March 28, 2024

buah-laici

Di dalam ingatan penulis telah tertulis bahawa buah-buahan dari negara Thailand tidak elok dimakan kerana bimbang mengandungi racun kimia yang berbahaya. Ini kerana ramai kenalan yang menyatakan sedemikian dan juga pernah tersurat di dada akhbar menyatakan tentang isu tersebut. Persoalannya, adakah mereka di luar sana juga berfikiran seperti penulis? Jadi, penulis pun membuat sedikit soal selidik secara terbuka tanpa memberitahu isu sebenar.

SoalannyaBanyak buah laici yang dijual sekarang di bawa masuk dari Thailand. Apa Pendapat anda?

laici2

Terdapat 3 kenyataan mengenai persoalan yang telah dilontarkan. Pertama ; Kesedaran terhadap racun perosak memang di beri perhatian oleh sesetengah orang (sama seperti penulis). Namun, berapa ramaikah agaknya yang sedar?

laici22

Kedua; Negara Thailand mempunyai R&D yang bagus dan juga turut mendapat bantuan dana Diraja. Oleh sebab itu, pertanian mereka lebih maju ke hadapan dan dapat mengeluarkan buah laici yang berkualiti. Benarkah R&D pertanian di Malaysia masih kurang?

laici23

Kenyataan ketiga adalah disebabkan oleh AFTA dan AP...  tidak dapatlah penulis ceritakan mengenai hal ini. Penulis tinggalkan persoalan ini untuk anda sendiri fikir-fikirkan dan selamat beramal….

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :19261

5 thoughts on “Buah-buahan dari Negara Thailand

  1. saya n anak ada asthma. jd setiap kali membeli buah-buahan saya akn pastikan buah 2 dr tempatan krn buah2 dr thai ni biasanya akn menyebabkan serangan asthma. terutama mangga siam, mata kucing n laici ni.

  2. assalamualaikum,

    saya pun dh set dlm minda buah2 dr thailand agak bahaya, buah kena inject lah mcm2 lg, tp tgk laici jual kat psr buah terliur jg hahaha

  3. assalamualaikum.- penggunaan racun serangga perosak secara berkesan akan menghasilkan mutu buah/sayuran yang baik.buah dari thailand memang menarik dan cantik tapi kita tidak tahu apa jenis racun digunakan dan apa side effect jangka panjang.lihat saja jagung, kalu dari siam langsung tak de ulat , tapi yang tempatan mesti tidak sesihat jagung siam.jambu loceng siam punya cantik menarik tapi tempatan punya payah nak dapat yang elok.sejenis racun”furadan” kalu bubuh kat pangkal pokok semut dan kerengga lari habis, lalat buah pun tak hinggap kat pokok tu, kalu dah begitu kuat racunnya apa pula side effect pada yang memakan hasil dari pokok tu.peniaga asal barang jadi duit dan pembeli asal barang murah dan cantik, side effect tolak tepi.sama lah juga penggunaan “boric acid” dalam pembuatan mi kuning, ada sapa kisah tentang acid ni yang diharamkan penggunaannya.jadi untuk membeli dan memakan buah import thailand kena berhati2.

  4. Komplen saja banyak,tuding jari kesana sana dan sini,negara itu tidak baik,negara ini tidak baik.
    Boleh menjadi fitnah.

    Namun,negara sendiri pun tidak mampu hasilkan apa apa.
    Tapi hanya pandai kepada menyalah orang sana dan sini.

  5. Selepas sehari makan mangga Siam yang manis dan lazat badan rasa lemah dan pening2 lalat, adakah akibat kandungan racun perosak yang tinggi.
    Seharian badan lemah lutut lemah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam