Pisang Awak memang tidak asing lagi di kalangan penduduk kampung kerana ia masih banyak di tanam untuk kegunaan sendiri. Pisang ini jarang sekali dijumpai dijual di pasar-pasar tani apatah lagi di pasaraya. Terdapat pelbagai variasi pisang awak yang kadang-kadang mengelirukan Penulis. Penulis sendiri tidak pasti samada pisang awak mempunyai perbezaan yang jelas di antara pisang Awak betol, Awak legor, Awak Biji, Awak lilin dan Awak Kepek. Ada juga yang memanggil pisang awak dengan nama pisang Perak, pisang kelat siam dan kelat lega.
Apa pun yang pasti pisang awak enak sangat dibuat cokodok, pengat dan lepat pisang. Ada juga yang suka rebus dan juga dibuat lempeng daun pisang. Selain itu, menurut salah seorang rakan, pisang awak jika terlebih masak, boleh dihiris dibelah dua dan dijemur sampai hitam, kemudian disimpan di dalam balang kuih.
Jika anda mempunyai cerita mengenai pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :39533
ni tempat kita Klate orang panggil pisang kelat lega…
pisang awak ni mudah membiak.Penjagaannya pun tak susah.Tapi kalau tertanam yang berbijik nasib kurang baik le.Kalau nak buat cucur kodok kena ambil pelepah pisang untuk membuang biji yang dalam pisang yang telah dilenyek tu.
pisang awak yang masak digoreng kosong, kemudian di tabur gula. biasa dimakan ketika berbuka puasa. tapi tak elok diamalkan oleh pesakit kencing manis.
pisang ni ada kat sebelah jiran rumah…ingat nak amik….tapi belum masak….kalau dibiarkan org bujang yg dok umah ni akan biarkan burung makan…
di tempat saya di sarawak pisang ini dikenali sebagai pisang kapok. Bila masak rasanya sangat manis. Orang tua-tua suka makan pisang ini kalau diuli dengan ‘sagon’ iaitu sejenis makanan yang seakan-akan emping yang dibuat dengan kelapa parut, gula apong, tepung beras yang digoreng tanpa minyak. Rasanya sangat enak. Pisang kapok ini bila tumbuh subur akan menghasilkan daun yang sangat lebar dan begitu dicari-cari oleh pembuat kuih di kampung saya. Sekarang memandangkan permintaan daun pisang semakin meningkat, sudah ada pekebun di kampung saya yang menanam pisang ini dengan menjadikan daunnya sebagai hasil utama, bukan lagi mengharapkan hasil dari buahnya sahaja.
Kalau di Ganu org panggil kelat siam tapi di Klate orang panggil kelat lega…sebab apa dipanggil gitu…ialah mula-mula masuk ke mulut rasa kelat, tapi bila dah lama-lama tu baru lega sedikit..sebab tu dipanggil “KELAT LEGA”
Pisang inilah yg membesarkan org-org Klate dimasa kecik-kecik dulu…yg lahir sebelum merdeka dan selepas merdeka sekitar 1958-1965. Dipanggil pisang’ lencek’ jadi kenanglah wahai org-org yg lahir pada zaman itu…banyak ketua-ketua jabatan @ bos-bos sekarang dahulu makan dan membesar dengan pisang inilah…KELAT LEGA’
saya menpunyai pisang awak,pisang nangka dan verangan utk dijual dlm kuantiti sikit atau bjk,,0142447563
saya juga penguasaha nenas
Kato oghang biji pisang nie elok jiko ado yang sakit saraf keradangan.panas dianggota tubuh seolah tubuh disalai.Bukan mistik sihir dan saka tetapi kesan dari saraf rosak .
Ambil biji pisang ini segenggam, digoreng, lalu ditumbuk halus.Ambil serbuk biji ini kedalam air minuman.
Insha allah ramai yang sembuh. Cubalah petua ini.