Artikel kali ini mengenai tanaman hiasan yang biasa atau seringkali ditanam menghiasi taman kecil, sekitar rumah, kawasan landskap bangunan dan pinggir jalan. Ia sejenis palma yang berumpun di mana dari rupa luarannya sahaja memudahkan anda mengenalinya. Pinang Merah atau nama saintifiknya Cyrtostachys renda juga dikenali dengan dengan nama Sealing wax palm. Batang pokok ini dibaluti upih pelepah daun berwarna merah yang mempunyai silara yang daun yang menghala ke atas. Oleh kerana upih daunnya yang berwarna merah, ia juga dikenali dengan nama Lipstick Palm di sesetengah negara.
Kebiasaanya pembiakan pokok ini menggunakan biji benih dan mengambil masa sehingga 2 bulan atau lebih untuk bercambah. Selain itu, ia juga boleh dibiakkan menggunakan sulur (suckers). Pertumbuhannya juga dikatakan lambat dan mampu mencapai ketinggiannya sehingga 10 meter tinggi. Daripada rujukan, terdapat institusi yang menjalankan kajian pembiakan menggunakan tisu kultur. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana perkembangannya.
Number of View :50175
saya pernah mencuba membiak pokok ini menguna sukers-mengambil masa yang agak lama , mendapatkan bahan tanaman dalam hutan tanah gambut di kampong selabak,telok intan pergi bersama-sama petani yang ada minat yang sama .semenjak hari itu saya sangat menghargai semua jenis tanaman yang di usaha secara di biak dari awal, berbanding beli dari pengusaha terus tanam, kerana ia betul-betul menduga akan kesabaran serta dapat memberi kepuasan pada diri sendiri
Saya setuju.. menanam sendiri memang mempunyai kepuasan yang tersendiri berbanding membeli pokok yang telah besar… kita akan lebih memahami akan kehidupannya…
Semua tanaman hiasan di rumah saya, saya biak sendiri… walau pun lambat, tapi memusakkan hati. Kolam ikan juga saya bina sendiri dengan suami… save duit RM3000. Belanja hanya RM100 sahaja…
di sarawak pinang merah ini kami panggil pinang raja (harap2 bukan pinang lain kot). Pinang merah ini banyak ditanam di bandaraya kuching sbg pokok hiasan. Yg benar2 mengejutkan sy rupa2nya pokok pinang merah ini hidup liar di hutan paya berhampiran laut di sarawak. Malah pekerja balak mengambil umbutnya untuk dibuat sayur atau ulam. Ada juga yg menyatakan semua umbut dari spesis pinang tidak baik untuk dimakan kerana ianya mengandungi racun yg boleh melumpuhkan saraf…waallahualam.
pokok pinang merah tu sulur ke………………………………..?
buah pinang yg muda.. ambil 7 biji.. di ketuk setengah hancur.. rebus dalam suka dua gelas air.. bila air jadi segelas.. tunggu air suam diminum.. baik untuk kencing manis.. wallhualam..