December 7, 2024

pisang-40-hari

Pertama kali penulis mendengar nama Pisang 40 hari adalah melalui jiran yang bernama Makcik (bukan nama sebenar). Makcik memang suka menanam pelbagai jenis pisang. Tidak sangka ada sejenis pisang yang Makcik tanam yang dipanggil pisang 40 hari.

Apa yang unik mengenai pisang ini? Benarkah kata ‘Makcik’ bahawa pisang ini akan masak setelah 40 hari jantung pisang keluar? Penulis pun membuat sedikit kajian dan pertanyaan kepada rakan-rakan.

Pisang 40 hari dipercayai adalah pisang lemak manis kerana rupa fizikalnya yang sama. Di sebahagian tempat ia dipanggil Pisang Mantan, Pisang Boyan dan Pisang Bulin. Rasanya lemak manis dan memang sedap dibuat cucur pisang atau lebih mesra disebut ‘cekodok‘. Ada juga yang menggunakan pisang ini dalam masakan (masak lemak cili api). Namun, jika buah pisang masak ranum, ia dikatakan sedikit sukar untuk mengupasnya kerana kulit pisang ini melekat pada isi buah.

Terdapat 2 pendapat mengapa pisang ini dinamakan pisang 40 hariPendapat 1 menyatakan memang benar pisang ini akan masak 40 hari selepas keluar jantung. (Beliau sendiri telah menanam pisang tersebut ). Pendapat 2 pula menyatakan pisang ini di namakan pisang 40 hari adalah kerana pisang ini sering di hidangkan dalam majlis jamuan tahlil selepas 40 hari arwah meninggal.

Kita tinggalkan 2 pendapat tersebut untuk anda fikir-fikirkan. (Penulis lebih suka kepada pendapat 1). Jika anda mempunyai cerita atau info mengenai pisang 40 hari ini, harap dapat dikongsi bersama.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :40796

9 thoughts on “Pisang 40 hari

  1. .. dari segi nama, pendapat pertama lebih sesuai sebab memang pisang ini akan masak dalam masa 40 hari dari keluar jantung,.. ada dua versi, satu jenis tandan agak pendek, satu jenis lagi tandan lebih panjang dan buah lebih besar sedikit .. kebanyakan pisang memang ada lebih dari satu versi .. pisang berangan ada isi oren dan putih, pisang nangka dan pisang tanduk juga begitu
    # tempat saya Utara Johor pisang ini pisang boyan
    # seloknya buah d ambil bila tiba masa, jika masak d pokok banyak akan terbuang (d makan burung, kurang manis, kulit lekat d isi susah nak kupas)
    # masa muda bolih buat sayor, tapi jantung pahit tak bolih buat gulai
    # bila buah masak (seloknya d peram) masa sesuai d makan dalam masa satu atau dua hari saja, lepas tu susah nak kupas kulit kerana menjadi nipis (masak ranum)

  2. Pada saya, pendapat pertama lebih menepati, memang masa kecil dulu biasalah orang kampung tanam pokok pisang 40 hari ini, terutama sementara tunggu pokok getah besar selepas tanam semula.

  3. saya pun setuju dgn pendapat pertama. sedapnya kalau dibuat masak lemak cili api

  4. Salam….
    Hmmmm….kebanyakan orang2 Pahang mesti kenal pisang ni…..Pisang ni kan terkenal sebagai bahan utama untuk buat “puding raja”…Ala pisang yg dibelah 2 & digorengan ngan minyak sapi & dicampur prune,ceri & kuahnya plak kuah kastad berkrim tu…Tabur plak jala mas…yum..yum..yum..

  5. @pak choo – Kami sebut pisang banten,masa muda boleh dimasak gulai,atau lemak atau goreng seperti goreng kacang panjang.Tapi jangan kopek kulit kesemuanya,tinggalkan sedikit lapisan kulit tersebut.

  6. salam untuk semua pembaca. Di daerah kuching dan samarahan sarawak dipanggil pisang otel,tetapi di daerah saribas dipanggil pisang tei sahaja. Pokoknya agak rendah dan rasa buahnya manis dan harum. Buah muda boleh dibuat sayur. Buah pisang ini banyak dijual di pasar tamu di serian. Jantung pisang ini tidak boleh dimakan kerana rasa kelat.

  7. pisang-pisang yg popular di kelantan;-

    1. pisang lemak manis
    2. pisang kkarae
    3. pisang emas
    4. pisang perak
    5. pisang kebatu
    6. pisang kelat lego
    7. pisang kelat air
    8. pisang kelat keling
    9. pisang nangka
    10. pisang raja
    11. pisang bunga
    12. pisang jelar berangan
    13. pisang gala (banyak biji)

  8. Betul 40 dah boleh makan.. pengalaman tanam di kempas masa dok jb.. keluar saja jantung ditulis tarikh pada pelepah nya.. cukup masa mula kekuningan.. lewat ambilnya pisang ini akan mudah tanggal dari sisirnya… rasa lemak manis.. dibuat masak lemak bersama ikan bilis sedap.. jiran… org. jawa selalu minta pisang muda.. nanti semangkuk pasti akan sampai kerumah .. alhamdulillah.

  9. Salam, Tua Pokon bleh share x Anak Benih pokok Pisang kipas sy ingin menanam kat umaah baru sy..coz laman Umah kosong… Beserta Photo anak benih pleseee ^_^ Wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam