Buah Binjai

binjai

Maaflah sebab hampir seminggu tidak menulis artikel. Maxis Broadband asyik buat hal je..  So, kali ni hamba nak cerita serba sedikit tentang Buah Binjai. Cerita ni berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.  Gurau je !!

Masih lagi teringat semasa saya ke negeri Melaka tahun lepas. Kalau tak silap bulan 7 atau bulan 8. Waktu itu, memang banyak peniaga yang menjual buah binjai di tepi-tepi jalan kampung menghala ke Ayer Keroh. Saya berasa hairan mengapa buah binjai tidak sama harganya. Mengapa ada yang lebih murah dan ada yang mahal sedikit. Sempatlah bertanya kepada berniaga yang menjual buah tersebut. Katanya, buah binjai ini ada 2 jenis; ada yang masam dan ada yang manis. Kalau yang manis harganya lebih mahal. Begitulah ceritanya. Walau bagaimanapun, saya sendiri pun tidak membeli buah tersebut. Jadi tak sempatlah saya merasanya lagi.. Janganlah ditanya mengapa…

Anda ada cerita yang menarik tentang buah binjai. Adakah buah binjai ini hanya dimakan segar atau digunakan dalam masakan. Saya pernah dengar ada yang dijadikan jeruk dan ada yang membuat sambal cili ditumbuk bersama binjai. Mungkin anda ada lagi cerita di sebalik buah binjai ini. Mungkin anda juga ada menanam pokok ini di belakang rumah anda. Bolehlah dikongsikan bersama..

Number of View :28097

148 comments

  1. Salam Sdr Fazli,

    Binjai jeruk dan binjai dalam sambal adalah cara makan buah binjai yg sedia maklum. Cubalah pula hirisan binjai dalam daging atau ayam masak bening ( sup tanpa rempah). Selamat mencuba.

  2. saya biasa jugak makan buah ni. hiris nipis memanjang, taburkan garam n gula, simpan dalam peti ais 2-3 hari, sedappppppp

  3. Buah lanjut buah binjai
    Dalam capah ateh paro
    Cukur janggut cukur misai
    Nak nikah anak daro

  4. Kalo tak silap di Penang dulu ada satu pokok kat greenlane, tepi wat siam. Pokok besar yg pangkal dililit kain merah-kuning, kononnya berpuaka. Tiba-tiba berbuah lebat masa saya sekolah rendah. Buahnya manis, kulit buah tu kuning-coklat cerah. Mak oi berebut-rebut orang ramai membelinya. Lepas tu, pokok tu ditebang. Ada satu lagi pokok kecil kat dalam wat siam tapi tak lama lepas tu pokok tu pun kena clear juga kalo tak silap. Ramai yg panggil pokok buah pelir lembu, sebab bentuk buahnya macam tu, terjuntai dr tangkainya.

    Pokok binjai ada musim luruh daun, dimana pokok tersebut akan botak. Bila daun baru keluar, pelepah putik yg besar akan keguguran disekiling pokok.

    Buah yang licin kulitnya dan warna kuning-coklat adalah binjai (Mangifera caesia) manakala yang kasar kulitnya dan lebih kusam warna adalah kemang (Mangifera kemanga). Ada juga pokok kacukan antara kedua-dua spesis tersebut. Ada yg berpendapat kedua-dua spesis tersebut patut digabungkan.

  5. memang buah binjai ada 2 jenis, satu masam dan satu manis, buah kemang lain sikit walaupun nampak serupa, buah kemang besar sedikit dari binjai, pokoknya hampir sama cuma daun saja sedikit berbeza, kalau tak silap boleh cam dari jauh masa dia berbunga, bunga warna merah dan bunga warna putih itu bezanya.

  6. buah nie sangat-sangat sedaap..buat jeruk dulu kemudian bila mau makan campur dengan cili dan bahan tumis bila makan dengan nasi panas…eemm…sedap

  7. MasyaAllah, hilang rindu sy bila tengok gambar buah binjai ni. sampai sekarang sy masih terkenang2 baunya yg kuat dan sedap. Masa kecil dulu sy makan begitu saja. Jeruknya sy tak pernah rasa lagi. kerana pokok binjai ni juga sy pernah masuk hospital berminggu sbb terkena getahnya.

  8. Buah binjai juga dikenali buah lanjut rasanya manis + kelat + sedikit masam, buah kemang yang manis memang sedap, (2 biji seorang tak cukup) tiada rasa kelat atau masam, keduanya bau wangi. Tapi buah kemang yang masam sepotong pun anda tidak tertelan, tersangat masam. Buah binjai dan buah kemang adalah dua buah yang berbeza. Sekarang saya tidak jumpa orang jual buah binjai. Buah kemang banyak dijual (dlm musim) di gerai (jual belacan, cencalok dll) sepanjang jalan dari Bandar Melaka ke Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka (sebelum masuk Plus, tepi jalan dekat Petronas)

    Kemang yang manis tidak banyak dijual, mungkin banyak pembelinya, tapi yang masam banyak (saya rasa
    yang dijual putik atau buah muda kerana saya lihat buah bersama tangkainya, kalau yg masak tangkainya tiada)

  9. maaflah saya kurang pengalaman dalam pertanian buahan ini tp sye agak berminat dalam pertanian.ada seorng rakan saya dia pn dalam bidang pertanian saya berminat pertanian ini dari situ la.agak menarik so saya terus kan untuk mencari pelbagai tanaman yang agak menarik dan luar biasa dari yang saya jumpa…harap fazlisyam dapat mencari pelbagai jenis tanaman..

  10. amboi! kecur liur dibuatnya. cicah budu sedap nih! mau 3 pinggan nasi bertambah! nama jer sexy. tak dak makna nyer! **dulu masa kocik, nenek slalu pesan : tak boleh makan buah binjai macam tu jer.. kena kupas n hiris dahulu. nanti leher jadi macam ayam jantan, ada ‘tembolok’. punye la patuh. sampai skrg tak berani. ***kalau sy kawin (he2!), sy akan pesan kat anak sy : tak elok makan mcm tu.. tak sopan.. x elok mkn byk sgt, nnt sakit perut.. @ tak elok mkn sorang2, kongsila dgn org lain ckit.. slm.

  11. binjai.dulu sebut nama buah ni xsuke sgt..bau dia agak pelik..tp ble dh belaja mkn buah ni..teringat2 plak kesedapannya..kebiasaannya buah ni ade pd musim durian(mak sy laa yg ckp)..memg sush nk dpt,kalo ade jual pn harganya agak mahal..sedap dimakan mentah (cicah garam- untuk neutralkan rase masam) atau pun dijeruk..rasenye disekitar Melaka senang nk dpt kot..tp xkan sy nk g Melaka semata2 nk mkn buah ni??huhuhu..

  12. selalu makan buah ni sedap manis, kami di kawasan kampung medong dalat sarawak banyak tanam pokok nie tapi bukan semua orang boleh makan kerana getah pokok nie boleh buat allergy, kadang-kadang gatal badan dan kembang muka, orang tua di kampung jika nak makan lama buah nie dia kupas ambil isi masukkan dalam daun insang, dan disalai, ada juga dibuat macam dodol.

  13. stuju dgn ianz… buah ni kdg2 bleh wat gatal @ allegic. tp rsnya mmg sedap, isinya lembut dan manis tp klu nk mkn sy ambik skit je takut gatal muka..

  14. kalau sapa-sapa nak tanam pokok binjai ni, agaknya cucu baru boleh makan. tak pernah lagi pokok binjai ni berbuah boleh panjat. pokok balak ni…sebab tu buah muda payah dapat,buat cicah garam belacan sedap ni. kecik2 dulu saya besa terbey (lastik) buah muda. Yg kita jumpa kat pasar tu buah gugur,sebabtu payah nak jumpa yg elok . kalau mai kedah musim buah, nasib baik jumpa kat pasar malam, di kg. singkir jalan tanjong dawai, tepi jalan ada jual buah binjai manis. taklah mahal sangat. aromanya yg buat saya terliur bila dengar namanya. campur dalam asam cabai cicah ulam….. mentua lalu kat belakang tak sedar

  15. sapa kata kat kl susah nak jumpa..? kat klcc pun ader.. Tinggi.. cantek.. tapi jangan la ader sesapa nak panjat.. nanti guard klcc tangkap.. Orang singapore, arab dan jepun pun banyak beli.. laku sampai sold out.. memang betul best laa kot..

  16. Dari ramai response tentang buah binjai ni jelas menunjukkan buah ini amat popular di kalangan orang Melayu.

    Kita jarang ke pasar semata-mata untuk beli binjai. Tak tau kenapa. Tapi bila dah di pasar, baunya akan menarik kita untuk membeli. Yang tak kenal buah binjai akan bertanya buah apa ni? Itu lah daya tarikannya. Buruk rupanya, tapi rasanya…hemmmmmmm….!

    Pada saya binjai memang sedap di buat sambal, campur dalam masak lemak cili padi ikan kembung atau makan begitu saja – bagi binjai manis le, binjai masam tak mampu le nak makan “raw” begitu, milu gigi (singkei gigi – kata Orang Utara). Belum pernah makan jeruk binjai lagi. Harap-harap satu hari dapat rasa kerana saya pun suka jeruk.

    Semasa bekerja di Melaka kira-kira 2 bulan lepas saya terjumpa binjai di jual di gerai tepi jalan dekat Telok Mas. Saya berenti pun sebab berhajat nak beli kupang. Bila dah sampai situ terhidu bau binjai…! Apa lagi belilah 2 kilo. Tak tanya harga pun. Binjai ni berat, tapi bukan berat isi; berat biji. 2 kilo 7 atau 8 biji – tak ingat dah. Kat rumah saya dan isteri je yang makan. Anak-anak tak suka. Sebab saya beli banyak dan tak mau di kering saja kalau di biarkan begitu, saya pun megupas dan memotong semua bijai yang saya beli. Makan sikit dengan isteri dan selebihnya saya simpan dalam peti sejuk. Kerana saya banyak kerja luar 3 hari kemudian (tengah malam) baru saya “terjumpa” binjai dalam peti sejuk. saya ambil sekeping dan makan. Waduh sedapnya…………..!!!!!!!!! Cuba lah.

  17. Saya jumpa beberapa jenis buah yang orang Melayu dan Iban pangil “binjai”:

    Bua Pawùk (Bidayu) Binjai pulas (Iban) (Mangifera torquenda Kosterm.)

    Binjai pulas hutan [Ulu Akah] [Flat seed, thick flesh] (Mangifera torquenda Kosterm.)

    Binjai pulas hutan [Ulu Akah] [Very thin aril] (Mangifera torquenda Kosterm.)

    Binjai (Malay) Fruits: (Mangifera caesia Jack):

    Botanical Varieties:

    Binjai Manis (Malay) (Mangifera caesia Jack)

    Binjai Masam (Malay) (Mangifera caesia Jack)

    Belunu (Brunei, Sabah) (Mangifera caesia Jack)

    Sila tengok gambar-gambar mereka di antara jenis mangifera di site saya: Sample Photos by Genera/Mangifera

    Frank

  18. skrg ni dh tibe musim durian..sy percaya buah binjai pun mesti ade time ni..sape2 yg ade nk jual buah binjai,leh bitau sy..sy nk beli..mgu lepas mase berjalan2 di pekan sehari temerloh,sy try jgk cari..tp xde..pulang ke ktn dgn hati yg hampa..:(

  19. Di sabah binjai rasanya masam, yang manis di panggil ‘Belunu’. pokok nie belum lagi terusik oleh pakar pakar klon mahupun nikah kahwin, masih verieti asli. Cuma pokok nie liat sikit berbuah, tak bermusim, kalau dah tak berbuah, lama tunggu nak berbunga.

    Di kmpg saya, kena panjat, batangnya kena pacak dgn buluh sampai atas utk jadi tangga. yang benar2 tak gayat saja boleh panjat.

  20. Kampung saya buah ni disebut buah binjey. Skrang very rare dan jarang dijual di pasar.Memang ada yang rasa manis dan masam. Bentuk buah pun tak sama namun isinya putih berkrim. Pokok banyak yang dah terlalu old dan tidak produktif lagi.

  21. Hi Semua
    Saya biasa dgn buah binjai ni.Emak saya pun pandai buat binjai jeruk.Di kampung kawan saya di Merlimau Melaka ada pokok binjai yg mana kata kawan saya ni benih nya di bawa oleh nenek nya dari Sumatra.Pokok binjai yg di tanam nenek kawan saya ni besar pokok nya dan tinggi,buah nya juga besar tapi manis.Dah lama saya tak jumpa kawan saya ni.Setiap kali saya nampak buah binjai saya teringat kan kawan saya ni.

  22. alhamdulillah..akhirnya sy masih dpt mkn buah ni untk thn ni,tp untk thn depan xtau la lg ade ke x..kakak sy belikan di pasar payang khas untk sy..hahaha(terharu plak rase) sebb dia tahu sy ske buah ni..xsabar rasenye nk balik kg dan mkn buah ni..penjual tu ckp skrg ni femes jus binjai kat seberang takir..sebb diorg dh start jadikan buah ni sbgi jus..mesti sedap rase nye & sy teringin nk try bila balik kg nti..

  23. saya suka makan buah binjai dengan cara diperap dengan gula dan masukan dalam peti ais dan makan. atau boleh juga dikmakan dengan garam. tetapai yang palinga saya suka buah belunu yang banyak kat sabah.saya mula suka makan buah belunu semasa saya berada di Sabah sekitar tahun 1989.sekarang tak pernah lagi makan buah belunu,hanya makan buah binjai sahaja.sekarang musim binjailah.

  24. Aduhai buah nie memang banyak kenangan pada aku.. kat kampung aku masih teguh berdiri lagi pokoknya…sedari aku kecil sapa sekarang pokok besar tiga pemeluk orang tua tue dah banyak berjasa mengisi memori hidup kami… masih ingat lagi masa budak-budak dulu bila musim buahnya ramai laa bebudak kampung aku pakat menunggu binjai luruh kat bawah pokok setaraf balak tue…gugur jer riuh badi berebut buah binjar.. merioh sungguh…teringat kg halaman… belakang rumah mak aku pun ada sebatang… arwah atuk tanam.katanya dulu..buat anak cucu… dah 20 tahun…baru 2 kali belajar berbuah..tu pun 2,3 biji jer….mak aku kata dari jenis manis…. yang pokok besar aku cakap awal tadi… masam buahnya..

  25. en hudson bleh tolong totkan pokok binjai kat blakang umah u. Coz saya dah lama nak carik & tanam pokok binjai.

    U all sume nak tau apa yg sodap tentang binjai nih? buat sambal belacan…. Cicah lah dgn ulam or ikan baka ikut suka korang lah.

    Fuh terangkat wa cakap lu…

  26. waktu p Melaka hri tu..aku sempat bli buah binjai ni..isteri tngh mngidam…beli yg tua..blm masak lg..smpai kt kg aku d Bandar Baharu,Kedah,snggh beli kuah rojak Mak Bi…apalagi pakat Menicah(pangillan oarng utara) sakan kami…sedapnya..kat kg aku cuma ada sepokok saja lg pokok binjai…tu pun tingginya nk dekat sama dgn Komtar Penang……

  27. Kat kg teman rasanya takde pokok ni tapi ada nama kg Parit Kemang,Muar. Pernah rasa buahnya memang masam giler. Selalunya bila teman balik kg, on the way keluar h/way machap masuk jln johor ke ayer hitam akan terjumpa sepohon pokok kemang besar & setinggi rumah flat 5 tkt ni dihalaman rumah penduduk kg. seronok sungguh tengok bila time dia berbuah bergantungan. Pasti di pekan ayer hitam ada menjualnya..

  28. Memang ada dua jenis. Setengah tempat, yang masam dipanggil buah kemang, buahnya besar sikit dan kulitnya warna kekuningan. Tapi binjai tu yang manis, kulitnya coklat dan kecil sikit dari buah kemang. Yang manis makan terus tapi yang masam tu sedap masak lemak dengan ikan, atau masak asam pedas. Makan dengan sambal belacan pun sedap. Tapi kalau banyak sangat, terpaksalah buat jeruk dalam tempayan. Bertahun pun boleh makan. Saya tengok orang tua-tua buat jeruk, potong memanjang dengan kulitnya, lapis-lapis dengan garam dan kunyit. Nak makan baru ambik. Sedap.

  29. Tengok buahnya pun dah kecor air liur. Memang ada 2, manis dan masam. Yang manis kat Johor, Melaka dan NS dipanggil buah kemang. Mungkin dari buah ini Teluk Kemang mendapat namanya.

    Sebelum ini, saya pernah makan yang manis tapi ada sedikit masam-masamnya. Tetapi baru-baru ini saya jumpa yang betul-betul manis, memang tak ada masamnya. Kalau nak rasa yang betul-betul manis datanglah ke Pasar Borong Machang atau Kg Kemuning jalan Machang ke Kuala Krai. Tapi kenalah datang pada musimnya berbuah. Yang manis ni buahnya agak kecil sedikit.

  30. Pokok binjai hanya berbuah lima tahun sekali, tu sebabnya buah ni jarang dijumpai dan tak banyak. Tetapi berkat kepakaran ahli pertanian kita, buah ini sudah boleh diperolehi setiap tahun. Buah binjai ni biasanya semusim dengan durian kampung. Kat pasar Chow Kit selalu dijual apabila musimnya.

  31. Pekasam Buah Binjai ni dimakan sekali dgn sambal belacan.

    Letak sehiris di atas pinggan nasi.Guna sudu teh ambil isinya sedikit demi sedikit .Guna tangan gaul dgn sambal belacan, nasi, sayur atau lauk sebelum di suap ke mulut.

    Hmmm sedapnya bila ia turun melalui kerongkong. Ulang suapan hingga nasi sepinggan habis dan hirisan kedua ,ketiga buah pekasam binjai.

    Alhamdulillah, syukur nikmat yang Allah beri.

    Saya teringin nak tanam pokok ni.Kat mana nak beli/dapat?. ysaa299@gmail.com

  32. Saya nak tanya untuk siapa2 yg boleh membantu…especially untuk org Sarawak, buah binjai yang berwarna kuning, belunu yang warna hijau tu ke? Saya ada terjumpa buah yg mcm dalam gambar ni..tp tak tahu nama nya.

  33. di daerah saribas asal sy buah binjai ini dipanggil buah belunok, tp di daerah kuching mereka memanggilnya buah bunok. Pokoknya sangat besar dan tinggi. Usianya ada yg lebih dua ratus tahun. Menurut cerita org tua2 pokok binjai yg masih hidup di daerah kami ini ditanam oleh pembesar Berunai semasa Sarawak masih diperintah oleh Kesultanan Melayu Berunai sebelum kedatangan Inggeris tahun1848 klau tak silap. Kalau berbuah sepohon pokok binjai boleh menghasilkan buah beribu biji. Memang betul buah ini ada 2 jenis, masam dan manis. Yg manis kami panggil buah belunok susu kerana jusnya putih macam susu. Yang masam org selalu buat jeruk, boleh tahan sampai setahun. Kalau masih fresh cicah dengan belacan cili api…fuhh sedap tak terkata.
    Masa kutip buah binjai ini ada larangannya. Bagi mereka yang alahan/elergi jgn sesekali kutip di waktu hari hujan. Getah dari daun pokok ini boleh menyebabkan alahan. Tentang warna buahnya hanya warna coklat sj yg sy tahu.

  34. buah ni mmg sedap dimakan. kalau makan muda cicah kicap dengan cili lg la sedappp… kalau dalam masakkan mak saya letak dlm sambal belacan…. susah nak dapat, pokok binjai mmg tinggi, nak makan kena tunggu jatuh..

  35. kalau yang manis kami panggil belunu..yang masam binjai la..selalu makan belulu..kalau binjai selalu dijeruk utk dibuat cicah ambuyat..

  36. kalau di sabah ianya dikenali sebagai “belunu” atau “bundu” sedap rasanya dimakan begitu saja… mempunyai bau yang agak kuat dan kadang-kadang x disenangi orang kerana baunya.. tapi awas!! jika ternampak pokok belunu.. jangan sesekali menebang batangnya.. jika terkena getah/cecair dari pokok belunu, boleh menyebabkan keradangan kulit ataupun semacam penyakit cacar..

  37. Salam. Semasa berkunjung ke rumah sepupu pada hari raya baru-baru ni, beliau memaklumkan bahawa buah binjai mempunyai khasiat untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kebetulannya, saya mengidap darah tinggi. Dia mencadangkan agar saya memakannya. Katanya, dia juga mengidap darah tinggi. Setelah dimaklumkan kepadanya tentang khasiat buah ini, beliau sentiasa membelinya. Beliau akan buat jeruk dan simpan di dalam peti sejuk. Beliau akan memakan 2 atau 3 hiris sehari. Alhamdulillah, penyakit darah tingginya sudah dapat dikawal. Katanya lagi, biji buah binjai juga boleh dimakan. Caranya, kita rebus biji itu sehingga empuk (masak). Rasanya seperti ubi keledek. Bolehlah rakan-rakan pembaca mencubanya. Saya sedang mencuba. Hasilnya belum tahu lagi. Di tempat saya, di Daerah Besut, Terengganu sekarang ini terdapat banyak buah binjai.

  38. salam saya mencari buah binjai untuk isteri saya, saya di tanjung malim, kalau ade sape2 yg blh bgtau kat mane ade wasap atau call saya 019 7574689-izwan. isteri mengidam 🙂 terima kasih atas bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam