March 19, 2024

buah-dabai

Artikel saya kali ini tentang buah Potensi Buah Dabai di Sarawak. Gambar yang anda lihat ini juga merupakan sebahagian pameran di MAHA2010 yang lalu. Memang tidak disangka sama sekali terdapat pelbagai jenis produk hasil dari buah dabai yang dahulunya kurang dikomersilkan. Serba sedikit tentang buah Dabai yang dapat saya coretkan di sini. Buah Dabai juga dikenali buah zaitun sarawak. Ia berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember. Kajian mendapati kandungan asid lemak isi dabai hampir menyerupai minyak kelapa sawit dengan komposisi utama asid palmitik, asid linolik dan asid linolenik.

buah-dabai2

Antara produk-produk dari buah dabai ialah seperti minyak dabai. Saya pun terlupa minyak di atas ini adalah minyak wangi atau minyak pati.

buah-dabai3

Selain itu, terdapat juga produk Dabai Paste dan sos Dabai. Ada sesiapa pernah rasa ke makan sos Dabai ni. Orang Sarawak mungkin dah cuba agaknya.

buah-dabai4

Kepada peminat mayonis bolehlah mencuba mayonis daripada buah Dabai pula.

buah-dabai5

Keropok dari buah Dabai pun nampak macam menarik juga. Mungkinkah setanding dengan keropok ikan terengganu.

buah-dabai6

Ada juga sabun dari buah Dabai. Mungkin tidak lama lagi akan keluar pencuci muka buah dabai dan sebagainya.

buah-dabai7

Bagi anda yang tinggal di Sarawak, pernahkah anda mencuba produk-produk dari buah Dabai ini? Bolehlah berikan sedikit komen tentang produk buah dabai ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :58809

61 thoughts on “Meneroka Potensi Buah Dabai Sarawak

  1. Salam sejahtera. disini saya nak memperbetulkan kekeliruan tentang perbezaan Buah Dabai dan Buah Kembayau. Secara ringkasnya, buah dabai bijinya keras dan buah kembayau bijinya lembut dan agak panjang sikit dari buah dabai. Saya berharap para penyelidik dari UMS dapat membezakan antara buah kembayau dan buah dabai.

  2. buah dabai ni sedap. mkn saja yg fresh, buat jeruk, buat nasi goreng dan lain lagi. hanya yang pernah mkn tahu macam mana rasanya. biasanya yang posting kat sarawak mcm cikgu, lepeh (askar) polis, bomba dan kakitangan kerajaan lain yang biasanya mempopularkan dabai pada org semenanjung yang lain. mesti cuba, baru tau!

  3. salam,

    buah dabai adalah buah bermusim selalunya pada bulan oktober – disember setiap tahun. Ianya mungkin hanya terdapat di Sarawak. Dikebun saya ada 3 pokok yang ditanam oleh arwah ayah saya. kini bila tiba musimnya ia akan berbuah.. Buah dbai memang sedap. bagi sesiapa yang belum pernah mencuba buah ini boleh melancong ke sarawak – kuching, sibu, kapit dan sarikei yang banyak mengeluarkan buah ini. harga di kuching lebih mahal berbanding disibu dan sarikei kerana kuching mendapat bekalan dari sarikei dan kapit. Pokok dabai tinggi dan daunnya keras berbulu. Buah nya berada dibahagian pucuk seperti buah kasai..atau buah kristal pangilan diSarawak. daunpun lebih kurang serperti pokok kristal/kasai.

  4. pertama kali mkn buah ni… didatangkan dari sarawak.. pergh.. memang sedap. cuba nk tanam bijinya. kut2 boleh hidup di bumi semenanjung.

  5. Buah nie memang sedap tapi kena tambah sedikit garam n gula setelah dikikis kulitnya dan direndam dlm air panas selama 10 minit. Saya kalau dapat buah nie setengah kilo sekali saya makan aje . Dabai ka kembayau ka yg penting buahnya fresh dan tampoknya tu kuning buahnya memang lemak. Kalau di sabah sebelah sipitang memang banyak kalau di srawak di sibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam