May 17, 2024

Artikel kali ini saya akan kongsikan spesies-spesies pokok yang dahulunya banyak dijumpai atau pernah direkod ditemui di Negeri Sembilan dan Melaka. Sejauh mana pokok ini masih wujud di sana, saya sendiri tidak pasti. Maklumat ini diperolehi dari Buku ‘Wayside Trees of Malaya’ yang diterbitkan pada tahun 1940.

Negeri Sembilan

Seremban:

  • Taman Bake (The Bake Park) mengandungi banyak pokok liar yang menarik, misalnya Jelutong (Dyera), Pulai (Alstonia), pokok Sukun Liar seperti Artocarpus dada, A. superbus., A. rigidus, A. elasticus dan A. Scortechinii, Kempas (Koompassia malaccensis), Millettia atropurpurea, Grewia tomentosa, Vitex pubescens, Rhodamnia, Gironniera’, Terminalia subspathulata, Adenanthera bicolor, Tembusu (Fagrsea).
  • Di belakang Rumah Rehat terdapat pokok Chestnut (Castanopsis inermis), Raurel (Phoebe grandis), Ebony (Diospyros Wallichii) dan Durian kecil (Durio Griffithii). Di bandar, terdapat beberapa pokok Erythrina fusca, dan Malayan Spindle-tree (Kurrimia paniculata).

Sri Menanti:

  • Terdapat banyak pokok indah di halaman Istana, terutamanya beringin (Ficus benjamina), Tempuni (Artocarpus rigidus) dan Menkatong (Cynometra inaequifolia).

Tampin:

  • Batai (Peltophorum dasyrhachis), Menkudu Kechil (Morinda elliptica), Purple Millettia (M. atropurpurea) dan Chichah (Stereospermum fimbriatum) adalah umum di kawasan sekitar.

Melaka

Kampung-kampung di Melaka biasa ditemui pokok Mangga (Mangifera) yang tinggi, khususnya Binjai (M. caesia) dan Lanjut (M. lagenifera). Pokok Miku (Artocarpus Lowii) yang menarik terjadi sporadik di beberapa tempat.

Gelam (Melaleuca) ditanam di banyak jalan melalui sawah padi dan membentuk semak atau hutan paya yang luas di beberapa tempat.

Membatu (Parinarium coryvibosum) telah ditanam di tepi jalan dan membentuk pokok yang hebat.

Chichah (Stereospermum fimbriatum) di kawasan tanah perkuburan Kristian.

Kelat (Eugenia cymosa) biasa ditemui di atas bukit laterit. Di Bukit Residency, di sekitar gereja lama, ada spesimen dari pokok Sabun (Saponaria) dan satu dari Silky Oak (Grevillea).

Di Tanjong Kling, terdapat beberapa pokok Rebbek (Albizzia lebbek) yang baik dan banyak pokok ara belitan yang menarik.

Pokok Bira (Fagrcea crenulata) adalah biasa ditemui di tanah paya berhampiran pantai. Di Bandar Melaka, pokok Angsana (Pterocarpus) adalah pokok utama.

**Perhatian : Berkemungkinan nama saintifik atau nama tempatan dalam buku tersebut tidak sama mengikut penamaan pada masa terkini. Sila buat pemeriksaan sendiri bagi memastikan perubahan yang mungkin berlaku.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :796

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam