Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.
Number of View :14695
menarik, klasifikasi dan susunan boleh dibaiki lagi untuk tambah menarik.
mana gambar weh.. nak kenal
apakah tanaman selasih sama dengan tanaman kemangi yg biasa dimakan???terima kasih atas jwbnnya.
rafika,
daun selasih warna hijau tua manakala kemangi warna hijau muda.. saiz pokok dan daun hampir serupa.. kedua2nya herba sesuai untuk masakan tetapi mempunyai bau yg sangat berbeza
bagi saya kemangi sesuai sebagai perisa sayur bening cemperai atau lemak putih labu… selasih pula menaikkan aroma kari dan masakan bertumis.. selasih juga sedap dijadikan sayur bagi masakan laksa
ada orang suka kemangi sebagai ulam; saya lebih suka selasih…