March 19, 2024

limau-pagar3

Saiznya yang besar membuatkan anda terasa ingin tahu siapakah gerangan limau ini. Atau dengan lebih tepat lagi limau apakah ini? Ia tidak seperti limau nipis atau limau purut yang bersaiz kecil. Menurut penjual limau di pasar borong Teluk Intan ( seorang makcik yang dah berusia lingkungan 50-an ), limau ini digelar dengan panggilan limau pagar. Dalam hati saya ketika itu, saiz limau pagar adalah lebih kurang saiz limau kasturi sahaja (mengikut buku rujukan). Limau tersebut pun masih ada di kampung saya. Limau pagar yang besar ini mungkin panggilan tempatan di kawasan tertentu agaknya.

limau-pagar

Saya sempat bertanya la sedikit sebanyak. Menurutnya, buah tersebut diambil dari saudaranya. Kira tolong jual la. Pokoknya cuma ada sebatang sahaja dan mengeluarkan buah yang  banyak ( tak tahu la banyak mana ). Kebiasaannya, limau pagar diperah airnya untuk dijadikan jus dan kulitnya juga  ada kegunaannya. Malangnya saya sendiri dah terlupa akan kegunaannya (banyak makan semut agaknya). Selepas sempat menemuramah makcik tersebut saya pun mendapatkan buah limau tersebut dengan harga RM3/biji (saiz besar) untuk dibawa pulang bagi melakukan uji rasa. Ternyata, jusnya masam sekali dan perlu dicampur gula untuk menikmatinya.

limau-pagar2

Selain menjual limau pagar makcik tersebut ada juga menjual limau telur buaya (gambar dibawah). Walaupun masih hijau, ia juga akan bertukar warna kuning apabila disimpan 3-4 hari.Rasanya lebih masam berbanding limau pagar dan jusnya juga tidak berapa banyak. Selain itu, biji limau telur buaya boleh dikatakan tiada berbanding dengan limau pagar yang mempunyai banyak biji.

limau-telur-buaya

Saya sempat menyemai benih limau pagar tersebut dan hasilnya anda boleh lihat dibawah. Seingat saya pokok yang baru cambah ini berusia 2 minggu selepas disemai. Selepas membaca artikel ini saya percaya, ada yang mengirimkan Email bertanyakan “Di mana saya boleh dapatkan benih limau ini?.

limau-pagar-benih

Sekiranya anda mempunyai info mengenai limau pagar, diharap bolehlah berkongsi dengan kami..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :63508

40 thoughts on “Limau Pagar

  1. Macam pernah nampak dekat telaga arwah mak kat kampung dulu.Tapi nama limau itu lain,limau gadong rasanya ,iras-iras macam lemon.Arwah selalu perah air limau dikepala kalau kepala gatal mungkin nak hilangkan kelimumur.

  2. Baru dua minggu lepas tenguk pokok limau serupa ini dikampung saya di KB. mak sedara saya punya. Nak tut tak sempat pulak.

    Ada sejenis limau yang jarang/tidak kelihatan di KL tapi terdapat di Kelantan ialah Limau Kerat Lentang. Limau ini baunya tidak seperti bau limau jenis lain. Iannya wangi dan selalu digunakan untuk makan sup perut lembu.

  3. Dahulu jiran Tok masa ada tanam buah limau ni. Betul Miz cakap buah limau ni seakan-akan lemon. Pernah dulu Tok cuba untuk buat air tapi rasanya kurang sedap. Tok jadikan limau ni untuk buat gosok daki dan kepala yang berkelemumur sahaja. Sekarang di kampung Tok dah tak nampak lagi pokok limau ni semenjak jiran Tok tu dah meninggal dunia.

  4. info yang sangat menarik…terima kasih banyak2….mesti ada banyak lagi buah limau yang seumpama dengannya yang belum ditonjolkan….

  5. Limau ni aruah mak saya tanam kat belakang rumah kat kampung. Kalau balik saya selalu ambik, memang buahnya banyak dan mempunyai banyak biji dan kurang air. Limau ni boleh perah kat sup atau perah dalam sambal belacan. Kulitnya mungkin sesuai dibuat jeruk untuk dibuat acar limau kerana kulitnya tebal tak macam limau nipis.

    Ada satu lagi limau yang namanya saya tak tau tapi kami selalu panggil l’imau kuku’. Buahnya kecil, muda berwarna hijau, kemudian orange dan merah ketika masak. Masa kanak-kanak dulu, kami selalu ambil airnya (pekat) diletakkan di atas kuku supaya berkilat. Selalunya orang kampung mengambil limau ni untuk dibuat halwa untuk dipotong-potong kecil dan mencampurkan ke dalam kek buah. Masyarakat Cina suka menjadikan pokok limau ni tanaman bonzai. Memang cantik…kat rumah saya ada tapi pokoknya masih kecil dan belum berbuah.

  6. Limau ini sepeti lemon ia Lebeh masam Limau ini di kenali dengan nama lemonade memang lebeh Enak kalau di juice,di perah Dan di campor dgn gula Dan mujarap untok batok atau sakit tekak ambil ayer nya Dan campor dgn madu

  7. salam. kat utara ada orang panggil limau mata kerbau. airnya tak banyak tapi kalau potong kecil kulitnya buat ulam ia boleh menghilangkan kesar badan.pokok ni senang tumbuh bila di tutkan. terima kasih.

  8. dah lama tak nampak limau ni. Ia seakan buah ‘lemon’ . sekarang hanya guna limau kasturi …. limau nipis pun jarang guna . tapi apa khasiat limau pagar ni ; harganya tinggi?

  9. salam, biasa lihat dikampung tapi tak banyak dan tak cuba rasa , ada orang kata bolih buat acar kalau limau kasturi tu saya minum air &makan terus ada hasiatnya

  10. Setahu saya limau pagar yang sebenar buahnya kecil dan berbau sangat wangi.(lebih wangi dari limau nipis atau limau kasturi). Saya pernah melihatnya sekali sahaja dan ia diperkenalkan oleh rakan orang asli. Buah limau pagar ini tumbuh secara meliar ditepi hutan dan saiznya kecil seperti limau kamquat.

  11. limau pagar ni best, byk jus,,, jarang2 dpt tgok pokoknya. belakang rumah mak aku ada sepohon, dah tua pun

  12. yang saya tau, limau pagar buahnya kecil macam saiz buah limau kasturi atau limau sambal. Itu bukan lime atau kumpulan lime?

  13. terima kasih di atas info baru ni.. rupanya memang sebijik buah lemon. Bayangkan kalau dilestarikan limau pagar ini sebagai pengganti leemon yang diimport tuh… rasanyapun seperti lemon kan..masam dan sedikit pahit….

  14. Kalau tak salah, ditempat saya dipanggil limau kerbau.
    Ini bulan lemon yang banyak dijual kat pasar raya tu ke?

  15. Sebenarnya Limau Pagar ada 3 jenis; besar, sedang dan kecil. Yang kecil pun ada jenis kulit tebal atau kulit nipis. Nama nya pun banyak mengikut tempat : Limau padang, mata kerbau dan (telur) kambing. Yang jenis besar seperti yang dipaparkan banyak digunakan untuk dijeruk dan dibuat acar. Ia banyak dijual di pasar tani/malam di utara semenanjung dan di Pahang. Jika anda ada di Mentakab, kunjungilah pasar malam di pekan Mentakab. Semasa saya berkunjung kesana, ia ada dijual (tiap-tiap hari jika ada buah – menurut penjual).
    Limau pagar juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Untuk apa, saya kurang pasti – kena tanyalah pengamal.

  16. Assalammualaikum….
    Pak Long saya ada menanam pokok limau pagar ni di rumahnya di Kuala Pilah.Tetapi di sini, ia dikenali dengan nama LIMAU KERBAU.Bentuknya seakan2 buah lemon dan pokoknya rendang.Cantik sekali buah limau ini jika dibuat hiasan meja dan dijadikan pokok hiasan.

  17. salam, saya tak pernah pun jumpa limau jenis ini. menarik sungguh. di mana blh saya dptkan benih dan buahnya?

  18. Limau ni di perlis kami panggil lemon je..sy ada jual pokok ni di pasar tani tmn sena perlis..

  19. klu di semak kat buku tanaman herba,ada di namakan limau susu, sama bentuk ngan dlm pic tersebut.

  20. Terima kasih atas info.Walaupun hampir setiap pagi ke pasar Besar Teluk Intan dan melalui kawasan jualan sayuran kampong dan ulaman.Baru kali ini saya dapat tahu bahawa buah yang menyamai bentuk lemon tu dipanggil limau pagar. Mak cik yang menjualnya memberitahu harga sebiji limau pagar RM 3.00.Beliau juga menerangkan tentang khasiat buah limau tersebut untuk dibuat ubat disamping dibuat jus minuman.Saya tak pasti ada setengah tempat dipanggil limau gadong.Saya juga menyeru kepada peminat tumbuhan begini agar cuba menanam semula agar benih tidak pupus.

  21. Hi Tuan/Puan

    Saya perlukan limau sundai/pagar untuk tujuan tanaman semula. Tolong bagi info lokasi untuk mendapatkan benih.

  22. salam..3hr lps sye blik kg kt kuala selangor… sya xsangka slame ni pokok tu wujud kt umah nnek…tu pun leh perasan time ronde2 kwsn…mmmmm aroma nye wangi…pastu jd tarikan monyet n serangga…btg yer seakan2 pokok limo bali….hbtat nyer sng nk hdup..lg2 dkt tnh lembab….

  23. assalammualaikum…mmg bnyk khasiat limau pagar..marilah kite same2 menanam limau ini….

  24. Dulu saya ada menanam pokok llimau ini tapi sayangnya sudah di buang sebab pokoknya tumbuh banyak sangat sampai penuh dekat rumah besar pulak tu,sayang terlupa nak tanam dekat pagar.

  25. Limau ni slalu mak sy rebus dgn garam n masukkan dlm balang.slalu guna utk buat acar limau.

  26. Ni bukan limau pagar, klu dkt negeri sembilan namanya limau mata kerbau, kulitnya tebal dan bijinya banyak.

  27. Assalamualaikum,saya ingin menanam pokok limau telur buaya,di mana saya boleh mendapatkan benihnya

  28. Saya tengah cari limau pagar ni urgent .. kalau ada tolong call saya 0129781331. Saya sanggup beli banak pokoknya juga.

  29. Buah limau pagar saiz besar boleh petik sendiri dari pokok rm3 sebiji kawasan ampang hulu kelang bersebelahan ukay perdana 0172781002. Kalau nak byk lebih 10 biji boleh bg murah sikit

  30. Saya ada limau ni. Mulanya kami ingat lemon. Dari satu pokok dah byk.pokok.. bila berbuah byk sgt.. ada bentuk bulat dan ada bentuk.lonjong.. memang besar². Kulit tebal. Malangnye pahit jus nye. Akibatnya kami buang secara beransur² skrg. Buah yg byk buang begitu saje. Khasiat tak tahu..

  31. salam. sesiapa ada jual anak pokok limau pagar ni boleh roger saya tak. 0102449934 ni nombor saya.
    p/s: limau pagar ada 2 jenis, 1 yg mcm dlm gambar ni jenis besar dan bujur. 1 lagi jenis kecil mcm limau kasturi. ramai org tersalah anggap limau pagar yg besar tu dgn limau kerbau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam