Pada yang telah berkunjung ke MAHA 2010, sudah tentu tidak akan melepaskan peluang melawat Laman Sayur dan Laman Ramuan yang diusahakan oleh Mardi.
Laman Sayur menjadi satu tarikan yang pasti membuatkan anda rasa teruna teruja apabila melihat sayur-sayur yang berbuah bergantungan di laluan pergola.
Bagi yang berkunjung ke sini sudah tentu tidak akan melepaskan peluang merakamkan gambar kenang-kenangan. Yang tidak bestnya.. ada juga tangan yang gatal menulis nama di atas buah tersebut.
Apa pendapat anda apabila melihat sayur-sayur berbuah ini? Mesti terasa geram kan !! Dalam hati anda sudah tentu ingin memiliki laman seperti ini di rumah.
Daripada pemerhatian, pokok-pokok ini menggunakan larutan baja yang disiram menggunakan kaedah fertigasi. Sebab itulah, hasil yang dikeluarkan amat baik dan berkualiti. Lihat sahajalah saiz labu air dan ketola ular ini.
Number of View :30039
wow..sgt teruja,klu tanam kt blkg rumah ni..syok jugak kan..
selamat semua.. ala, saya x sempat singgah la kat tapak syur ni. ruginya. menarik sungguh taman sayur ni. klu bab2 makan sayur ni saya selalunya dapat rase, maklumla duk kampung. labu air tu selalu mak saya wat masak sayur air, wat labu masak lemak pun pernah.sedap..rase macam timun masak lemak tu.hehe..saya ni bab makan sedap sokmo.ape2 pn best la tgk laman sayur yg fazlisyam tepek kt web ni. dpt la jg tengok w/pn hanya di alam maya.
selalunya labu air ni saya masak air tumis bawang merah+putih+lada hitam dan saya mskkn daum kesum supaya aromanya lebih menyelera sisamping saya mskkn ikan bakar kosong yg di tumbuk isi ikan terlebih dahulu…sesiapa cuba la resepi in,pasti best….
As’salam.Mmang sy rase rugi x ke MAHA.Labu air n ketula selalu org masak tumis air je,di makan dgn sambal ketuk ikan bilis……x tercakap!!!!!Sayur ni selaunye akan MENYEJUKKAN badan bila dimakan…
assalamualaikum. saya meminati tanaman , semua jenis tanaman.kalau bertemu saja dgn nusery memang sy akan bertanya mmacam2 tentang tumbuhan yang tak pernah sy jumpa sblmnya.MAHA 2010 x sempat sy kunjung kerana byk beban tugas.buah labu air memang sedap.dibuat kari atau asam pedas.labu air punyai khasiat untuk pembinaan minda.labu air banyak jenis , salah satu mcm dalam gambar tu, ada lg satu yang berbentuk macam labu sayong bekas untuk simpan air.
ketula/ketola atau petola ular tu rasanya sama saja dgn petula biasa. dibuat masak lemak campur udang.
saya ada jg shade pokok menjalar macam dalam gambar diatas kat tepi rumah. pokok anggur yg dah lebih dari 10 tahun. batangnya dah sebesar lengan. banyak berbuah tapi masam. bauh jenis hijau, ada sapa2 ada petua nak bagi buah tu manis tak?
Apa yang dikomen oleh sabre memang betul. Pokok pokok ini bukan sahaja amat berkhasiat dan enak bila dimasak juga penyumbang oksigen tetapi cantik juga sebagai tanaman ‘landscape’.
emak pernah tanam & sekarang sedang “bergayutan.” kami sebut peria belut..sedap masak air/bening, ataupun sayur lemak..
Assalamu’alaikum. Orang Banjar sebut ketula tu karawilak. Labu pula disebut waloh banyu, bujurkah urang Banjar…?
Saya tertarik dgn Laman Sayur di Pegola ni. Rasanya buat satu didepan rumah. Perlukan khidmat nasihat. Bolehke?
sedap juga sayur sayur ni. Kalo campur sup pun bagus. So jangan takut makan. api kalo petola ular tu jgan terlalu lama di masak.
Betul juga komen-komen di sini. Petola tu sedap juga tapi belum pernah cuba labu air kerana tidak tahu cara memasaknya.
Terima kasih kalian, saya akan cuba labu air.
Sabre,
Cuba kurangkan menyiram air semasa anggur itu berbuah.
Salam, Labu air sedap dimasak rebus bersama daun selasih dan lada hitam (orang jawa panggil masak bening daun selasih) makan dengan nasi panas dan ikan masin atau ikan rebus kalau ada sambai belacan carilah sedikit ulam raja dan pucuk sambung nyawa sekali cuba mesti cari lagi, Kasihhhhhhhhhh……….
Labu air kalau dimasak air dimasukkan bawang merah, lada hitam, bilis, daun cekur manis, pucuk merinding (paku merah) dan kledek. Sungguh enak kalau dimakan panas-panas bersama nasi yang agak lembek sedikit. Memang cun lah masakan cara ini. Boleh anda cuba dan trai tengok macam mana rasanya. Selamat mencuba.
Salam, labu air dan petola ular adalah sejenis sayur sejuk
dan tidak sesuai kepada orang-orang berpenyakit medu, uluran angin. Mudah kena sesak napas.
sy tak berkesempatan ke laman sayur pada MAHA yg lalu.
x pernah makan labu air n ketola ular.
biasa mkn labu kuning n ketola yg biasa je.
Assalamua’laikum. Labu air ni mmg sedap kalau dibuat masak tumis air. Tumbuk cili kering dgn bwg merah, udang kering @ ikan bilis@ isi ikan kembung rebus. Nak tumis dulu bahan2 tu boleh ataupun terus rebus bahan2 tu. Air jangan byk sgt, ikut kuantiti labu. Bila mendidih, masukkan labu air yang dah dipotong, lepas tu masuk sikit lada hitam, kalau nak tp jgn byk sgt, takut terlebih pedas sebab tadi kita dah guna cili kering. Cili kering tu kalau boleh direndam dgn air panas dulu supaya lembut.
memang betul labu air sedap dimasak tumis air je, sesekali makan jangan selalu, kata orang berangin dan sejuk. Tak sesuai kepada sesiap yang berpenyakit untuk makan sayuran yang menjalar ni.
Sayur labu memang sedap bagaikan sejuk badan kalau dimakan lauk sayur labu air. walaupun bukanlah salah satu sayur kegemaran tapi kalau dah masak telan aje
wow sgt teruja….boleh tahan gak…tapi memang sayur ni sejuk….kalau masak tumis memang sedap…
dulu, emak saya selalu masak pucuk labu air ni. Masak air je campur ikan bilis. Menu sihat.
Salam sejahtera.. tahniah dan syabas atas kejayaan MAHA2010.
Alhamdulillah, rasa syukur diucapkan atas ruang dan peluang yang diberikan.
Sebenarnya just nak bagi pandangan je, saya memang suka makan labu air & ketola ular. Tambah lagi kalau masak lemak. Memang sedap.
Tengok je gambar-gambar tu, memang menarik dan berpotensi untuk dikomersialkan. Kaedah yang simple dan penjagaannya yang senang banyak membantu sesiapa shj yang berminat untuk menanamnya. Lagipun modal tak banyak untuk menanamnya.
Walauapapun semoga usaha untuk mengkomersialkan penanaman ini amat-amat disyorkan. Dan semoga dapat melahirkan ramai usaha tani di masa hadapan. InsyaAllah.
Wassalam.
“Bertani Satu Ibadah”
Cantik sungguh tanaman dan memberi kesegaran mata memandang. Kegemaran
masa lapang saya ialah menanam. Tetapi saya selalu kecewa dan putus
asa bila tanaman itu diserang serangga dan saya pernah sembur racun
serangga. Adakah kaedah mudah elak serangga? Boleh terangkan kaedah
fertigasi sebagaimana dibuat tanam labu air dan petola ular?
wooww…sungguh menakjubkan tanaman2 ni…tak berkesempatan gi melawat kat laman ni….
sungguh teruja bebenar…dan ingin memiliki tanaman mcm ni…TAHNIAH!!!!
Masa kecik dulu pernah juga makan sayur labu air ni. Biasanya masak rebus , campur sikit dengan ikan bilis, bawang putih dan lada hitam. Ketola ular ni tak pernah jumpa pulak. Gambar-gambar tu memang cantik…teruskan usaha..
Salam sejahtera juga…saya bila terlihat gambar buah yang bergayut seperti itu, memberi satu ilham pula kepada sya nak buat teduhan yang boleh menghasikan buah di rumah saya..tentu cantik dan berfaedah kan.
Hmmm saudara, kebetulan saya baru saja membuka kedai secara online di intenet ni, jemput lah suadara melawat kedai online saya, mana lah tau kalau ada barang-barang yang berkenan di hati saudara..hmmmm saya juga mau komen saudara bila selesai mengunjungi kedai online saya nanti. kedai online saya beralamat di http://estor.lot.my
Salam, labu air mmg sedap dibuat kari bersama daging. Try ler x caya.
kalu tengok ni macam nak tanam gak..tapi bila dah tanam mati….tak cukup masa nak jaga…alasan2….
salam..
oh..saya selalu menikmati hidangan2 makanan yang mengandungi petola dan labu.saya pun dah melihatkan.di rumah negeri smebilan, kelihatan cantik kerana ‘diapplikasikan’ pada struktur landskap. cantik. berbalik kepada sayuran diatas, kebanyakkannya dimakan mentah2 sebagai ulam.sedap 🙂
Salam. Saya nampak ada buah kundur.( kulit berbulu sikit. Sedap dimasak bersama kari ayam, Buat cair2 sikit. Baik dbuat sayur untuk kanak-kanak. baik untuk pertumbuhan sel otak
Saya berkesempatan melawat tempat itu sungguh menarik, dan menyejukan mata memandang kalau boleh hendak ditanam di kawasan rumah. Labu air kalau dibuat masak air memang sedap sekali tetapi ketola ulor baru first time saya melihatnya. Rasanye pun belum pernah, nanti kalau jumpa kat paso saya akan mencubanya.
salam…ketola ular dan labu air biasanya tumis air jer….
Kedua-dua sayur ni banyak di tanam dekat Tawau. Sayur labu air ni sedap di masak sup dengan tulang ayam. Sayur Petola Ular ni pula memang panjang, siap dengan kulit dia sekali ada corak.
assalamualaikum. halaman rumah kita biasanya dihiasi dgn pokok2 bunga dalam pasu.sy teruja dgn sebuah rumah kampung dimana pasu2 bunga ditanam dengan sayur2 hijau seperti sawi dan kucai. kalau kita juga tiru cmtu apamcm.4-5 tahun dulu masa harga sayur mahal, ramai orang tanam sayur kat belakang rumah dan tanaman sayur hidroponik jg jadi popular waktu tu.tapi musim tu cepat berlalu.
untuk 22 rabiya sultan. racun sayuran bukan bahan kimia mmg payah didapati. cuba guna daun mambu atau neem, daun yang orang guna bagi hilangkan rasa gatal bila kena demam campak.Daun tu ditumbuk lumat ,campur dalam air, tapis gunakan kain,air ni di spray pada sayur atau tanaman .pas tu cx hasilnya, serangga perosak terus surrender.
Sayang sungguh sy tk berkesempatan ke MAHA2010, kalo ada sesape yg amik gambar sayur2 atau ulaman yg pelik tu tlg lah share, satu lg kalau sesiapa yg tahu atau ada pokok merbau yg bersaiz kecil tu bg tau sy, sbb pucuk merbau kalau dibuat ulam lebih sedap dari daun putat, kalau ada benihnya lagi lah bagus
Saya biasa makan labu air ni, kalau di masak “Bening” bak kata orang Johor atau masak air, memang sedap sekali. Kuahnya memang sedap macam hirup sop.
Ketola ular ni agak jarang di jumpai dan tak ramai orang yang menanamnya.
Aakah mod ambil atau beli benihnya semasa melawat MAHA?
Salam. saya selalu masak sayur jenis ini memang sedap dimakan lebih2 lagi dgn sambal belacan…cuma masak tumis air campur ikan bilis, lada hitam & daun selasih cubalah…
Assalammualaikum, saya tak bersempatan utk menghadiri MAHA2010. Dari gambar, menarik juga idea menanam sayur-sayuran di pergola.Labu air dikatakan sejuk,tapi saya ada terbaca hadis nabi tentang khasiat labu air nie. Selalunya dimasak rebus dgn lada hitam dan lebih sedap klu dicampur dgn daun selasih dan daun kunyit.
Mak saya pernah tanam labu air tu di tepi sungai depan rumah..kalau dibiarkan buahnya boleh membesar sebesar paha malek noor…kulitnya jadi keras tapi isinya dah takde…seeloknya petik buah tu ketika sebesar betis kaki ally iskandar…biasanya tumis air jer sodap..
Betul, memang ramai yang teruja melihat labu air dan ketola pada pegola tu, tetapi tak ramai yang ada rumah yang boleh buat pegola macam tu di lembah Klang, heheheh. Tapi saya suka idea dan konsep begitu. Dan saya telah mula beberapa bulan lalu, tetapi saya tanam pokok anggur di bahagian atas, pokok cili di lapisan bawah, beberapa tanaman seperti rosemary, pudina, di lapisan bawah sekali. Luas tanah di dpn rumah teres saya Cuma lebih kurang 10′ x 6′ sahaja.
Saya sedang mencari benih petola, bukan yang biasa yang biasa dijual dipasar (bentuk bintang jika dipotong , tetapi jenis yang yang panjang seperti timun, dan apabila tua, sabut didalamnya org dulu2 guna sebagai ‘sponge’ cuci pinggan, tapi tak sempat cari di MAHA hari tu. Harap dapat berkongsi idea dan pandangan, saya terpaksa berhenti disini dahulu. Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan/maklumat dengan saya.
Masak air best,,,,
buat bening…tapi jenis sayur ni sejuk..sakit badan kot t ..org2 lame cite la
Kedua2nya elok dimasak tumis air (macam sup), rencah udang kering.
Wow terliur tengok sayuran tu, mmg sedap masak rebus/sup/asam pedas tapi hahahahha lepas tu sakit urat le berhari-hari, tapi saya makan je sakit makan ubat
Ketola ular ke Petola ular???
Salam. Tak sempat nak melawat di laman ni…rugi la! Memang geram tengok sayur bergantungan macam tu. Saya selalu jugak makan labu air ni masak tumis air, dan petola tu selalu nya ade di jual di kedai mamak di masak bersama rempah…sedap nasib baik takde sakit angin kalau tak memang tak boleh makan sayur sejuk2 ni!
Kedua-duanya adalah kegemaran keluarga saya. Ianya sedap dimasak air dan petola boleh dimasak lemak. Campur dengan tahu kering, kentang dan so hoon. Lagi menyelerakan untuk anak-anak.
Tapi kalau banyak sangat makan boleh memudaratkan badan kerana kedua-duanya sejuk…
Labu air tu biasanye sedap ditumis dan masak rebus air (masak bening dlm bahasa jawa). senang je..rebus air, masukkan bawang merah kecik yang dihiris dan cili kering yang dipotong besar2..bila dah menggelegak, baru masukkan labu air td..gula dan garam secukup rasa..xperlu rebus lama2..sekadar labu sedikit empuk pun dh cukup..makan dengan nasi panas, lauk ikan masin, ade pulak sambal belacan..pergh!! enak…cuba la..
labu air memang sedap dimasak mengikut cara tersendiri.Mengikut petua orang India labu air bagus dimakan kerana ia akan menyerap kolesrol dalam badan dan melawaskan kencing. Jus labu air pula bagus untuk menghilangkan batuk dan menghilangkan panas badan.Saya belum pernah mencubanya kerana baru tahu petua ini. Wallahhualam.
labu air & petola ular ni buat masak apa-apapun sedap. masak bening/sup/kari/tumis air/tumis kering pun sodap. ini pandangan saya la. kalau gout tu, jangan lupa lak makan ubat lepas makan sayur sejuk ni…
Boleh beri gambar dan jenis rumput yang disukai kucing?
cmne sy nk beli biji benih sayur petola 2..?kena pergi mardi serdang ke?bahagian mna?