March 19, 2024

Pokok bersaiz kecil atau sederhana hingga 15m tinggi, malar hijau atau menggugur-kan daun serentak.Daun jenis majmuk pinat, susunan berselang-seli; satu daun ada 2-8 pasang anak daun bentuk bujur telur, licin, bersaiz 8-15 cm panjang dan 5-7 cm lebar; tangkai anak daun pendek.Bunga yang kembang berukuran garis pusat 4-5 cm, kelopak bunga kuning emas, tersusun dalam jambak bunga berjuntaian dari dahan pokok, ukuran jambak bunga hingga 30 cm panjang. Buah bentuk kacang panjang yang gemuk, hijau apabila muda, coklat setelah masak; satu buah ada 30-60 biji leper tersusun sepanjang buah, setiap biji ada dinding yang mengasingkan satu sama lain.

 

KHASIAT UBATAN
Akar: Air rebusan diminum untuk melawaskan buang air besar, ubat demam panas, penyakit jantung, dan penyakit yang disebabkan oleh terlampau banyak hempedu. Air rebusannya juga digunakan untuk mencuci kudis, luka biasa dan luka yang berjangkitan, dan ulser.


Buah: Isi dimakan untuk mengatasi sembelit, kebaikan kesihatan ginjal, dan merawat buasir.
Isi buah direndam dalam air suam dan air ini diminum untuk melawaskan buang air besar.
Isi buah direbus dan air ini diminum untuk mendapatkan kesan julap.
Kulit buah direbus dan air ini diminum untuk merawat buasir.
Bunga: Direbus dan dibuat sirap ubat yang diminum untuk melawaskan buang air besar.


Daun: Ditumbuk lumat dan ditampal pada sengatan tebuan. Air rebusan daunnya yang muda diminum untuk melawaskan buang air besar.
Daunnya direbus dan air ini diminum untuk merawat masalah dalam pundi hempedu.
Daun dihancurkan, dicampur air mendidih, lalu air ini disapu pada kulit yang ada ruam panas.


Kayu: Air rebusan kulit atau kayunya diminum untuk merawat diabetes, disenteri, reumatisme, sakit perut, dan tekanan darah tinggi.
Kulit kayunya dihancurkan dan ditampal pada kulit untuk merawat bengkak, kudis, lebam, dan luka.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10261

3 thoughts on “Pokok Bereksa ~ Cassia Fistula

  1. geram tgk bungany yg cantik, sexy prnh amik dahan pokok yg jatuh kt tmn mjls bndrn tuk dtnm. mati! x prnh la sexy tgk pkk ni djual d nrsry.

  2. sy tanam pokok casia fistula di tepi jalan, tapi dah masuk 2 kali mati, tuan ada cdgn untuk penjagaan pokok casia fistula? untuk pengetahuan tuan pokok casia fistula yg dtanam 2.0m – 3.0m Overall Height, Trunk 2″.skrg tak nampak daun tumbuh di dahan. cma ada beberapa tompok daun sahaja.minta pencerahan…’-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam