Arborikultur dalam bahasa yang mudah adalah satu bidang pengurusan penjagaan pokok (plant health care) dalam konteks pemilihan, penanaman dan pengurusannya sebagai elemen landskap dan komponen taman. Bidang Arborikultur telah berkembang luas di negara-negara maju seperti di Amerika dan di Eropah. Di Malaysia, bidang Arborikultur ini baru diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi Program Persijilan Arboris. Arborikultur merupakan suatu gabungan seni dan sains memilih, menanam dan memelihara pokok besar, pokok renek dan Iain-lain tumbuhan berkayu di persekitaran bandar untuk yang ditanam untuk kebaikan manusia. la merupakan suatu cabang hortikultur di dalam sains tumbuhan. Tumpuan diberikan kepada aktiviti penjagaan sesuatu individu pokok atau kumpulan kecil pokok-pokok, berbanding dengan pengurusan hutan bandar yang fokus utamanya lebih kepada pengurusan kumpulan pokok-pokok yang lebih besar melalui amalan arborikultur & silvikultur. Arborikultur diasaskan daripada penyelidikan dan pembangunan, serta bersandarkan biologi pokok.
Arborist merupakan individu yang dilatih secara profesional tentang seni dan sains menanam, memelihara dan menjaga pokok sebagai satu unit. Arborist berkongsi pendapat tentang fungsi pokok dengan Iain-lain professional dan melihat pelbagai kelemahan di dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan projek landskap pada masa kini.
Arborikultur mampu menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan dan kepakaran dalam penjagaan pokok kepada masyarakat daripada golongan professional sehinggalah kepada pembuat dasar. Berdasarkan kepada status terkini tahap penjagaan pokok dan isu-isu semasa yang berkaitan, peranan arborist di dalam pembangunan landskap dan pengurusan hutan bandar amat diperlukan.
Piawaian industri penting bagi mengukur kualiti dan prestasi amalan arborikultur. Malaysia belum mempunyai piawaian industri yang berkaitan berbanding dengan negara-negara maju. Isu-isu keselamatan semasa menjalankan kerja penjagaan pokok, prestasi amalan kerja, kualiti pokok-pokok daripada tapak semaian serta kompetensi individu yang menjalankan kerja penjagaan pokok memerlukan piawaian secara khusus di bidang berkaitan.
Number of View :14440
5 thoughts on “Pengenalan Kepada Bidang Arborikultur”
Camni la… betul tu… that US arborist datang bagi talk 3 minggu… dan sesiapa yang hadir terus mengaku pakar pokok??? perasan. Jangan la buat lawak, Kalau camtu aku hantar dak tadika gi kursus tu… suh dia jadi consultant arborist. Piawai industry… jangan kata utk arbori… lembaga landscape pun tade accreditation utk landscape contractor skills. syok sendiri je diorang tuh, no innovation, no contribution, cuma buat policy syok sendiri.
Keduanya macam la kite tak tau attitude landscape maintenance, PBT, contractors kat Malaysia ni… ajar camna pun they still do cut cost measures. Some PBT takde pun landscape architects, horticulturist pun tade. Memang syarat (mcm DBKL) kena ada sijil tree maintenance baru leh ptg pook… tapi pernah tgk kerja diorang? susah nak mengubah manusia ni. In the end pokok yang suffer…
Tanggapan bahawa menghadiri US Arborist Talk selama 3 minggu dan menganggap mereka yang hadir terus mengaku sebagai pakar pokok sebenarnya tidak berasas dan boleh menyimpang pemahaman mereka yang membacanya. Tanggapan ini mungkin hadir daripada mereka yang belum pernah menghadirinya ataupun tidak menerima fakta yang jelas mengenainya. Paling dikhuatiri, sekiranya mereka juga bersikap prejudis atau negatif, untuk menerima hakikat ujudnya keperluan memperolehi mereka yang ‘setidak-tidaknya’ terlatih di dalam bidang ini. Namun ini sama sekali tidak bermakna kita mempunyai lesen untuk membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.
Menghadiri proses pembelajaran sebagai Arborist memerlukan kita untuk lulus peperiksaan di bawah kelolaan International Society of Arboriculture -US. Kertas peperiksaan dengan jumlah soalan melebihi 200 soalan ini (dalam bahasa inggeris) memerlukan peratusan markah 70% untuk setiap domain. Terdapat sekitar 13 domain kesemuanya merangkumi Biologi Pokok, Pemangkasan, pengurusan penyakit, Tree Hazard Assesment dan pelbagai lagi yang boleh membantu seseorang yang berkhidmat di dalam bidang ini untuk lebih memahami bagaimana pokok bertindakbalas dengan apa yang kita perlakukan ke atas mereka dan juga persekitaran. Pemahaman ini akan membantu pihak yang terbabit untuk sama-sama membantu menghulurkan pandangan di dalam merancang pembangunan bersepadu melibatkan unsur penghijauan.
Tidak semua yang hadir menjalani kursus arborikultur lulus peperiksaan tersebut meskipun peratus yang diperlukan berkisar di sekitar 70%. Adakalanya daripada 24 orang yang hadir hanya 4 orang sahaja yang lulus. Sebahagiannya terpaksa mengulang.Bahkan masih ada yang gagal. Ia tidaklah semudah yang disangka. Kenyataan ini bertujuan untuk kita memahami bahawa tidak semua yang berada di PBT berada di tahap Arborist ataupun hadir kursus tersebut. Justeru, tidak hairanlah kalau kita masih menyaksikan beberapa kekurangan dari sudut praktis penyelenggaraan terhadap pokok bahkan mungkin juga berlaku di peringkat perancangan.
Kesedaran mengenai kepentingan bidang Arborikultur di negara kita masih kecil. Ini disokong oleh kenyataan yang dibuat oleh pihak saudara – Seakan sukar melihat kesempurnaan di dalam industri ini ; seakan banyak yang tidak kena. Namun, begitulah, usaha untuk mendidik masyarakat (termasuklah mereka yang bertanggungjawab mengenai pokok)tentang keperluan salah satu lagi daripada cabang ilmu mengenai pokok ini perlu diperluas dan dipergiatkan. Jumlah kecil mereka yang berkecimpung di dalam bidang ini pastinya tidak mampu untuk mencapainya dengan mudah. Sokongan dan pemahaman di kalangan mereka yang peka memerhati persekitaran seperti saudara amatlah dialu-alukan.
Arborist yang bertauliah pelu mengekalkan CEU – Continuing Education Unit mereka dengan menghadiri seminar-seminar teknikal yang berkaitan dengan mana-mana domain yang telah mereka pelajari dalam tempoh setiap 3 tahun. Ianya bertujuan untuk memperkemas dan memperlengkapkan lagi pengetahuan mereka dengan penemuan atau maklumat terkini mengenai penjagaan dan penyelenggaraan pokok. Setiap kehadiran perlu dimaklumkan kepada pihak ISA di US bagi maksud pengesahan dan pengiktirafan. Kegagalan memperolehi CEU yang mencukupi boleh menyebabkan lesen( pentauliahan) mereka ditarik balik. Mereka perlu menduduki semula peperiksaan kesemua domain yang telah dinyatakan sebelumnya.
Semoga sedikit penjelasan ini mampu menggambarkan serba-sedikit kedudukan bidang arborikultur di negara kita. Bidang ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berminat menceburinya.
Tanggungjawab memelihara pokok bukanlah tanggunjawab PBT semata-mata. Ia tanggungjawab kita semua bahkan sebahagian daripada kita begitu mudah menanam pokok tanpa mengira spesies, kedudukan ,ruang dan jangkaan tumbesaran sehingga mendatangkan musibah atau kerumitan bila membesar.
Attitude pada saya bukanlah sikap PBT, ia lebih kepada individu. Ia berbeza mengikut latar belakang, didikan, pergaulan dan tahap pendidikan ataupun minda seseorang. Kengkangan-kengkangan yang wujud adakalanya diterjemahkan sebagai “itulah attitude-nya” dan kemudiannya dikait-kaitkan dengan pelbagai pihak. Individu-individu yang bertugas tidak semuanya mampu mengubah ‘sesempurna’ yang kita inginkan. Kesukaran kita melihat atau menerima akan hakikat sebenar ini(kengkangan yang ujud)menyukarkan kita untuk memandang pada perpektif yang membina seperti menjadikannya sebagai peluang untuk membuat penambahbaikan pada aspek-aspek tertentu. Justeru marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha gigih, semoga perubahan yang kita semua harapkan akan berlaku juga
Mempelajari dan memahami keperluan pokok itu dijadikan, ditambah dengan kesedaran bahawa kita sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memeliharanya secara hakikatnya akan juga menyedarkan betapa kerdilnya kita di bawah penciptaan Allah.
Terima kasih
p/s
“Sudahkah kita menanam sebatang pokok di sepanjang kehidupan kita?”
Wah.. ini komen ke atau cut and paste.. He2.. panjang betul.. pecah rekod..
Saya terpanggil untuk memberi ulasan kepada Alex yang tidak berpuashati kepada golongan yang dikatakan ‘perasan’ menganggap diri mereka pakar pokok…….!
Pertama:
Seseorang itu mendapat penghormatan melalui ilmunya, amalannya, kebijaksanaannya dan pelbagai lagi…. dan bukannya kerana dirinya claim begitu. Orang lain yang menghormati, orang lain yang mengiktiraf, orang lain yang memberikan dan bukannya dia claim sendiri. Kerana itu bukan salah dia… bukan begitu Alex ? Kalau orang lain tak nak recognise anda (Alex) sebagai pakar janganlah salah orang lain pulak. Mungkin anda sememangnya bukan seorang pakar, atau tidak berilmu atau berilmu tapi tak pandai bercakap di khalayak ramai atau anda berilmu tapi gagap, bisu atau tidak ada sesuatu sebab untuk orang lain menghormati anda sebagai pakar. Jadi kenalah melihat diri sendiri dulu mengapa perkara itu terjadi…
Kedua:
Saya cadangkan anda cari platform di mana ramai orang mendengar dan anda claimlah apa juga yang anda mahu orang lain menghormati anda…. Di sana anda boleh bagitau sayalah pakar, hormatilah saya, agungkanlah saya. Saya bukan orang perasan macam arborist……! Apamacam cadangan saya ?
Ketiga:
Saya cadangkan Alex panggil makhluk dari planet lain datang ke bumi selama sekurang-kurangnya 4 minggu (iaitu 1 minggu lebih lama dari matsaleh dari US tu datang) dan bagi talk tentang apa juga bidang yang Alex suka orang lain hormati. Kemudian Alex dengar talk makhluk itu samada satu orang atau bersama dengan orang lain yang sehati sejiwa dengan Alex. Lepas tu pergilah satu Malaysia claim diri sendiri anda pakar, anda mahir, buat polisi baru, suruh PBT ikut polisi tu. Jadikan sebagai contract spesification minta contractor ikut spesifikasi baru tu. kita tengok mungkin dengan ilmu baru dari planet lain tu Alex mampu mempengaruhi semua orang di dalam industri yang berkaitan……!
Keempat:
Saya cadangkan kalau Alex rasa berani duduklah certification tu bersama-sama dengan guru tadika Alex. Mungkin Alex seorang yang bijak boleh lulus dan jadi arborist juga habis cerita. Eh eh guru tadika tu kalau lulus juga, dia pun boleh jadi sebagai arborist. Apa salahnya ???? Kemudian bolehlah bagi khidmat nasihat tentang pokok. Sebagai sokongan saya akan sponsor Alex sebanyak RM 1.00 cukup sebagai simbolik tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada Alex. kalau Alex rasa malu, Alex boleh ambil certification kat Singapore atau Hong kong atau di mana-mana yang saudara Alex confortable. jadi tak siapa yang tahu kalau tak lulus. Tapi kalau lulus cepat-cepatlah maklumkan dalam blog ini supaya saya boleh bank-in RM 1.00.
Kelima:
kadang-kadang kita tanam Heliconia ka, ambil Diploma Hortikultur kat Singapore ka, kerja kat Maybank ka kita dah rasa kita pakar. So macamana dengan kawan lain yang tak pernah tanam Heliconia ? atau tak ada Diploma Hort dari Singapore @ tak pernah kerja kat Maybank? Tak boleh claim pakar ?

Terima kasih.
Apakah peranan arborist?