March 19, 2024

santan-sawit

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masakan yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa lebih enak kerana ia menjadikan masakan berasa lebih berlemak. Lantaran itulah pelbagai jenis masakan seperti nasi lemak, kari ikan atau daging, masak lemak cili api, cendol, kuih tepung pelita dan sebagainya menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.
santan-sawit1
Lebih kurang 2-3 tahun yang lalu, kita telah diperkenalkan dengan santan kelapa sawit yang mempunyai khasiat yang tersendiri sebagai alternatif bagi menggantikan santan kelapa. Dipercayai dari segi rasa, kedua-dua jenis santan ini memang tidak jauh beza manakala dari segi rasa berlemak, santan sawit dan santan kelapa juga boleh dikatakan setanding. Namun kelebihan santan sawit ialah ia lebih tahan lebih lama dan bebas kolesterol.
santan-sawit2

Pertama kali penulis mengenali santan sawit adalah semasa Pameran MAHA 2010 yang lalu. Sejak dari itu, promosi mengenai santan sawit memang banyak di dada akhbar, majalah-majalah, internet, di pasar-pasar tani dan sebagainya. Namun, sejauh manakah penerimaan santan sawit ini di kalangan masyarakat kita? Saya percaya masih ramai yang belum pernah mencuba santan sawit dalam masakan. Bagi penulis, santan sawit ini ada peminatnya yang tersendiri.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :11092

1 thought on “Santan Kelapa Sawit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam