Artikel kali ini saya akan kongsikan spesies-spesies pokok yang dahulunya banyak dijumpai atau pernah direkod ditemui di negeri Perlis dan Kedah. Sejauh mana pokok ini masih wujud di sana, saya sendiri tidak pasti. Maklumat ini diperolehi dari Buku ‘Wayside Trees of Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1940.
Perlis:
- Pokok Tui (Dolichandrone), dijumpai dengan banyak di sawah padi
- Pokok Labu Kayu (Crescentia) di taman di sebelah Masjid Kangar
- Pokok Gelinggai atau Wood Apple (Feronia), dijumpai dengan banyak terutama di Kangar.
- Pokok Temak (Shorea cochinchinensis) di kawasan kampung di Arau
- Pokok Komoi (Diospyros) di jumpai di beberapa kampung.
Kedah:
- Pokok Mentalun (Terminalia pyrifolia), boleh ditemui di banyak tempat sekitar utara Alor Star.
- Pokok Kranji (Dialium indum) di Kodiang, sebagai kampung Kranji.
- Pokok Lebbek (Albizzia lebbek), pokok yang menarik di Jitra, dan banyak di kawasan hutan buluh menghala ke utara
- Pokok Oak Kedah (Quercus falconeri), kerap ditemui di hutan belukar.
- Pokok Randa (Gardenia carinata) kerap ditemui di sekitar kampung.
- Pokok Chekring (Erythrina fusca) biasa ditemui di sawah padi dan ditanam di sepanjang jalan utama dari Alor Star.
- Pokok Krian (Eugenia pseudosubtilis) di kawasan sawah padi.
- Pokok Krian Duat (Eugenia cumini) di Alor Star.
- Pokok Komoi (Diospyros) di beberapa kampung.
- Pokok Senkuang (Dracontomelum) dan Millettia atropurpurea banyak di kampung.
- Pokok Temahau (Kleinhovia) banyak di sekitar sungai dan sawah padi di jalan ke Baling, terutamanya berhampiran Kupang.
- Pokok Sangah (Elceocarpus robustus) di Baling.
Pokok berikut banyak ditanam di tepi jalan:
- Chekring (Erythrina fusca),
- Cassia siamea, C. timoriensis, C. grandis, C. surattensis, C. biflora,
- Bauhinia acminata, B. pupurea,
- Jacaranda, Yellow Flame (Peltophorum), Yellow Thevetia.
**Perhatian : Berkemungkinan nama saintifik atau nama tempatan dalam buku tersebut tidak sama mengikut penamaan pada masa terkini. Sila buat pemeriksaan sendiri bagi memastikan perubahan yang mungkin berlaku.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :5382