October 16, 2024

nangka

Nangka (Artocarpus heterophyllus ) adalah dari keluarga Moraceae dan sesuai ditanam di kawasan tropika. Ia berbuah sepanjang tahun dan isinya mempunyai kandungan zat mineral seperti kalsium, fosforus, natrium dan kalium yang agak tinggi.
Negeri pengeluar utama ialah Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Kebanyakkan hasil yang dikeluarkan adalah untuk dimakan mentah. Pasaran buah nangka adalah sekitar negara Asia dan Hong Kong. Bagaimanapun tanaman ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke China, Taiwan, Jepun dan Korea.
Isi nangka yang ditinkan adalah disenarai kedua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat.
Terdapat dua klon nangka yang disyorkan iaitu J29 dan J33 yang sesuai untuk dimakan mentah dan J31 yang sesuai untuk diproses.
Kedua-dua klon boleh dibiakkan secara pembiakan tampang iaitu melalui cantuman mata tunas. Dengan pengurusan tanaman yang baik, tanaman nangka akan mengeluarkan hasil setelah tiga tahun ditanam. Jangka masa kematangan buah adalah antara 130-140 hari dari bunga kembang.
Kejadian layu bakteria merupakan masalah utama tanaman nangka dan sehingga kini tiada langkah kawalan yang berkesan. Dengan itu, adalah disyorkan penanaman nangka diselang dengan tanaman buah-buahan lain yang lebih kekal dan tiada masalah yang sama.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :14069

7 thoughts on “Tanaman Nangka

  1. salam semuanya..
    ada x pemborong nangka sekitar sri kembangan or serdang? saya perlukan buah nangka utk projek saya secepat mungkin…plzzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam