May 19, 2026

 

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

 

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

 

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.


Ciri paling unik mengenai Stevia
ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

 

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

126 thoughts on “Pokok Stevia @ Pokok Gula

  1. saya sangat tertarik dengan pokok ini. saya sekarang sedang dalam projek yang khusus kepada tumbuhan yang dapat memaniskan rasa terutamanya rasa pahit ubatan agar kanak-kanak senang untuk memakan ubat tersebut. di mana dapat saya cari pokok ini. mintak respon.

  2. Aslm
    Saya tertarik utk menanam pokok ini secara besar-besaran. Tetapi di Malaysia, pihak mana yang akan menjadi peraih ya?

  3. Kalau bab pemasaran tu.. saudara kena cari sendiri.. saya pun tak biasa sangat dengan perkara tersebut.. Cuba iklankan di Agribazaar ke..

  4. assalamualaikum…
    dimana boleh saya dapatkan pokok stevia di perak?
    saya pelajar mrsm yang berusia 15 tahun ingin membuat kajian tentang pokok ini kerana dianggap menarik..

  5. saya telah membuat kajian terhadap pokok ini dan sememangnya hasil yang diberikan amat memuaskan. akan tetapi ia tidak boleh mengatasi paras gula yang sebenar

  6. Apa yang dimaksudkan dengan “akan tetapi ia tidak boleh mengatasi paras gula yang sebenar”?

  7. sy pelajar tahun akhir uitm, tengah cari herba yang boleh dijadikan bahan kajian untuk menurunkan kolesterol@glukosa pd pesakit diabetes… rasa berminat nak ambil pokok ni sbgi bhn ujikaji…slain dr pokok ni ada lg pokok lain tak…tq

  8. Saya ada beberapa kg daun Stevia yang telah di keringkan dalam oven.
    Ada sesiapa di antara tuan2 yang ingin membelinya untuk di proses menjadi bahan sediaguna sebagai bahan perubatan herba terutamanya bagi penyakit Kencing manis dan darah tinggi ?

    tq.

  9. mne nk dpt seed stevia kt kota kinabalu??nak buat kajian tentang kadar pertumbuhan stevia ….

  10. kawan sy ni minat sgt nk tau sal seed stevia..mne leh dpt seed stevia ni kt kota kinabalu??my fren ni nk wt projek kajian sal growth rate pokok stevia ni..tq

  11. Berminat nak membeli daun kering pokok stevia. Bagaimana nak dapat kan nya.Sesiapa nak jual daun pokok ini, sila hubungi saya di No:0134327768….tq

  12. Salam Semua! Sesiapa Berminat Utk Membeli Pokok Stevia Hidup Atau Membeli Gula Stevia Yg Tlh Di Proses Menjadi Gula Menggunakan Teknologi Nano Steam, Sila Hubungi Sy: 019-6684786 , 012-9316564

  13. Saya ada menjual anak benih pokok Stevia. Sesiapa berminat untuk membeli dan mengetahui mengenai pokok Stevia.. Sila hubungi saya 016-3092547.

  14. Perhatian semua,saya ada produk pati minuman jus ekstrak stevia iaitu stevia sweet,berminat nak jadi pengedar atau ingin mencuba produk stevia sweet berharga rm19.90(50-60 gelas),keuntungan 65%,sila hubungi 017-6078408 untuk maklumat lanjut atau layari laman web http://www.steviaworld.webs.com

  15. saya tertarik untuk mambiakkan pokok ini..kerana ia nya amat berguna pada manusia, untuk kesihatan semua…..

  16. saya pon nak carik anak pokok ni . saya kat ampang. haritu cari kat agrobazar taman warisan dah abis..

  17. kami baru selesai dengan kerjasama badan kerajaan mengkaji Stevia. Dari itu,satu ladang stevia dengan keluasan 1000ekar akan di buka di Kota Kinabalu Sabah.
    Kepada mereka yang berminat dengan stevia hubungi kami pada bulan febuari 2010 kerana sau konsep produk akan di launch pada masa itu dari stevia untuk pasaran dalam dan luar negara

  18. saya sangat berminat dengan blog tuan. susah nak dapat blog berkenaan tanaman. keep up ur good work.

  19. Kepada sesiapa yang hendak membeli pokok stevia hubungi saya zamri 0174875632 dan kita juga menyediakan program “Rakan Niaga Pintar” Usaha sama dengan pihak syarikat.

  20. Saya mempunyai ladang Stevia bertaraf SOM di Bentong, Pahang. Sesiapa berminat membeli anak pokok stevia (organik) atau daun kering stevia atau ekstrek stevia sila hubungi saya 019 2170152.

  21. kepada anda yang berminat utk mendapatkan gula stevia yg telah diproses dengan menggunakan teknologi nano steam dari jepun yg mana ia telah berjaya menyingkirkan 90% kepahitan dan selamat dimakan. Bagi yg ada diabetis boleh amalkan gula ini sbb,ia boleh menghasilkan insulin.Bagi yg darah tinggi. ia boleh mengurangkan tekanan darah anda dan baik juga utk jantung.Selamat mencuba….boleh terus menghubungi saya di talian hangat 0122281757.

    p/s : ingat! jgn sayang duit utk mencegah penyakit anda! dari merawatnyer!

  22. Salam,

    Kepada sesiapa yang berminat pada produk2 stevia..x kira lah dr biji benih sehingga apa2 produk yg berkaitan bolehlah mengunjung laman web ini…
    http://www.stevia.my/index.html
    Thanks

    *berhati2 dgn stevia palsu..kami ialah syarikat berdaftar

  23. assaya merupakan graduan daripada kolej pertanian, jadi sayan telah ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai pokok gula ini. jadi dimanakan harus saya mencari maklumat ini supaya saya dapat menjalankan kajian saya dengan lebih berkesan?

  24. Kami merupakan pembekal utama stevia di sabah, lokasi kami di kota kinabalu, harga berpatutan
    Kami boleh bekalkan ke sabah, sarawak dan brunei.
    Sila hubungi di 0195079476

  25. pasal pokok stevia,saya merupakan seorang pembekal stevia di kelantan..harga pokok matang rm 50-rm 70 sepohon..booking awal untuk stok.deposit perlu untuk tempahan untuk menjamin tiada “pembelian selepas booking”.berminat hubungi gerbanglifehq .m zani..013 9829389.terima kasih.

  26. saya adalah pembekal kontrak farming tanaman stevia DI KELANTAN.harga kokok matang rm 50-rm70 sepohon.berminat hupbungi saya m zani { gerbanglife hq } tel 013 982 9389

  27. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli pokok stevia, pemanis ekstrak stevia, produk-produk atau kordial atau jus menggunakan stevia boleh hubungi saya ditalian 0134890209. sy juga sedang mencari pengedar syarikat sy. harga yg menarik akan ditawarkan supaya kita sama-sama boleh berjaya. hubungi sy untuk perbincangan selanjutnya..

  28. Sy boleh mgatasi apa yg anda perlukan samada pokok, ekstrak dll kerana syarikat sy telah pn berada setapak di hadapan drpd yg ingin bermula utk penanaman. Syarikat kami telah pun aplikasikan ekstrak stevia gred A+ kepada suplimen & minuman spt concentrate, cordial, karbonated (botol& tin), coffee & byk lagi produk yg akan dihasilkan berasaskan stevia dalam masa 2 tahun akan dtg ini. Kami juga memiliki kilang spt di N9, Johor & Selangor utk menghasilkan produk tsb. Pasaran kami telah tembus ke pasaran luar negara spt Vietnam, Kemboja, Maghribi, Singapura & Timur tengah.

    Oleh yg demikian kami mencari usahawan yg ingin menjadi agen syarikat kami btaraf stokis kerana kami hanya mencari “30 Stokis” shj termasuk sabah & sarawak.

    Utk keterangan lanjut boleh hubungi saya 019-3424741 (hafiz) @ layari blog sy http://steviapage.blogspot.com (website syarikat masih lg dlm proses kemaskini)

  29. Saya ada bekalan produk stevia siap proses jadi Uncang Teh. Berminat nak jadi pengedar , hubungi saya di 0125073007.

  30. Syarikat kami telah pun aplikasikan ekstrak stevia gred A+ kepada suplimen & minuman spt concentrate, cordial, karbonated (botol& tin), coffee, TEH & byk lagi produk yg akan dihasilkan berasaskan stevia dalam masa 2 tahun akan dtg ini.

    Oleh yg demikian kami mencari usahawan yg ingin menjadi agen syarikat kami btaraf stokis kerana kami hanya mencari “30 Stokis” shj termasuk sabah & sarawak.

    Utk keterangan lanjut boleh hubungi saya 019-3424741 (hafiz) @ layari blog sy http://steviapage.blogspot.com (website syarikat masih lg dlm proses kemaskini)

  31. Amin Protech Enterprise
    11, TMN. SELASIH 2 SPG. 4,
    36400 HUTAN MELINTANG, PERAK.
    HP: 012-5073007

    SUBJECT QUOTATION

    Dear Sir / Madam
    We thank you for inviting us to quote for that following item. Attached herewith are the detailed proposal to your esteem organization for your perusal and consideration. RM/KG
    MISAI KUCING DAUN /BATANG (4/8mm) 30.00
    MENGKUDU (4/8 mm) 40.00
    PECAH BELING DAUN (8 mm) 50.00
    HEMPEDU BUMI BTG + DAUN (4/8 mm) 40.00
    DAUN MISAI KUCING ( 4/8 mm) 45.00
    TONGKAT ALI (KISAR 4/8 mm) 35.00
    KACIP FATIMAH (KISAR 4/8 mm) 40.00
    KUNYIT (KISAR 4/8 mm) 30.00
    MAHKOTA DEWA 50.00
    DUKUNG ANAK ( 8 mm) 50.00
    MANGGIS (KISAR 8/12 mm) 40.00
    SENDUDUK KERING (KISAR 4/8 mm) 60.00
    PEGAGA (KISAR 4/8 mm) 50.00
    KULIT KAYU MANIS ( KISAR 4/8 mm) 28.00
    TUNJUK LANGIT (KISAR 4/8 mm) 60.00
    PERIA KATAK (KISAR 4/8 mm) 90.00
    KESUM (KISAR 4/8 mm) 50.00
    PATAWALI (KISAR) 60.00
    POWDER MANGGIS 60.00
    POWDER TONGKAT ALI 60.00
    POWDER KACIP FATIMAH 60.00
    TONGKAT ALI EXTRACT 2500.00
    KACIP FATIMAH EXTRACT 2500.00
    MANGGIS EXTRACT 2500.00
    MENGKUDU EXTRACT (TEMPAH) 2200.00
    TUNJUK LANGIT (TEMPAH) 2500.00

    DELIVERY : 1 WEEK UPON RECEIPT OF ORDER CONFIRMATION.
    MODE OF PAYMENT : COD /CASH

  32. Kami membuka peluang kpd usahawan bumiputera khususnya yg ingin memulakan pniagaan stevia krn kami mencari STOKIS di seluruh malaysia yg ingin menjual jus@kordial/concentrate/supplement/teh/ekstrak stevia dll lg. Boleh layari steviapage.blogspot.com atau 019-3424741

  33. Kami membuka peluang kpd usahawan bumiputera khususnya yg ingin memulakan pniagaan stevia krn kami mencari STOKIS di seluruh malaysia yg ingin menjual jus@kordial/concentrate/supplement/teh/ekstrak stevia dll lg. Boleh layari http://steviapage.blogspot.com atau 019-3424741

  34. pembekal pelbagai jenis herba dalam bentuk raw material, powder n extract juga servise sachet,grind n dry diSg. Buloh Selangor

    01225949874 azizi / 0122594984 zek

  35. dapatkan manual penjagaan pokok stevia dengan belian runcit dan borong. terus tapak semaian bermula dengan rm1.2/pokok 019 4003204 -ADC HERB-

  36. kepada yang inginkan khidmat perunding tanaman ladang dan benih stevia secara pukal. 2 ekar keatas.
    019 4003204 -ADC HERBS-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam