May 17, 2024

Artikel kali ini saya akan kongsikan spesies-spesies pokok yang dahulunya banyak dijumpai atau pernah direkod ditemui di negeri Pulau Pinang. Sejauh mana pokok ini masih wujud di sana, saya sendiri tidak pasti. Maklumat ini diperolehi dari Buku ‘Wayside Trees of Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1940.

Penang adalah tempat paling menarik di Malaysia bagi pakar botanis. Penang merupakan salah sayu negeri yang mempunyai kepelbagaian pokok yang unik dan menarik perhatian:

  • Pokok Angsana (Pterocarpus): banyak pokok yang besar dan gah.
  • Pokok Cengkih (Eugenia aromatica) di Balek Pulau.
  • Pokok Gelam (Melaleuca), lorong di Jalan Hospital.
  • Pokok Indian Simpoh (Dillenia indica), di Jalan York.
  • Pokok Bel Fruit (Aegle) di Taman Kediaman Residen.
  • Pokok Baobab (Adansonia) di persimpangan Jalan Macalister dan Jalan Race Course.
  • Pokok Nim (Melia indica), banyak pokok yang menarik.
  • Pokok Kesinai (Streblus), Kedah Bungor (Lagerstroemia floribunda) dan Krian (Eugenia pseudosubtilis) kerap ditemui di taman-taman.
  • Yellow Bells (Stenolobium stans), spesies yang besar dan seperti pokok biasa ditemui di taman-taman.
  • Yellow Snake Tree (Stereospermum chelonoides), pokok yang indah di Jalan Glugor, beberapa batu keluar dari bandar.
  • Sierculia foetida, ditanam di lorong sepanjang Jalan Patani dan Jalan Coolie Lines. (Sierculia alata juga telah ditanam).
  • Pokok Indian Cork (Millingtonia) di Jalan Jelutong.

  • PERKUBURAN KRISTIAN – Pokok Sentang (Melia excelsa), Broad-leafed Mahogany (Swietenia macrophylla) dan Cemetery Tree (Polyalthia longifolia) yang besar. (Cemetery Tree juga terdapat di banyak taman).
  • HUTAN SEKUNDER – Crypteronia paniculata, Greenea, Sapium baccatum, Endospermum, Alstonia macrophylla, Alstonia latifolia, Ficus hispida adalah yang paling banyak ditemui
  • PENANG HILL GARDENS – Ru Bukit (Dacrydium elatum), Tibouchina, Coral Tree (Erythrina crista-galli), Sausage-tree (Kigelia). Di sebelah Pejabat Pos ada sebatang pokok Fig (Ficus glabella) yang besar.
  • PENANG HILL FOREST – Yang menonjol kerana saiz besar dan banyak dilihat dari Hotel Crag termasuk: Ru Bukit (Dacrydium elatum), Seraya (Shorea Curtisii, mahkota hijau kelabu), Schima (daun baru merah jambu, bunga putih), Rengas (Gluta elegans, daun baru ungu). Di Hotel Crag, terdapat pokok Schima dan Engelhardtia nudiflora yang besar. Fagrcea Wallichiana adalah pokok kecil yang menarik, walaupun jarang ditemui.

**Perhatian : Berkemungkinan nama saintifik atau nama tempatan dalam buku tersebut tidak sama mengikut penamaan pada masa terkini. Sila buat pemeriksaan sendiri bagi memastikan perubahan yang mungkin berlaku.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :1102

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam