February 12, 2025

tanaman-jagung

Jagung (Zea mays L) ialah sejenis tanaman bijirin berasal dari Amerika Tengah dan telah diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tahun tujuh puluhan (70-an). 

Bentuk dan Karakteristik Jagung

Secara fisikal, jagung dapat tumbuh hingga tinggi sekitar 1 hingga 3 meter, namun ada juga varietai tertentu yang mampu mencapai hingga 6 meter. Batang jagung beruas-ruas dan tidak banyak mengandung lignin. Daun jagung adalah daun sempurna dengan bentuk memanjang. 

Struktur Bunga Jagung

Menariknya, jagung memiliki bunga jantan dan betina yang terpisah dalam satu tanaman (monoecious). Bunga jantan biasanya tumbuh di bahagian pucuk tanaman dengan warna kuning dan aroma khas. Sementara itu, bunga betina tersusun dalam tongkol yang tumbuh di antara batang dan pelepah daun. Umumnya, satu tanaman jagung hanya dibiarkan menghasilkan satu tongkol produktif meskipun ada beberapa varieti yang boleh menghasilkan lebih dari satu tongkol.

Pada kebiasaannya jagung manis dikutip sebagai tongkol segar dan dijadikan jagung rebus atau dibakar dengan menggunakan perasa seperti garam atau margerin. Selain dijadikan kuih-muih seperti puding, cucur, bubur dan bingka jagung, kernel tongkol segar boleh dijadikan bahan ramuan aiskrim, ais batu kacang, kek, nugget, sup, nasi goreng, pizza dan pelbagai lagi jenis resepi mengikut citarasa dan aliran perubahan semasa.

Kultivar yang disyorkan ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Improved Mas Madu. Thai Supersweet ialah sejenis komposit dari Thailand. Manis Madu berasal dari Thai Supersweet setelah dibuat pemilihan untuk penyesuaian oleh pihak MARDI manakala Improved Mas Madu, juga dari MARDI, adalah hasil pembiakbakaan berasaskan kacukan antara Honey Jean No. 2 yang memiliki gen sh2 shrunken gene dan Across 7824, sejenis jagung bijirin.

Honey Jean No. 2 adalah sejenis jagung manis hibrid dari Taiwan yang mempunyai ketinggian pokok dan sifat tongkol yang lebih seragam jika dibandingkan dengan kultivar-kultivar tempatan. Tongkolnya bermutu tinggi dan mempunyai daun tongkol atau husk leaves di hujung kulit tongkol. Walau bagaimanapun hibrid ini memerlukan penjagaan yang rapi baik dari segi kawalan perosak mahupun dari segi pembajaan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :13732

1 thought on “Tanaman Jagung

  1. Bagus juga info itu… saya akan cuba kalau ada masa. Ada juga orang kata akarnya direbus untuk kencing manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam