Di negara China, tumbuhan Teratai sudah tidak asing lagi digunakan sejak sekian lama sebagai keperluan kecantikan dan ubat-ubatan. Jadi tidak hairanlah, kebanyakkan masyarakat Cina di Malaysia menggemari akar teratai untuk dijadikan sebagai ramuan dalam masakan.
Penulis sendiri belum pernah mencuba menggunakan akar ini. Jadi, penulis sendiri tidak tahu apa sebenarnya rasa akar teratai ini. Apa kata mereka yang pernah mencubanya ?
Tidak sangka, bukan sekadar dijadikan ramuan masakan sup tetapi banyak resepi yang boleh dicipta menggunakan akar teratai ini. Yang menariknya, akar teratai boleh dipotong hiris-hiris, dicelop tepung kemudian digoreng.
Khasiat akar Teratai juga tidak dinafikan mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Akarnya mengandungi karbohidrat tinggi berkhasiat mengubati diabetes, mencegah sembelit, mencuci air kencing, melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah serta meningkatkan stamina. Jika anda mempunyai sebarang resepi atau khasiat lain mengenai tumbuhan ini, bolehlah dikongsikan disini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :24300
Saya pernah masak goreng dengan udang rasanya memang sedap wangi baunya manis macam umbut kelapa tau cubela, bila potong nipis-nipis rupanya berlubang lubang macam kerpok roda tu cantik pulak tau