March 19, 2024


Pisang Kapas merupakan sejenis pisang yang memang popular di kampung-kampung waktu dahulu. Namun, memang sukar untuk menemuinya dijual di pasar-pasar kerana pisang ini kurang enak dimakan segar. Baru-baru ini Penulis menemui pisang ini dijual di Pasar Tani di Serdang. Melihat ada seorang pakcik yang membelek seikat pisang yang tidak seperti pisang-pisang lain yang dijual. Sempatlah bertanya pada pakcik tersebut. Katanya ini pisang kapas tapi saiznya kecil sikit dari biasa.


Walaupun pisang ini nampak kuning, rasanya memang kelat sedikit. Memang tak lalu nak telan. Bak kata pepatah.. Ditelan mati mak.. diluah mati bapak.. Yang peliknya anak kepada penulis.. selera pula menelannya. Rupa-rupanya pisang ini akan rasa manis sedikit apabila ia benar-benar masak ranum.

Dari perkongsian rakan-rakan, pisang yang muda boleh buat masak lemak dengan kulitnya sekali. Ada juga orang suka buat ulam pisang muda ni. Kalau sudah masak ranum, memang sedap kalau dibuat cekodok dan juga dibuat kek. Jika anda pernah makan pisang kapas ini, bolehlah kongsikannya di sini..

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :34720

6 thoughts on “Pisang Kapas

  1. asSalaam .. kalau d kampung memang mudah d dapati pisang kapas .. tapi tidak d tanam scala komercial sbb pasaran pisang ini terhad ..

    # buah yg masak buat cekodok, isi buah masak cukup manis
    # buah muda buat gulai lemak, lebih sesuai bila tengah `tulang ular’ .. kulit d siat memanjang dan d potong panjang dua inci d rebus separuh empok, baru gulai dgn rencah2 yg sesuai .. ikan bilis, cendawan tekukur
    # daun selalunya panjang dan lebar, sesuai buat bungkusan
    # jantung bolih d makan
    # rumpun pisang kapas tahan lama, tak perlu d jaga sangat

  2. kat tmpt saya ia dipanggil pisang putar. mmg sedap dimasak lemak (waktu dia muda) dan biasanya yang masak ranum saya akan buat cekodok/apam/ penkek.

  3. kat kg saya org panggil pisang putar..rumpun pokoknya tahan lama..rasa dia masam sikit..buat cekodok sedap

  4. Pisang kapas memang tidak sepopular pisang lain kerana apa masak ranum cepat rosak. pisang yang muda biasanya dibuat gulai lemak pedas campur ikan kering atau ayam memang terangkat.Hasil paling istimewa pisang kapas adalah dalam perusahaan Pisang Rimpi atau Pisang Salai iaitu pisang yang masak di hiris nipis kemudian dijemur atau disalai.Satu ketika di Pasar Rabu Parit Raja dan Ayer Hitam Batu Pahat adalah paling banyak jualannya.

  5. Pisang kapas memang tidak sepopular pisang lain kerana apabila masak ranum cepat rosak. pisang yang muda biasanya dibuat gulai lemak pedas campur ikan kering atau ayam memang terangkat.Hasil paling istimewa pisang kapas adalah dalam perusahaan Pisang Rimpi atau Pisang Salai iaitu pisang yang masak di hiris nipis kemudian dijemur atau disalai.Satu ketika di Pasar Rabu Parit Raja dan Ayer Hitam Batu Pahat adalah paling banyak jualannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam