March 19, 2024

buah_melaka

Pokok melaka berasal dari Asia tropika dan pada masa ini ditanam atau tumbuh liar di Malaysia terutama di negeri Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Nama negeri Melaka dipercayai berasal daripada nama pokok ini. Sebagai mengingati sejarah ini, beberapa batang pokok melaka ditanam di beberapa tempat di bandar Melaka. Pokok ini juga terdapat di India tropika. Buah ini dikenal sebagai ‘Aonla’ di kalangan orang India.

Buah melaka sedikit pahit dan masam untuk terus dimakan. Permukaan buah keras dan berkilat. Kulit buah melaka berwarna hijau muda, berkilat dan agak lut sinar. Isinya juga lut sinar dan berwarna hijau pucat. Buah melaka mempunyai bebatu heksagon,tiga daripada seginya lebih menonjol. Buah ini biasanya dibuat jeruk. Buah ini juga dikatakan mengandungi vitamin C yang tinggi. Biasanya pokok melaka berbunga dan berbuah mengikut musim, iaitu dua kali dalam setahun.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :38366

14 thoughts on “Pokok Melaka

  1. salam, buah melaka ni sedap kalau dibuat jeruk, sahabat saya keturunan india mengatakan buah ini boleh menurunkan kandungan gula dalam darah, ada ditanam sebagai pokok hiasan kalau di putrajaya pokok bauah melaka ni ada di kompleks c atau parcel c, nama saintik dia kalau tak silap ialah phylantus emblica…

  2. dulu ada nampak pokok buah ni kat rumah jiran, ingat pokok hiasan dan tak boleh makan, bila tahu buahnya boleh makan, jiran tu dah tebang pokoknya kerana nak ubahsuai rumah, kempunan le saya nak rasa buahnya.. kesian saya

  3. salam. dulu ada dalam hutan & kampong-kampong. nak buat hiasan tak sesuai krn tinggi dan besar. ada orang cakap boleh buat ubat darah tinggi. ada orang panggil cermal bukit, ada setengah panggil buah squer.

  4. la cmni rupenye buah melaka.ada betul rupenye.ingat xde. ye la yg aku tau kuih buah melaka je hehehe.xsangka kuih buah melaka dng buah melaka dkat nak same bntuk,warne n saiz hehehe

  5. daun dia boleh dibuat ubat untuk darah tinggi. caranya ambil satu gemgam saja lalu direbus dengan satu cawan air dan diminum setiap hari sebelum tidur.

  6. buah melaka, kalau makan memang pelik, mula2 pahit yang amat, tapi bila dah dekat nak abis makan, rasa manis baik untuk orang darah tinggi.

  7. terima kasih krn byk memberi info yg berfaedah tentang tumbuhan. Saya byk menggunakan gambar dan info utk membantu semasa mengajar. Maaf dan terima kasih krn menggunakan gambar2 buah nadir dr sini dlm fb saya. Terima kasih sekali lg.

  8. diketahui pada asalnya manisan cendol..

    dibuat drp sejenis daun yg merupai daun pandan..

    siapakah yg dpt kongsi pengetahuan mengenai..

    tumbuhan CENDOL ini??

    trm ksh!!

  9. Tumpang Tanya! buah Keradang, buah Keradang ! pernah ada ulasan tentang buah ini ? Teringin nak tahu, sebab dah berkenalan dengan pokok dan buahnya > 20 tahun. Minggu lepas, setelah membaca buku tulisan Rukayah Aman, baru mengenali namanya islah “buah Keradang” Pokok kat rumah kawan, sudah lama di musnahkan oleh tuan baru (kawan dah berhijrah ke PJ. Pokok dan buah, memang cantik di pandang mata, TAPI pokok nya amat banyak duri !!! )

  10. dulu pernah baca satu buku mengenai buah-buahan nadir tulisan prof Zainal Abidin kalau tak silap dari UPM.antaranya ada buah temponek, dan nona.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam