga ini, tetapi di Cameron Highlands saya hanya sempat menjumpai bunga berwarna kuning dan pink sahaja. Saya tidak pasti adakah ia spesis yang sama.

angel-trumpet3
Semua bahagian pokok Brugmansia dikatakan berpotensi mempunyai kandungan beracun khususnya pada benih dan bahagian daun. Kesan pengambilan boleh menyebabkan mulut kering, cirit-birit, sakit kepala migrain, halusinasi dan boleh juga penyebab kematian.

angel-trumpet4

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :14764

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam