BUAH petai tidak asing kepada masyarakat Malaysia sebagai ulam dan penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional. Buahnya sama ada dimakan segar, dijeruk atau direbus enak jika dimakan dengan nasi.Ulam berkenaan dapat merangsang selera sehingga nasi dirasakan lebih enak dan menambah selera. Petai juga dikatakan mengandungi khasiat dan boleh dijadikan sebagai ubat.
Pokok petai berasal dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Kini, pokoknya masih lagi dapat dilihat tumbuh liar di hutan. Di dusun, pokok petai adalah pokok yang dominan dan sering ditanam bersama pokok buah-buahan lain.
Pokok sederhana besar, setinggi 30 meter, batangnya agak lurus, berwarna kelabu keperangan, licin dan silaranya rendang terbuka. Daunnya terdiri daripada 14 hingga 18 pasang, anak daunnya halus, berukuran 5 ? 10 milimeter (mm), panjang 1.5 ? 3 mm lebar, berwarna hijau muda.
Bunganya banyak dan halus, bersesak-sesak pada kepala bunga, berwarna putih kekuningan. Lenggainya berbentuk papan, 35 ? 45 sentimeter (sm) panjang, 3 ? 5 sm lebar, Bijinya bujur 2 ? 2.5 cm diameter, tersusun melintang sepanjang papan lenggai.Terdapat sejenis petai di Sabah dan Sarawak mempunyai biji tersusun membujur. Biji petai mengandungi khasiat makan agak tinggi.
Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 70 g, protein 10 g, lemak 1.8 g, karbohidrat 16.9 g, kalsium 126 miligram (mg), fosforus 3 mg, ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 376 mg, vitamin B1 0.15 mg, vitamin B 2 0.2 mg, niasin 0.5 mg dan vitamin C 32.7 mg
Pokok petai mudah hidup tetapi memerlukan tanah yang subur. Sebaik-baiknya ditanam dalam keadaan belakar atau konsep dusun. Pokok Petai biasanya hidup bersimbiosis dengan pokok lain.
Number of View :12202
salam…kebanyakan khasiat petai ni hanya d ketahui golongan tua je…org muda tak ramai yg tahu…yang diorang tahu bedal je…huhuhuhhu
Tahniah memaparkan informasi herba yang berguna khususnya pada generasi baru . Ianya juga bermanfaat pada warga kota seperti KL , ramai juga tidak mengetahui kegunaan herba dan 1001 manfaat pada kesihatan . Dunia Herba Dunia Kesihatan dan kekayaan .