March 19, 2024

Pokok Ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa L. tergolong dalam famili Combretaceae. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas. Kebiasannya dijumpai ditanam di tepi jalan utama dan banyak tumbuh liar di tepian pantai berpasir. Pokok ini saya temui di sekitar masjid yang terletak di Perak. Maaf. Lokasinya tidak ingat.

Daun pokok ketapang besar dan lebar. Daun ketapang dikatakan mempunyai khasiat bagi rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masalah cirit-birit. Sejauh mana penggunaannya di Malaysia saya tidak pasti.

Bunganya pokok ketapang kecil dan keluar secara berjambak. Walaupun banyak bilangan bunga di dalam satu tangkai, tidak kesemuanya menjadi buah. Biasanya cuma terdapat 3-5 biji sahaja. Buah ketapang berbentuk bujur dan leper. Menurut rujukan, terdapat kira-kira 24 biji buah segar bagi setiap kg.

Buah Ketapang juga dikenali sebagai Indian Almond. Buah Ketapang berwarna hijau ketika muda dan apabila buah masak, warna kulitnya akan bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis. Anggaran panjang buah lebih kurang 7cm.

Terdapat kajian yang melaporkan biji buah ketapang  mengandungi protein mentah (24%) dan banyak kandungan mineral, terutamanya kalium. Minyak yang terdapat dari biji benih mengandungi tahap asid lemak tak tepu yang tinggi. Oleh itu, ia sangat  baik untuk kesihatan. Sebelum itu, bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan.

Pokok ketapang membiak melalui biji benih. Ia mudah disebarkan melalui air kerana ia mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut. Menurut rujukan, biji benih mula bercambah diantara 1-2bulan sekiranya cuaca dan suhu yang sesuai. Peratus percambahan yang direkodkan adalah lebih dari 50%. Pokok ini juga dikatakan boleh dibiakkan melalui keratan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :32001

1 thought on “Pokok Ketapang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam