November 7, 2024

buah-keranji

Sesiapa sahaja yang pernah bersekolah akan biasa mendengar pantun ini…

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Peribahasa ini pasti sangat dikenali oleh rakyat Malaysia, namun masih ramai yang tidak mengenali rupa buah keranji serta pernah menikmatinya terutamanya generasi baru. Penulis biasa melihat buah ini dijual di pasar-pasar di negeri-negeri tertentu khususnya negeri Terengganu dan Kelantan. Walau bagaimanapun sehingga kini saya masih belum pernah bertemu pokok keranji yang sedang berbuah, sekadar melihat pokoknya sahaja.

buah-keranji2

Kunjungan ke negeri Kelantan tahun yang lalu menemukan penulis mengenai buah ini. Walaupun tidak dapat melihat pokoknya yang berbuah tetapi dapat juga melihat seorang penduduk kampung yang baru sahaja memetik buah ini. Sempatlah rasa sebiji dua buah keranji yang sedikit masam ini. Di Indonesia, buah keranji cukup popular digunakan sebagai rempah bertujuan untuk menimbulkan rasa masam bagi sesuatu hidangan.

buah-keranji3
Sepanjang pengetahuan penulis, terdapat 3 jenis varieti buah keranji yang pernah dijumpai dijual di pasaran (salah satunya seperti gambar di atas). Perbezaan yang ketara adalah bentuk buahnya. Ada yang bulat dan ada yang bujur. Sebahagian besar buah ini juga di bawa masuk dari negera jiran kita, Thailand. Mereka menggelarkan sebagai keranji madu kerana rasanya yang lebih manis dari keranji kampung yang biasa.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :44247

3 thoughts on “Buah Keranji

  1. Pokok keranji ni ada tumbuh di tepi rumah MIL di Jitra…pokoknya mmg besar dan terlalu tinggi, lebih tinggi dr pokok kelapa….buah2nya dikutip mana yang jatuh sahaja sebab tak de sapa mampu panjat…..

  2. Saya cuma pernah jumpa dua jenis buah keranji. Jenis kecil biasa (saiz hujung jari hantu) berwarna hitam arang macam dalam gambar atas sana tu..masam manis kelat rasa buahnya.

    Jenis yang besar sikit (saiz hujung ibu jari) warna kulitnya ada brown sikit dan lembut macam ada baldu..orang kelantan panggil keranji mawo (mawas). Rasa dia manis+kelat atau manis+tawar. Biasanya buah yang jenis ni tak masam.

    Buahnya saya kenal sejak usia kanak-kanak tapi pokoknya susah nak jumpa.

    Pokok keranji ni jenis pokok balak. Dalam hutan masih ada lagi tapi mungkin tak banyak dah. Orang kita tak tanam sebab lambat berbuah. Khabarnya lebih lambat dari pokok durian.

    Di thailand ada ditanam secara komersial..tapi mungkin mereka dah alter sikit supaya cepat berbuah.. mereka pakar bab tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam