March 19, 2024

taman-botani-singapura

Benarlah kata orang, Taman Botani Singapura dianggap sebagai salah satu taman botani yang tercantik di dunia. Penulis sempat mencuri masa mengunjungi Singapore Botanic Garden yang terletak di Cluny Road, Singapura.

Namun, kebatasan waktu telah menghadkan kaki melangkah untuk terus melihat keindahan alam yang tiada penghujungnya. Jadi, hanya sedikit ilmu yang dapat dikutip untuk kunjungan kali pertama ini. InsyaAllah, jika diberi kelapangan, Penulis akan kembali lagi. taman-botani-singapura2

Taman yang mempunyai keluasan lebih kurang 70 hektar ditanam dengan pelbagai tumbuhan tropika dan juga dalam pelbagai rekabentuk landskap. Taman ini adalah taman botani yang satu-satunya dibuka dari pukul 5 pagi hingga 12 malam. Masuk pula Percuma!!

taman-botani-singapura14

Idea membina Taman Botani Singapura bermula pada tahun 1822 apabila Sir Stamford Raffles membina taman seumpamanya yang pertama di Fort Canning.   Tahukah anda ? Tumbuhan yang pertama diperkenalkan di taman ini ialah pokok getah yang ditanam pada tahun 1877. Pada tahun 1920-an bermulalah penanaman orkid.

Antara gambar yang sempat saya rakamkan….

taman-botani-singapura4

Pokok Cannonball. Di Taman Botani Pulau Pinang pun ada.

taman-botani-singapura3

Pokok apa agaknya? Saiz daunnya agak besar.

taman-botani-singapura5

Cerita Pokok Tembusu yang terdapat di dalam matawang Singapura

taman-botani-singapura6

Pokok Talipot Palm (Corypha umbraculifera)  yang dipercayai hanya mengeluarkan bunga diantara 30-80 tahun sahaja.

taman-botani-singapura7

Bunga Pokok Talipot Palm memang unik dan tidak seperti bunga palma yang lain.

taman-botani-singapura10

Taman Kaktus yang cantik dan bersih sekali.

taman-botani-singapura9

Pelbagai jenis pokok Bonsai juga turut dipamerkan

taman-botani-singapura11

Pokok Monkey Pot atau juga dikenali dengan nama Sapucaia Nut yang sedang mengeluarkan buah. Ada cerita disebalik nama buah ini. Di Malaysia ia dipanggil buah Sapukaya. Daripada rujukan, perkataan sapukaya sebenarnya berasal dari perkataan Sapucaia (sebutan bahasa Portugis). Sapucaia sebenarnya salah sebuah bandar yang terletak di Brazil. Jadi, pokok tempatan yang banyak terdapat dikawasan tersebut diberi nama Sapucaia Nut.

taman-botani-singapura12

Gambar buah di atas tentu ramai yang kenal…  khususnya orang Sabah dan Sarawak.

taman-botani-singapura13

Buah Kandis Hutan atau nama saintifiknya Garcinia nigrolineata.

taman-botani-singapura15

Pokok Lontar yang begitu tinggi sayup-sayup kelihatan. Di Malaysia, ia terkenal dengan nama pokok Kelapa Laut. Di Taman Botani Putrajaya pun ada pokok ini. Tidaklah setinggi ini.

taman-botani-singapura8

Di atas ini pula buah apa? Di bawah ini pula pokok apa? Kalau nak tahu jomlah berkunjung ke sana..

taman-botani-singapura16

Sampai di sini dahulu jari ini menulis. Mungkin perkongsian ini hanya 1 dari 1000 kisah yang terdapat di sana. Benarlah kata orang bijak pandai. Makin banyak  kita belajar, banyak lagi yang kita tidak tahu sebenarnya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :18168

1 thought on “Taman Botani Singapura

  1. Satu lagi yg anda harus lawati ialah Garden By the Bay yg terletak dalam kawasan tanah tambak yg dijadikan taman ditengah2 kawasan industri kewangan. Ia berhadapan dgn marina Bay Sands. walau bagaimana pun, untuk memasuki konservertiri ini, anda perlu bayar dan terdapat beberapa pokok Zaiton yg usianya seribu tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam