March 19, 2024

buah-berangan

Mungkin anda berasa pelik melihat gambar buah di atas tetapi buah di bawah ini pula adalah sebaliknya. Buah berangan (Chestnut) memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Namun, jarang sekali orang mengenali rupa sebenar buah berangan ini. Walau bagaimanapun, biji buah berangan ( gambar di bawah ) bukanlah berasal dari buah berangan seperti gambar di atas.

Buah berangan sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis. Di Malaysia, jarang sekali dijumpai buah berangan yang mempunyai biji/isi yang bersaiz besar, kebanyakkannya bersaiz kecil. Dahulu, saya pernah terbaca di dalam sebuah artikel mengenai buah ini. Antara jenis buah berangan yang terdapat di Malaysia ialah seperti berangan pulut dan beberapa sejenis lagi yang saya lupa akan namanya.

berangan

Berangan yang dijual secara komersil adalah berangan yang diimport dari di luar. Ada sesetengah rujukan melaporkan, buah berangan ini adalah berasal dari China. Buahnya bersaiz lebih besar dan rasanya lebih enak. Rupabentuk buahnya juga sedikit berbeza.

Buah Berangan kebiasaanya di makan adalah dengan cara membakar. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas. Tahukah anda, harga pasaran ketika ini adalah di antara RM 25 hingga RM 30 sekilogram.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :51140

12 thoughts on “Buah Berangan

  1. betul tu, buah berangan kat malaysia biasanya bersaiz kecil dan kulitnya keras. masa saya kecik2 dulu biasa makan buah berangan ni. mak saya goreng dengan pasir kemudian kalau nak makan kene ketuk guna alu lesung.

    admin, gambar yang kat atas tu macam rupa buah keras pun ada.

  2. Hmm..buah berangan ni banyak dijual kat R&R Genting Sempah kan….Sebagai salah seorang yang membesar di rimba saya sering mengutip buah2 berangan ni zaman kanak2 sekitar tahun 80-an.Tapi buah yg sy biasa kutip jika masih di atas pokok ianya berjambak saiz buah rambutan & kulitnya berduri seakan duri durian.Bila sudah matang ia akan pecah seperti buah getah & bijinya gugur bertaburan ke bumi..Itulah yg dikutip & selalunya turut menjadi kegemaran babi hutan juga..
    Buah yg masih bertangkai kt atas tu sy ada jumpa di hutan sekitar Sungai Gading (Tanjung Malim) ketika camping beberapa bulan yg lalu….apapun buah berangan ni mmg ada nostalgianya untuk anak rimba seperti saya…tq

  3. betul tu sdr chah. Betapa kayanya alam belantara kita dilimpahi dgn berbagai buah-buahan hutan yg berbagai jenis dan cita rasa. Tp sayangnya ramai yg lebih meminati balaknya daripada buahnya. Di kampung sy di sarawak banyak sekali buah-buah hutan seprti buah berangan dan keranji madu. Sekarang ni dah payah nak dapat kerana banyak yang dah ditebang orang. Apa dah jadi dengan dunia ni…

  4. saya sering jumpa buah berangan seperti dalam gambar tu . yang jenis macam rambutan tak pernah lagi . Memang banyak jenis dalam gambar tu di hutan kita.. cuma nak ambilnya.. pokok2 tinggi2 belaka

  5. DULU SAYA PERNAH TENGOK DLM INTERNET ADA ORANG BUAT LADANG BERANGAN DI JOHOR AGAKNYA NAK BUAT SECARA KOMERSIAL BUAH ATAU POKOKNYA TAK TAULAH

  6. Buah berangan inilah menjadi makanan sampingan kami sama ada malam atau siang hari.Dulu era 70an aku dan adik-beradik ku akan pergi mencari buah berangan yang telah gugur.Kami berebut-rebut mengutip biji-biji berangan ini.Di rumah nanti kami akan goreng dalam kualai atau periuk lama bersama pasir.apabila dah masak,serta berwarna nak perang atau merekah,maka kami akan mengankatnya dan terus menikmatinya,Wah,sedap tapi nostalgia itu tiada lagi,pokok berangan tak ku temui lagi.hanya kenangan aje…

  7. Boleh saya tahu jika hendak goreng guna pasir, pasir apa ya yang sesuai nak dipakai? Pasir laut ke? Pasir hitam ke? atau ade jenis pasir lain? Boleh kongsikan tak?

  8. buah berangan kita kecil klai di bndingkn dgn jnis dari ngra china, sedap yg malaysia lg.. buah bragan jgn di petik, tggu luruh mcm buah durian baru buah berangan betul2 masak.. dkt dgn rumah ada sepokok pokok berangan yg mmg besar, umur pokok pn dh tua sgt..:)

  9. Kebanyakan dari kita jarang melihat buah berangan. Yg selalu dijumpainya ialah buahnya (bijinya?)yg telahpun terpisah dari kulitnya. Biasa nya yg sudah dimasak/digoreng. Saya sendiri belum pernah melihat pokok dan buahnya di Malaysia.
    Sewaktu kunjungan saya ke UK, khususnya di Egham, Surrey saya melihat sendiri pertana kalinya, pokoknya dan buahnya seakan rambutan, berbulu keras dan tajam. Biasanya buahnya akan gugur macam buah getah. Biji2 kerapkali akan terpisah dari kulitnya. Maklumat sekadar untuk dikongsi bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam