March 19, 2024

buah-bambangan

Buah bambangan atau nama saintifiknya  Mangifera pajang memang tidak asing lagi di Sarawak. Jika anda ke Sarawak sekarang mungkin masih lagi sempat merasainya. Di Sarawak, buah ini digelar dengan banyak nama. Antaranya ialah buah Mawang, buah Embang dan buah embawang.

bambangan

Buah bambangan ada beberapa saiz dan bentuk. Ada yang bersaiz sederhana besar (bentuk bulat) dan ada bersaiz besar (bentuk bujur). Berat sebiji buah dikatakan boleh mencapai 3-4 kilo sebiji.

buah-bambangan4

Kulit buah bambangan berwarna coklat menyebabkan ramai yang menyangkanya buah binjai. Kulit buah bambangan sedikit tebal jika dibandingkan dengan lain-lain jenis genus Mangifera (mangga). Hendak mengupasnya pun ada caranya. Warna isi buah ini memang menarik membuatkan anda tidak sabar untuk merasainya.

buah-bambangan33

buah-bambangan3

Bau buah ini seakan buah bacang. Rasanya juga masam-masam manis seakan buah bacang. Bagi sesetengah orang menyatakan buah ini jauh lebih sedap dari buah bacang.

buah-bambangan22

Kebiasaannya, buah yang masih muda termasuk kulit dan bijinya boleh dibuat jeruk atau  diparut dan digaul dengan belacan atau juga dibuat kerabu. Buah yang sudah masak sedap dicicah dengan garam dan cili.

buah-bambangan2

Jika anda mempunyai pengalaman mencuba buah ini, bolehlah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :50374

12 thoughts on “Buah Bambangan

  1. sekali pandang mcm buah ciku gergasi aja tp sebenarnya itulah buah embang (melayu), embawang (iban) dan mawang (bidayuh). Ada byk pula jenisnya. Buah embang madu buahnya kecil dan rasanya cukup manis bila masak dan kurang berurat. Buah embang yg besar sampai 2 kg 1 biji biasanya berasa masam dan byk berurat. Orang yg biasa mkn buah ini memakannya sewaktu buahnya masih muda kerana isinya yg ranggup dan aromanya yang menyelerakan. Ia dibuat ulam sambal belacan. Buah yg telah masak pun enak dimkn sambal belacan. Kadang2 buah masak ini dijadikan asam masakan ikan baung sungai. Rasanya sangat sedap. Buah ini dpt dibuat jeruk semasa masih muda atau telah masak. Bijinya pun dpt dimkn dengan membakarkannya dalam api. Rasanya kenyal2 seperti ubi kayu dibakar. Daun buah embang dari biji yg baru tumbuh sgt enak dibuat ulam. Daun muda dari pokoknya pun boleh dijadikan ulam namun faktor ketinggian pokoknya yang boleh mencecah 30 m jadi penghalang. Satu perkara yg pembaca perlu tahu ialah getah buah embang ini sangat berbahaya kalau terkena kulit atau mata terutama getah dari buah muda yang baru dipetik. Getah ini boleh menyebabkan kulit melecet seperti terkena asid. Oleh itu gunakan sarung tangan getah untuk menggopek kulitnya yang tebal itu.

  2. di sabah dikenali sebagai bambangan.. ada yang manis.. ada yang masam.. sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama ikan masin/cili padi/garam.. boleh dibuat jeruk bambangan..

  3. bambangan masam sllu kami buat jeruk..klu yg manis mkn trs saja..yg manis lbh sdp lg dari buah wani@kuini..

  4. nak tanya, adakah jeruk ini hanya boleh didapati di Sabah sahaja atau Sarawak juga turut mempunyai jeruk ini ?

  5. Bambangam yang masam sebenarnya diperam, kalau buahnya masak dari pokok, rasanya manis. Tapi ya lah. Untung punya pasal selalu orang akan peramkan buah bambangan ni.

  6. Aku pernah beli 2 bijik masa pergi Sibu. Bila nak naik flight kena tahan
    dek polis airport. Tak dibenarkan masuk dlm kabin. Jadi saya berikan pada polis tu huhuhu….

  7. Di Bintulu buah ini dikenali sabagai buah BA’LEM ( Buah Embang )
    Daun muda Pucuknya boleh dibuat Ulam dan sangat sedap. Buahnya boleh dimakan begitu saja atau dibuat Keceri atau kerabu ( Buah +Gula + Cili + garam sedikit )
    Biji boleh dibuat ulam atau permainan ( gasing putar )
    dan Kulitnya pun boleh dibuat Acar.

  8. Bambangan:
    Kadazan Dusun Pakai:
    -Jeruk / Nonsom
    -Rebus Ikan (Pinasakan)
    -Ulam Masam Manis (Campur Kicap HW Cap Ayam) Pedas (Bagi Bambangan Muda)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam