Nangka merupakan sejenis buah yang dikatakan berasal dari India tetapi kini telah meluas ditanam di negara tropika. Dari segi kandungan nutrien, nangka mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan pelbagai jenis mineral seperti fosforus, kalium dan kalsium. Daripada 100g ini buah nangka; lebih kurang 75 g adalah air. Buah yang masak boleh dijadikan jem, dodol, acar, manisan dan sebagainya. Isi nangka muda sedap dibuat gulai lemak, kerabu atau direbus dibuat ulam.
Dipercayai daun nangka juga mempunyai khasiat perubatan. Daun dibakar bersama jagung dan tempurung kelapa sampai hangus lalu abunya dicampur dengan minyak dan disapu pada ulser dan luka. Air rebusannya juga boleh diminum bagi merangsang penghasilan susu. Sejauh mana amalan ini diamalkan saya tidak pasti.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :12850
ooo… baru saya tahu daun nangka boleh merawat ulser. biasanya saya hanya gunakan daun nangka ni dalam masakan untuk melembutkan daging n daging pun tak berbau hamis.
pernah saya ke batam dan mendapati kerepek nangka amat popular disana…disini jarang dijual klu adapun mahal sangat……kenape disini tak dikormersialkan?? rasanya amat enak sekali…..
Salam Hormat buat semua.
Baru-baru ini ibunda ke dua Tok mengalami masalah kayap ular. Jadi Tok pun bawalah bertanya mereka yang arif untuk menyelesaikan masalah tersebut setelah usaha melalui cara perubatan moden tidak membawa hasil yang diharapkan.
Setelah dinasihatkan maka Tok pun membawa ibunda berjumpa dengan seorang janda kahwin bujang. Tok pun carilah akan gerangan orang yang dimaksudkan. Setelah berjumpa cara pengubatannya adalah dengan menggunakan buah nangka yang muda sebanyak 3 biji. Setelah dikunyah-kunyah maka disembur dan disapulah akan buah nangka muda tersebut bersekali dengan air liur itu untuk mengubati kayap ular tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah maka setelah 3 hari maka surut dan beransur-ansur sembuhlah penyakit ibunda yang tercinta.
Inilah salah satu kegunaan buah nangka yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Selain itu ada juga yang menggunakan daun nangka yang jatuh dan mukanya menghala ke atas dicampur dengan bekas M******** untuk menyeru lang****, wallahualam. Diharap jangan ada yang berani mencuba kerana mungkin padahnya kita sendiri yang rasa dan tanggung sendiri kesannya. Tok beritahu ni sekadar untuk berkongsi rasa. Harap tidak disalah tafsirkan dan ada yang mengata pula. Terima kasih