Artikel kali ini saya akan kongsikan spesies-spesies pokok yang dahulunya banyak dijumpai atau pernah direkod ditemui di negeri Perak. Sejauh mana pokok ini masih wujud di sana, saya sendiri tidak pasti. Maklumat ini diperolehi dari Buku ‘Wayside Trees of Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1940. Berikut merupakan sebahagian pokok-pokok yang berada di Perak:
Perak Atas:
- Di lembah Grik, pokok seperti Kasah (Sterculia alata), Tualang (Koompassia excelsa), Sentang (Melia excelsa) dan Senkuang (Dracontomelum) adalah mudah ditemui. Di padang Grik, ada banyak pokok ara seperti Ficus pilosa. Di sini juga ada pokok Spondias mangifera dan Antidesma ghaesembilla.
Lenggong:
- Pokok Stinking Mahogany (Cedrela glaziovii) di sini adalah antara yang terbaik di negara ini.
Ipoh:
- Ada pokok Jati (Tectona). Di stesen kereta api, ada pokok ara besar (Ficus sp.). Pokok Yellow Flame (Peltaphorum ferrugineum) juga ditanam di sini.
Taiping:
- Taiping mempunyai banyak jalan yang di tanam pokok tepi jalan. Pokok-pokok seperti Rain-tree (Enterolobium), Stinking Mahogany (Cedrela Glaziovii) dan Broad-leafed Mahogany (Swietenia macrophylla) adalah biasa di sini.
Kuala Kangsar:
- Di Government Hill, ada pokok Ebony (Diospyros ebenum) dan Iron Wood (Chloroxylon). Di jalan ke Ipoh, ada pokok besar Sentang (Melia excelsa) dan Asam Gelugur (Garcinia artroviridis).
Batu Gajah:
- Pokok Banyan (Ficus bengalensis) ditanam di pasar dan di jalan ke pejabat pos.
Port Weld:
- Pokok Krian (Eugenia pseudosubtilis) biasa di sawah padi.
Pangkor dan Lumut:
- Pokok-pokok pantai seperti Sea Hearse (Hernandia), Sea Trumpet (Cordia subcordata) dan Black Kelat (Eugenia cymosa).
Ulu Bernam:
- Ada pokok Sappan (Casalpinia sappan) di tepi jalan utama dekat jambatan.
Antara Trolak dan Bidor:
- Ada hutan Gutta-Percha (Palaquium gutta) yang dilalui jalan utama.
Tanjong Malim:
- Pauh Kijang (Irvingia), pokok besar di tepi jalan utama lama
Perak mempunyai banyak pokok Stinking Mahogany (Cedrela) dan Teak, terutamanya di jalan dari Kuala Kangsar. Dalam kawasan perlombongan yang terbiar, pokok seperti Glochidion obscurum dan Derris dalbergioides adalah biasa ditemui.
**Perhatian : Berkemungkinan nama saintifik atau nama tempatan dalam buku tersebut tidak sama mengikut penamaan pada masa terkini. Sila buat pemeriksaan sendiri bagi memastikan perubahan yang mungkin berlaku.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :2472