October 16, 2024

Artikel kali ini saya akan kongsikan spesies-spesies pokok yang dahulunya banyak dijumpai atau pernah direkod ditemui di negeri Pahang. Sejauh mana pokok ini masih wujud di sana, saya sendiri tidak pasti. Maklumat ini diperolehi dari Buku ‘Wayside Trees of Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1940.

Di Pahang, kepentingan botani lebih tertumpu kepada pokok liar berbanding pokok yang ditanam. Jalan-jalan melalui hutan simpan memberi peluang untuk mengkaji pokok hutan, khususnya Tualang (Koompassia excelsa), Pelong (Pentaspadon velutinum), Kasai (Pometia pinnata), Pink Cassia (Cassia nodosa) dan sebagainya.

Pekan:

  • Di tebing selatan sungai, banyak pokok Rengas (Gluta renghas) dijumpai.

Kuala Lipis:

  • Pokok Burma Simpoh (Dillenia aurea) tersebar di bandar ini.

Raub:

  • Di hadapan Rumah Rehat, terdapat pokok Millettia atropurpurea. Di belakangnya terdapat pokok Ipoh (Antiaris), Stinking Mahogany (Cedrela), dua pokok Ficus elastica dan satu pokok Ficus consociata. Banyak pokok Stinking Mahogany di sepanjang jalan utama.

Temerloh:

  • Ada hutan simpanan pokok Tualang gergasi (Koompassia excelsa).

Bukit Fraser:

  • Banyak pokok konifer ditanam, contohnya Pinus Merkusii, Cryptomeria, Cupressus, Araucaria. Beberapa pokok Eucalyptus ditanam, terutamanya E. globulus. Pokok Peppercorn Laurel (Lindera pipericarpa) biasa ditemui. Pokok Geronggang (Cratoxylon arborescens var. Miquelii) juga sering ditanam.

Cameron Highlands:

  • Hutan di sini mirip dengan di Bukit Fraser. Pokok-pokok besar Bucklandia adalah biasa. Pokok Silky Oak (Grevillea) dan Acacia (Acacia podalyricefolia) biasa dijumpai. Peppercorn Laurel (Lindera pipericarpa) juga sangat banyak ditemui. Pokok-pokok besar Mountain Gelam (Beptospermum) dan False Ru (Baeckia) tumbuh di Taman Sedia. Chempaka (Michelia champaca) telah dijumpai liar di hutan. Pokok oak juga terdapat di lereng bukit.

**Perhatian : Berkemungkinan nama saintifik atau nama tempatan dalam buku tersebut tidak sama mengikut penamaan pada masa terkini. Sila buat pemeriksaan sendiri bagi memastikan perubahan yang mungkin berlaku.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :2776

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam