September 8, 2024

hujan-hujan2

Email yang baru saya terima ini merupakan salah satu contoh yang baik bagi seorang pelajar yang ingin mengenali tumbuhan dengan lebih dekat lagi. Jarang sebenarnya budak yang bersekolah rendah ingin mengenali pokok. Agaknya, di sekolah  ada sesetengah guru cuma bercerita tentang bunga itu, bunga ini, pokok itu, pokok ini tetapi tidak mendedahkan rupa sebenar tumbuhan tersebut. Jadi, mungkin ada sebahagian pelajar yang kurang mengerti. Misalnya, masa saya di sekolah dahulu, guru ada mengajar pepatah “Melentur buluh biar dari rebungnya”, namun persoalannya.. berapa orangkah yang mengenal pokok buluh, mengenal rebung apatah lagi. Bila dah besar, barulah kenal dengan rebung. Barulah faham, kenapa perlu rebung dilentur.. Apa pun.. di harap email ini menjadi renungan..

hujan-hujan

“Nama saya Nor Ilya Maysarah bt Mohd Tamami.umur saya sebelas tahun. Hobi saya menanam pokok bunga, membaca buku, bermain basikal, membantu ibubapa dan bermacam-macam lain lagi. Cita-cita saya untuk menjadi usahawan muda ataupun guru ataupun pensyarah ataupun pramugari. Nama ayah saya ialah Mohd Tamami bin Miswan. Nama ibu saya pula ialah Wan Arijan bt Wan Ahmad. Ayah saya bekerja di Warehouse. Ibu saya pula bekerja satu bumbung dengan ayah saya di tempat kerja maksud saya kerja berdekatan, oh ye lupa ibu saya bekerja seperti servis office. Oh ye saya sedang mencari tumbuhan yang saya sedang belajar sekolah iaitu pokok oil palm dan pokok paddy. Saya mengambil maklumat mengenai tumbuhan ini kerana saya tidak pandai mengenai tumbuh-tumbuhan yang saya tidak kenali. Pokok yang saya tidak kenali ialah pokok matahari, pokok oil palm, pokok padi dan sebagainya. Saya mengambil maklumat ini kerana saya mahu mempelajari sesuatu mengenai tumbuhan yang saya minat. Saya minat tumbuhan ini kerana ia sangat wangi dan cantik ia bukan saja begitu tetapi boleh membuat perhiasan. Ini sahaja ucapan saya hari ini…”

Terima Kasih buat adik Nor Ilya Maysarah.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10821

7 thoughts on “Kisah budak darjah 5

  1. waa…bsemangat…bguss… tringat semasa sye berumur 10 thun..sye telah jtuh cinta dgn ilmu sains..lg2 mgenai bnd hdup…cpt dan mudah saya faham..semua nya bermula dgn y kajian dijalankan d mkmal sains..bermula dgn biji kacang hijau..thanks ckg badariah..

  2. Sememangnya anak-anak kita patut mengenali pokok-pokok oil palm & paddy tu..itulah benda yang hari hari dia orang makan…anak2 kampung pasti sudah biasa, tapi anak2 jati kotaraya…mungkin sebahagian tak kenal langsung pokok2 tersebut…Tahniah kepada adik Nur Ilya Maysarah atas keperihatinan beliau untuk mengenali pokok2 tersebut.

  3. Sedihnya baca. Budak-budak sekarang sudah tak tau pokok kelapa sawit dan padi dalam istilah sebenarnya. :(.

    Tapi tak mengapalah. Itu yang diajar di sekolah sekarang. No comment about that.

    Ingin saya ucapkan syabas kepada adik yang ingin belajar mengenai tumbuhan. Usah risau. Banyak perkara kita boleh dapatkan dalam internet ini. Cuma perlu tahu kata kuncinya sahaja.

    Jurusan saya ambil iaitu Sains Hortikultur memang menepati apa yang saya inginkan ketika kecil dahulu. Menjadi seorang petani berjaya. 😀

    Semoga lebih ramai lagi budak-budak sekolah mengenali lebih mendalam ilmu hortikultur agar kita dapat menjana generasi baru cerdik hortikultur.

    Sekian, wasalam.

  4. terasa diri ini begitu bertuah kerana dilahir & dibesarkan di Felda. selain pokok getah & sawit, bermacam jenis pokok yang saya kenal…..
    kini saya berusaha untuk memperkenalkan pada anak2 bangsa jenis2 pokok dan tumbuhan herba dengan memastikan ianya ada dan terjaga di Mini Zoo Kemaman.
    kepada adik Maysarah, ajakla famili berkunjung ke Mini Zoo Kemaman. Insyaallah adik akan mengenali segala jenis spesis tumbuhan di sini.

  5. Sebenarnya Tok rasa berbangga walaupun dalam sedih kerana ada anak-anak Tok yang masih mahu mengenali tumbuh-tumbuhan terutama di Malaysia. Sedih juga kerana mungkin anak-anak kita ini berada jauh dari kehidupan kampung apa lagi membesar di sana. Ikhtibar dari kisah anak Tok yang comel molek ni adalah peri pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia mencintai Flora dan Fauna. Menjaga khazanah yang tinggi nilainya ini dari pupus dan terhapus dari bumi bertuah Malaysia. Jika di Selangor, Perak, Kedah (Negeri Jelapang Padi), Perlis dan Kelantan anak-anak kita ini masih dapat mengenali pokok padi “Paddy” dan banyak negeri di Malaysia yang mempunyai ladang kelapa sawit “oil palm tree”. Tok teringat semasa kecil oleh kerana kami orang susah maka ibu Tok menggoreng biji kelapa sawit yang telah masak dicampurkan dengan gula perang. Wow! rasanya terangkat. Manakala padi ditumbuk dan dijadikan emping padi. Tok pernah semasa kecil dahulu terigu dijadikan bubur untuk makanan kami adik-beradik. Anak-anak sekarang pasti tidak terjumpa dengan makanan sebegini dan mungkin merasa hairan bin ajaib kerana ada orang sanggup makan biji kelapa sawit@kelapa bali dan terigu yang biasanya menjadi makanan haiwan. Jika dah kemaruk sangat Tok akan potong biji kelapa sawit yang besar dan minum air dari dalam tempurung kelapa sawit tersebut. Jika kita mahu melihat generasi anak-anak kecil kita ini tidak mengenali tumbuhan yang menjadi warisan bangsa dan negaranya maka musnahkanlah alam sekitar dengan sesuka hati kita dan dihalalkan atas nama pembangunan!. Kita rasa bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan masih menjaga dan membina taman-tanam pertanian demi generasi anak cucu cicit kita nanti. Tidaklah mereka hanya mengenalinya dengan melihat gambar sahaja. Tok menyeru agar kita berusaha bersama-sama menghapuskan lanun alam sekitar yang rakus mencari untung tanpa melihat kesannya kepada generasi yang akan datang. Flora dan Fauna kita, harta kita bersama. Terima kasih Tok ucapkan kepada anak yang cerdik pandai ini kerana menyedarkan kami bahawa perlunya kita menjaga hak warisan kita. Tahniah dan syabas!. Buat kita yang dewasa renungilah cerita ini dengan akal dan iman.

  6. btul tu tok batin…. anak-anak sekarang dah tak tau nak merasa macam kita zaman kecik-kecik dulu. pernah jugak saya memberi anak2 saya mencuba makan buah-buah hutan yang tak terdapat di pasar, tapi kadang2 mereka macam takut2 pulak. kalau kita dulu main redah aje makan… tak keracunan pun, elok je sihat. saya dulu biasa la masuk/keluar hutan ni dengan ayah, pergi cari herba2 dan ulam. paling saya suka org terengganu panggil ‘daun serai kayu’ (daun salam). kami dulu hidup susah, kalau sayur tu biasanya tanam sendiri ataupun kutip pucuk paku kat tepi sungai ramai2, seronok.
    tapi sekarang bila terpandang balik tempat yang kita biasa kutip pucuk paku, pucuk putat, daun salam, paku midin tu dulu…. hati mula merasa sedih. semua dah di telan di bawah bangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam