January 20, 2025

pokok-jarum-mas

Pokok ini membuat saya mengimbas kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu, waktu sekolah rendah (hampir 18 tahun yang lalu agaknya, sekejap betul masa berlalu). Biasanya, kegiatan ini dilakukan bersama rakan sebaya selepas balik dari sekolah atau waktu cuti sekolah. Kegiatan apa agaknya tu? Ya.. Mencari pokok jarum mas !! Kononnya pokok ini boleh dibuat ubat dan boleh dijual dikedai ubat. Bila dijual dapatlah duit saku. Maklumlah budak-budak. Kedai ubat tersebut memang dekat sangat rumahku ketika itu. (sekarang kedai ubat tu pun dah tutup).

Waktu dan saat itu, saya sendiri tidak pasti bagaimana cerita pokok jarum mas tersebut bermula apatah lagi boleh menjualnya. Memang seronok cari pokok jarum mas bersama kawan-kawan. Pokok ini memang banyak tumbuh di padang-padang rumput. Hendak kenal pokok ini pun mudah. Berebut-rebutlah kami mencari pokok ini dan masukkan dalam plastik. Boleh tahan juga banyaknya bila dikumpulkan dari hari ke hari. Kononnya, bila dah jual berkilo-kilo dapatlah lebih duit. Oh ye.. saya pun masih teringat, ada di antara kami yang cuba menanam pokok tersebut tetapi satu pun tidak menjadi. (maklumlah, akal belum panjang lagi). Hari yang dinantikan pun tiba, kami pun ke kedai ubat tersebut. Cerita punya cerita, dan dipendekkan cerita, taukeh kedai ubat tersebut sebenarnya memang tidak membeli jarum mas tersebut. Akhirnya, kami pun pulang dengan hampanya dan punahlah harapan untuk mendapat pulangan yang lumayan.

18 tahun sudah pun berlalu, aku pun semakin dewasa. Akal pun dah makin panjang. He..he.. Petang tadi sambil berjalan di tepian padang, terjumpa pula pokok jarum mas yang sempat aku cabut dan bawa balik. Maka terhasilah artikel yang sengaja aku panjang-panjangkan ceritanya. Kebetulan beberapa jam tadi, aku ada terbaca satu artikel dalam sebuah buku, menyatakan pokok jarum mas mempunyai khasiat perubatan dalam merawat senggugut. Caranya dengan minum air rebusan pokok tersebut sebelum datangnya haid. Di dalam sebuah blog yang lain pula menyatakan, pokok ini dapat merawat penyakit keputihan dan mampu menjaga kesihatan rahim.

Begitulah cerita mengenai pokok jarum mas. Mungkin anda juga mempunyai cerita mengenai pokok ini sewaktu zaman kanak-kanak anda. Harap boleh kongsikan di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :30516

22 thoughts on “Pokok Jarum Mas

  1. salam….
    saya pernah tengok pokok jarum mas masa sekolah dulu.
    org kata boleh ubat darah tinggi.tapi sekarang susah nak jumpa pokok jarum mas ni.

  2. saya pun dengar cerita macamtu juga dan pernah cuba minum airnya.Ada dua jenis jarum mas bunga kuning dan bunga putih yang mujarabnya bunga kuning kata orang.

  3. lebih tepat disebut rumput jarum mas, kalau di sebut pokok orang ramai akan membayanagkan pohon pokok yang besar kalau dalam istliah perlangskapan ia tergolong dalam kumpulan rumput atau crop cover

  4. Tak pernah tengok pokok ni jadi tak boleh nak bayangkan. Akan cuba cari berdasarkan khasiatnya, terima kasih atas info

  5. Memang zaman kecik2 dulu suka cabut jarum mas ni depan laman rumah, kunyah2 dan telan, bila main masak2. Tapi masa tu tak tau nama pokok dan khasiat nya. Ingatkan dia hanya rumput rampai yang tumbuh dicelah2 rumput di padang. Dia ade bunga pink yg comel.

  6. ya…masa kecil2 dulu selalu pergi ke padang kat belakang rumah dengan adik cari pokok jarum emas…..bunganya ada warna kuning, ada yang warna pink….senang nak kenal…teringat zaman kanak2 dulu…

  7. Salam.

    Sekitar tahun 1993 saya dan teman-teman telah diberi peluang berkursus selama kira-kira 3 bulan di IAB, Genting Highlands.

    Pada waktu petang kami biasanya diberi masa rehat agak panjang.

    Saya dan beberapa teman lain jarang sangat bersukan tapi lebih gemar berjalan-jalan di sekitar IAB.

    Pada suatu petang semasa menghampiri padang permainan IAB, saya lihat ramai (peserta kursus) di atas padang; lelaki dan perempuan, masing-masing ada yang mencangkung dan membongkok sambil bergerak, persis mereka sedang mengutip sesuatu.

    Kerana ingin tahu saya juga turun ke padang melalui tangga simen.Rupa-rupanya mereka ini membongkok dan mencangkung kerana mencari pokok jarum emas yang nampaknya tumbuh dengan banyak di situ.

    Bila ditanya mereka menjawab “untuk dijadikan ubat”

    Ubat apa ?

  8. Pada masa dulu memang ramai yang mencarai poko jarum mas selalunya ditepi-tepi jalan pun ada. Tetapiu pada masa itu tidak berapa tahu khasiatnya. Sekarang melalui info ini saya dapat tahu rupanya banyak khasiatnya. Terima kasih.

  9. assalamualaikum. masa saya keja di KL sekitar tahun90-95 saya berulang alik dari sg besi selayang . kat tebing curam jalan parlimen setiap petang mesti ada orang terangkak2 kat tebing jalan mencari jarum mas.memang khasiat rumput ni tinggi terutama untuk wanita.

  10. cerita memang sama tentang jarum emas ini, tapi kawan aku suka belit cerita di kata kalau jual sekilo satu ribu kami masa tu lurus bendul ingatkan betullah seribu ringgit, rupa rupanya sekilo sama dengan seribu gram, kah kah kah

  11. Saya nak kongsikan satu maklumat tentang jarum mas ni, jika nak minum air rebusannya kenalah tapis dahulu gunakan tapis kain seperti tedapat di kedai kopi/teh. Pokok ini ada mengadungi miang macam miang rebung, selepas dijemur kering tangkai rumput ini hendaklah dihempas-hempaskan supaya miangnya gugur. Bimbang jika miangnya masih ada dan minum tanpa menapisnya, akan jadilah seakan meminum santau. Ingat tapis dahulu!

  12. Masa saya bersekolah dahulu pun, salah satu aktivitinya adalah mencari pokok jarum mas….. apabila habis kelas kami akan terus berlari kepadang untuk mencari pokok jarum mas. Tapi sekarang saya terfikir kenapa orang tua2 tak mencari pun yang mencari adalah anak2 yang bersekolah ajeeeeeeeeee.

  13. Terima kasih kerana meletakkan gambar jarum mas ini. Banyak dengar tentangnya tetapi tidak pernah tahu bagaimana rupanya.

  14. Terima kasih kerana beri maklumat tentang tumbuhan herba ini. Saya sependapat dengan En. Kamarulain.

  15. memang teringat zaman budak2 dulu, bila mak suruh cari pokok jarum mas untuk buat ubat….. rindunyeee

  16. seronok mengimbas kembali kenangan masa sekolah.. Pada masa tu.. kalau tak silap saya dalam tingkatan 1. Tetiba saja pokok jarum mas nih meletup popularnya.. cuma saya tahu ia berkhasiat tapi tak tau untuk apa.. tapi sekarang kalau nak cabut tepi-tepi padang tuh bimbang pula dah terkena racun rumpai..apa kata anda? mungkin ambil kapsulnya lebih selamat? Waallah hu alam..

  17. mase kecik2 dulu slalu ikut ayah sy g kutip rumput jarum mas ni kat kaki2 bukit..bnyk tumbuh meliar kat situ..kebanyakannya bunga warna kuning..setelah dikeringkan,rebus hingga tinggal segelas dan minum airnya..khasiatnya boleh menurunkan darah tggi

  18. Teringat zaman kanak-kanak dulu bila saya baca artikel ni, saya pernah kutip pokok jarum mas ni yg byk tumbuh di tepi landasan keretapi di kg, masa tu tak fikir bahaya, hanya tau seronok dengan kawan-kawan… tambahan pula bila dapat duit lepas jual pokok ni… x banyak pun…paling banyak pun dapat la RM 5..

  19. salam semua…

    bila terbaca artikal ini, saya rasa terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya mengenai jarum mas ini. Pada zaman kanak2 saya lebih kurang 40 – 42 tahun dulu, saya memanggil pokok jarum mas ini sebagai ubat sakit pinggang.

    Pada masa itu saya adalah salah seorang kanak2 yang suka mencari duit lebih untuk perbelanjaan sekolah, maklumlah pada masa itu saya hanya mendapat duit poket yang nenek bagi sebanyak 5 sen. So sebagai altenatif untuk mendapat duit lebih saya mencari belalang untuk menjual kepada peraih yang datang ke kampung saya 3 hari sekali.

    Jadi dalam masa mencari belalang saya selalu terjumpa pokok jarum mas ini yang pada masa itu saya ketahui ianya hanya untuk ubat sakit pinggang. So saya namakan pokok ini ubat sakit pinggang. Saya mengambil pokok ini dan menjual kepada seorang tua dikampung saya dengan harga 20 sen ke 30 sen secekak.

    Sehingga sekarang saya masih ingat dan tahu di mana tempat2 yang ada mempunyai pokok jarum mas ini walau pun saya tengah memandu di atas jalan dengan hanya melihat rumput kawasan tersebut.

    Itulah pengalaman saya tentang jarum mas ini.

  20. bile cakap pasal jarum mas ni mesti org relate dgn zaman kanak2 kan? Sy pun ada experience yg sama mcm komentar yg lain. Mase kecik2 dulu slalu pungut kat padang. At that time kalo x silap bunga dia kaler putih, ungu, pink, kuning. semalam so excited terjumpa balik pokok ni bunga kaler pink kat tepi jalan ke kafeteria kt UM tumbuh meliar. Setelah 20 tahun lebih saya x jumpa2 pokok ni. Dulu selalu pungut pokok ni bagi atok then atok rebus buat ubat katanye…penuh memori…

  21. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan saya dan saya menemui jarum mas berbunga pink… 20thn yg dulu mmg glamor pokok jarum mas ni siap masuk majalah TIGA. Pada waktu itu saya jumpa pokok jarum mas berbunga kuning..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam