March 19, 2024

pokok-lidah-jin

Kebanyakan pokok Sansevieria dikatakan berasal dari padang pasir di Afrika. la ditanam kerana mempunyai daun pelbagai bentuk seperti silinder atau nipis serta panjang dan tirus di hujungnya. Spesies yang sering ditanam ialah Sansevieria trifasciata, Sansevieria trifasciata ‘Hahnii’, Sansevieria trifasciata ‘Laurenti’ dan Sansevieria trifasciata ‘Golden Hahnii’ yang mempunyai jalur kuning di bahagian tepi daunnya.
pokok-lidah-jin2

Pembiakan dan penanaman
la senang dibiakkan dengan menggunakan kaedah pembelahan rumpun. Kaedahnya adalah seperti berikut:-

  • Penyiraman dilakukan sebelum mengeluarkan rumpun pokok dari pasunya atau di tanah. Ianya bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan rumpun berkenaan.
  • Pecahkan rumpunnya kepada rumpun kecil yang mempunyai beberapa helai daun.
  • Tanam dalam beberapa pasu dengan medium tanaman baru. Siram medium tanaman dan letakkannya di tempat teduh.

Selain dibiak secara rumpun, pokok ini  juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan daun.

pokok-lidah-jin3

Pokok sesuai ditanam dalam pelbagai jenis campuran tanah asalkan air tidak bertakung dan mudah mengalir keluar. Dari segi penjagaan ia memang mudah. Pokok ini sesuai dalam pelbagai keadaan samada di tempat teduh atau cahaya terus matahari.

Jangan siram air terlalu banyak di dalam medium tanah kerana akan mengakibatkan perdu pokoknya menjadi masam dan akarnya reput secara perlahan lahan. Pastikan medium tanamannya kering sebelum menyiramnya semula. Gunakan baja korganik seperti kompos atau najis ayam yang siap diproses bagi mendapatkan pertumbuhan daun yang cantik.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :29873

3 thoughts on “Pokok Sansevieria

  1. Ohh..di kampung orang panggli pokok lidah jin sebab dia hijau berbelang dan ade line kuning di bahagian tepinya,agaknya jin semua dah tak de lidah sebah dah diambil manusia tanam dalam pasu sama macam lidah buaya atau aloevera tu , semua boleh jadi ubat kan?

  2. di kampung sy dipanggil dengan nama pokok pedang saidina Ali kerana ia menyerupai pedang. Kenapa tak dipanggil pedang pahlawan melayu kot?…

  3. Pokok ni sebenarnya ada bunga…akan ada sulur panjang warna puih hijau yg keluar dan bunga kecik2 warna putih…baunya sangat wangi….tapi waktu malam saja…..sebab di rumah mak pernah berbunga…byk kali la jugak….tapi lupa plak nak ambik gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam