November 7, 2024

Pisang Serendah, namanya sahaja sudah membayangkan keadaan fizikal yang sudah tentu tidak tinggi. Pisang yang juga dikenali pisang kapal ini kononnya pernah ditanam di atas kapal pada zaman dahulu. Samada benar atau tidak, nenek moyang kita sahaja yang tahu. Penulis sendiri biasa menemui pisang ini ditanam di sekitar rumah kerana saiznya yang kecil dan mudah dijaga, tidak seperti pisang-pisang yang lain. Tandan pisang serendah kadang-kadang boleh mencecah tanah.

Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang embun. Menurut rujukan, kulit pisang ini akan kekal hijau walaupun buahnya telah masak. Penulis sendiri belum pernah makan pisang ini. Ada yang menyatakan rasanya tidaklah sedap dan hanya sedap dibuat cekodok kerana buahnya yang lembik apabila masak. Jika anda mempunyai cerita yang lain mengenai pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :36963

5 thoughts on “Pisang Serendah

  1. di kampung saya pisang ini dikenali juga sebagai pisang serendah. Memanglah benar rasa pisang ini kurang sedap kalau dibanding dengan pisang lain. Namun begitu orang-orang kampung suka menanam pisang ini berhampiran rumah kerana kononnya pisang ini ditakuti oleh makhluk halus. Benar atau tidak waallahualam…

  2. Nama nama lain, Pisang Kapal, Pisang Serendah, Pisang Rojo Mendopo (Jawa), Dwarf Cavendish (Ingeris).
    Pisang ini dikatakan telah dibawa belayar dari Jawa oleh Laksamana Cheng Ho untuk menanda berapa lamanya perjalanan ka negeri China. Maksud bahasa Jawa pula ialah Raja bertapa.. Pisang ini juga dipanggil Serendah sebab ia sangat popular di kawasan Bungalo Pengurus Ladang Ingeris di sekitar pekan Serendah dan Kuala Selangor.
    Pisang ini tidak elok di peram, ia harus di makan terus dari pokok sapertii buah jambu. Jika pagi masak sabiji petik dan makan terus dan jika petang masak dua biji dipetik lagi dua untuk dimakan terus. Ia masak di pokok dan rapoh pangkal nya. Rasa buah Baru petik sangat sedap dan manis macam pisang embun. Kalau di peram pisang akan jadi lembik, berayer dan hilang sedap.

  3. Setuju dengan ir MNasir sebab saya tanam pokok pisang ini dihalaman rumah, pisang ini tak sama macam pisang lain cara makannya petik terus dari tandannya sebab tu pisang ini rendah kot, supaya mudah nak makan petik terus, betul kalau nak buat kodok boleh peram, kalau nak makan, elok petik terus makan.

  4. Pisang serendah ni paling sedap utk buat gulai pisang atau masak lemak cili api. Boleh ambil pisang muda dari tandan sekadar yang diperlukan utk sekali masak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam