December 8, 2024
BETIK EKSOTIKA (Carica papaya Linn. var. Eksotika) atau dikenali sebagai ‘MARDI Backcross Solo’ mula diperkenalkan dalam tahun 1987 hasil kacukan betik Subang 6 dan Sunrise Solo. Dalam tahun 1991, MARDI memperkenalkan Eksotika II yang bersaiz lebih besar (600-1 OOOg) dan mempunyai rupa fizikal yang lebih bersih dan menarik, Pada masa ini, Betik Eksotika banyak ditanam di negeri Selangor, Johor, Perak dan Pahang. Pokok Betik Eksotika mempunyai ketinggian yang sederhana dan mula mengeluarkan bunga lebih kurang 4 bulan selepas di tanam. Buah Betik Eksotika akan matang 17-20 minggu daripada pembentukan putik. Kedua-dua varieti ini digemari kerana saiz yang sederhana, warna isi oren kemerahan, pejal dan kandungan gula yang tinggi (Brix 13-15%), Kepentingan kualiti Perubahan gaya hidup dan kehendak pengguna masa kini meningkatkan cabaran kepada pengeluar hasil pertanian untuk mengeluarkan produk yang bukan sahaja menepati kehendak dari aspek fizikal dan citarasa, malah juga selamat untuk dimakan. Selain dibungkus dengan sempurna, hasil pertanian perlu bebas dari sisa baki racun perosak dan -memenuhi tahap kualiti fizikal yang dikehendaki pasaran, Untuk mencapai tahap kualiti ini, Betik Eksotika perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendalian lepastuai hingga ke peringkat pemasaran. Betik Eksotika perlu dituai pada tahap kematangan yang dikehendaki pasaran, Penuaian biasanya dilakukan dengan tangan ataupun galah khas dan sebaik-baiknya dilakukan pada waktu cuaca agak ;sejuk atau redup. Semua perlakuan penyediaan termasuklah pemilihan buah, membersih, rawatan air panas, rawatan kulat, pengeringan dan menggred perlu dilakukan terutamanya jntuk tujuan eksport. Untuk penyimpanan sementara, Betik Eksotika yang disimpan pada suhu rendah 10-12°C boleh mengekalkan kualitinya sehingga 2-3 minggu dan sesuai untuk pengangkutan menggunakan kapal laut. sumber : FAMA
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :11714

1 thought on “Betik Eksotika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam