ARA SONGSANG MERAH UNTUK MERAWAT BUASIR

Seperti ara songsang bunga putih, ara songsang daun merah juga tumbuh merimbun menutup bumi dengan ketinggian rimbunannya kira-kira 15 sentimeter.

Batang dan daunnya berwarna merah darah ikan dan bunganya seperti ekor kucing, manakala buahnya pula kecil dan berduri. Tumbuh di kawasan lapang dan di tepi jalan, tetapi ketika ini banyak ditanam sebagai tanaman penutup bumi atau taman gantung.
Nama saintifiknya Asystasia sp. dari keluarga Acanthaceae. Banyak kegunaannya – antaranya seperti mengubati buasir dan najis berdarah. Caranya ialah dengan merebus semua bahagian pokok termasuk akarnya kemudian ditapis dan diminum dua kali sehari.

Bagaimanapun amalan tradisi biasanya mencampurkan rebusan ara songsang ini dengan herba lain seperti pokok belimbing tanah atau belimbing bukit (Averrhoa spp.). Air rebusan ini juga boleh mencegah darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung.

Nota herba: Setiap rebusan herba mestilah menggunakan periuk tanah dan jangan sekali-kali menggunakan periuk aluminium kerana logam itu bertindak anti-herba yang boleh menghilangkan khasiatnya.

Selain itu ketika merebus pastikan periuk tidak ditutup bagi memberi laluan kepada unsur-unsur racun yang mungkin ada di dalam pokok berkenaan keluar bersama wap ketika mendidih.

Number of View :7640

2 comments

  1. Bolehkah disiarkan gambar ara song merah ini…dimana boleh dapat daun ini jika nak dibuat ubat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam