January 20, 2025

Ramai yang mencari kaedah tradisional bagi merawat penyakit buasir. Tumbuhan herba sejak sekian lama sudah diamalkan sebagai penawar untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit buasir. Buasir berlaku apabila pembuluh pada selaput darah di bahagian dubur dan kulit sekitarnya mula membengkak.

Antara ramuan herba yang boleh digunakan bagi merawat penyakit ini adalah seperti berikut;

1. Delima + kunyit+ inai + garam (Air rebusan)
Ambil kulit buah delima yang kering, dua ibu kunyit sebesar ibu jari, segenggam daun inai dan sedikit garam. Tumbuk semua bahan berkenaan hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk tanah bersama tiga gelas air. Rebus hingga menjadi satu gelas air. Tapiskan airnya dan setelah sejuk, minumlah sebelum tidur. Amalkan untuk tempoh seminggu.

2. Temulawak + gula kelapa + asam jawa (Air rebusan)
Tumbukkan sehingga lumat sedikit temulawak yang dicampurkan dengan gula kelapa, asam jawa dan air.
Minum airnya tiga kali sehari dan lihat kesannnya dalam masa seminggu.

3. Daun belimbing buluh (Bahan rendaman badan)
Hancurkan daun belimbing buluh yang masih segar, kemudian rebus dengan kira-kira 10 liter air selama kira-kira 15 minit. Saringkan airnya. Masukkan air saringan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk anda duduk berendam di dalamnya. Jika perlu, tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa
hari anda mengamalkan kaedah berendam ini.

4. Daun petola (Bahan rendaman badan)
Bersihkan 15 helai hingga 20 helai daun petola. Kemudian rebuskannya dengan kira-kira 10 liter air selama kira-kira 15 minit. Saringkan airnya. Masukkan air saringan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk anda duduk berendam di dalamnya. Jika perlu, tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari anda mengamalkan kaedah berendam ini.

5. Peria + minyak (Ubat sapu)
Mengikut amalan tradisional, bahagian pokok peria yang dapat digunakan untuk merawat buasir ialah akar, buah dan bijinya. Bersihkan dan lumatkan akar, buah serta biji peria, kemudian perah airnya agar memperolehi suku cawan air. Campurkan air perahan itu dengan kira-kira dua sudu makan minyak. Ambil kapas dan basahkannya dengan campuran bahan peria itu lalu tampalkan pada buasir.
Amalan ini sebaik-baiknya dilakukan setelah anda mengamalkan proses berendam di dalam ramuan herba seperti di atas

Sumber maklumat : Majalah D’Herba yang diterbitkan pada tahun 2007.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :27302

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam