Keladi merupakan tumbuhan yang sering menjadi menu dalam masakan seÂperti asam pedas mahupun masak lemak. Namun getah pada keladi boleh menyebabkan kegatalan. Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, sebeÂlum menyiangnya lumurkan beberapa keping asam gelugur pada tangan yang kering. Anda juga perlu memastikan keÂladi tidak direndam dalam air semasa menanggalkan kulit nipis di bahagian luar batangnya. Selepas siap kesemuanya, barulah ia dibasuh bersih.
Sumber : Majalah Harmoni
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
